TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Remaja Simpan Bayi Baru Lahir Dalam Peti Sejuk Hingga Mati Kerana Takut Beritahu Ibu Bapa

30 Oct, 2020
Remaja Simpan Bayi Baru Lahir Dalam Peti Sejuk Hingga Mati Kerana Takut Beritahu Ibu Bapa

Gadis remaja ini akui kepada paramedik menyimpan bayinya yang baru lahir di dalam peti sejuk beku kerana takut ibu bapanya tahu. 

Remaja yang terlanjur bukanlah satu berita baru, dan rata-rata kes buang bayi adalah hasil daripada kesilapan ini. Namun kejadian yang berlaku di Rusia baru-baru ini cukup mengejutkan. Remaja ini menyimpan bayinya yang baru lahir di dalam peti sejuk beku kerana takut ibu bapanya tahu. 

Anak berusia 14 tahun itu, yang kini dalam keadaan serius di hospital, melahirkan seorang bayi lelaki secara rahsia sebelum memasukkannya ke dalam beg plastik dan meletakkannya di dalam peti sejuk di garaj keluarga.

Tiada siapa sedar remaja itu hamil

peti sejuk beku

Menurut laporan Mirror, keluarga dan gurunya langsung tidak menyedari akan kehamilan remaja itu. 

Gadis remaja yang bernama Anastasia itu kemudian mengaku kepada paramedik apa yang telah dilakukannya.

Tetapi pada waktu itu sudah terlambat untuk menyelamatkannya.

Anastasia kini berada dalam keadaan serius di hospital, selepas melahirkan bayinya secara senyap di dalam biliknya. 

Dia menyembunyikan anak itu kerana terlalu takut untuk memberitahu ibu bapanya, katanya.

Bapa kepada Anastasia ketika itu sedang sibuk mengerjakan halaman rumah ketika dia membawa bayi yang dilahirkan itu ke peti sejuk yang terletak di garaj. 

Ombudsman atau orang tengah yang telah dilantik untuk menyiasat kes ini di wilayah Novosibirsk, di Siberia di selatan Rusia, Nadezhda Boltenko, mengatakan kepada stesen tempatan 360TV bahawa ibu kepada remaja itu telah memanggil ambulans untuk anak perempuannya.

Anastasia terlalu takut untuk mengakui bahawa dia hamil kepada kedua orang tuanya. Lantas mengambil keputusan untuk terus biarkan anaknya mati di dalam peti sejuk. 

Mendengar anak mengerang waktu malam

“Ibunya mendengar anaknya seakan mengerang di tengah malam, namun dia menganggap mungkin anaknya sakit apendiks, “ kata Boltenko. 

Sebenarnya, pada waktu itu bayi sudah pun dilahirkan, dan gadis itu mengalami pendarahan yang banyak dan tidak menerima apa-apa bantuan. 

Akui kepada paramedik simpan bayi dalam peti sejuk beku

peti sejuk beku

Di dalam ambulans dalam perjalanan ke hospital dia “mengaku kepada paramedik yang dia telah melahirkan dan menyembunyikan anak itu daripada kedua orang tuanya di dalam peti sejuk beku” di rumah keluarga mereka di desa Verkh-Tula, bandar Novosibirsk.

Keluarga itu tinggal di kampung Verkh-Tula. Ombudsman, atau orang perantaraan menyebutnya sebagai “kes yang cukup mengerikan”.

Gadis itu kini berada di hospital dalam keadaan kritikal katanya.

Seorang jiran mengatakan bahawa dia tertanya-tanya adakah gadis itu hamil dan pernah bertanya kepada ibu Anastasia.

Tetapi ibu kepada Anastasi hanya menjawab yang kemungkinan berat badan Anastasia makin bertambah. 

Anastasia Kuleshova, seorang pegawai dari Jawatankuasa Penyiasatan Rusia mengatakan siasatan dalam kematian bayi baru lahir ini sedang diperiksa oleh detektif.

Menurut laporann, bapa kepada bayi malang itu baru berusia 16 tahun. Dan mereka dikatakan telah berpisah pada musim panas lalu. 

peti sejuk beku

Ibu bapa perlu sentiasa pantau keadaan anak

Sememangnya ia satu sifat semula jadi buat manusia apatah lagi remaja berasa takut untuk memberitahu ibu bapa kerana sudah melakukan kesilapan. Namun anda sebagai ibu bapa perlu sentiasa peka dengan perihal anak, dan sekiranya nasi sudah menjadi bubur, masih ada sinar harapan buat anak-anak anda. Ini antara apa yang anda boleh lakukan sekiranya ia terjadi (minta dijauhkan):

Stories Rakan Kongsi
Bayi PKP Bakal Lahir? Ini Senarai Persiapan Untuk Anda Menyambut Si Kecil!
Bayi PKP Bakal Lahir? Ini Senarai Persiapan Untuk Anda Menyambut Si Kecil!
Ini Jadual Vaksinasi Terkini Untuk Anak-Anak, Parents WAJIB Tahu!
Ini Jadual Vaksinasi Terkini Untuk Anak-Anak, Parents WAJIB Tahu!
Premature Babies: What You Should Look Out for and What to Do?
Premature Babies: What You Should Look Out for and What to Do?
Do These Things to Increase Your Child’s Height
Do These Things to Increase Your Child’s Height

#1. Berbincang dengan baik & cari solusi

Bincang adalah perkara paling penting dalam keluarga. Dari situ anda boleh mencari solusi yang terbaik buat anak-anak. Sekiranya anak terlanjur, bincangkan apa langkah seterusnya. Jika mahu dan mampu menjaga bayi itu, jika mahu diberikan kepada ibu bapa angkat. 

#2. Elakkan terus memaki

Walaupun anda dalam keadaan yang tidak dapat dikawal, sentiasa tarik nafas dalam-dalam dan tenang. Selesaikan dulu masalah yang ada, selepas kemarahan reda barulah bawa anak-anak berbincang dan ajukan soalan ‘mengapa dan kenapa.’ Apabila anda bertindak untuk marah dahulu, bimbang anak akan fikir mereka mengambil keputusan yang salah kerana memberitahu anda. Waktu sukar sebegini kita perlu bersatu dan biar anak kita tahu ibu bapanya sentiasa ada bersamanya di saat-saat genting begini. 

#3. Minta rujukan

Jika anda sebagai ibu bapa juga buntu, minta nasihat daripada yang pakar. Minta khidmat kaunseling, kini di kebanyakan hospital kerajaan juga menawarkan pusat khidmat kaunseling. Ingatlah minta pertolongan adalah jalan bijak, daripada anda ingin uruskan semuanya sendiri dalam keadaan yang cukup beremosi ini. 

Sumber: Mirror

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combayi-baru-lahir-terbiar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Remaja Simpan Bayi Baru Lahir Dalam Peti Sejuk Hingga Mati Kerana Takut Beritahu Ibu Bapa
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham