Petua Anak Kuat Menangis & Meragam Ketika Beraya, Ibu Take Note 8 Perkara Ini!

Petua anak kuat menangis sewaktu menjadi tetamu di rumah orang ini perlu dicuba buat ibu ayah agar memudahkan kerja anda mengawalnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi ibu dan ayah yang mempunyai anak masih kecil, kebimbangan sewaktu ziarah hari raya ialah anak tidak selesa dan sering meragam. Jadi di sini kami senaraikan 8 petua untuk anak yang kuat menangis, ibu dan ayah boleh cuba nanti.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • 8 petua anak kuat menangis, elak meragam sewaktu ziarah hari raya

Seperti yang disenaraikan menerusi laman kidcited learning store, terdapat 8 petua dan tips boleh diamalkan oleh ibu dan ayah bagi mengelakkan anak menangis sewaktu ziarah hari raya.

8 petua anak kuat menangis, elak meragam sewaktu ziarah hari raya

1- Makan secukupnya

Tidak semua menu dihidang sewaktu hari raya boleh diberikan kepada anak kecil. Jadi untuk mengelakkan mereka meragam kerana lapar, ibu dan ayah harus melakukan persediaan makanan untuk anak.

Jika anak masih bawah 6 bulan, pastikan susu diberikan mengikut waktu.

2- Tidur mencukupi

Jika anak kecil anda tidak dapat tidur dengan cukup, mereka akan meragam dan berasa penat. Pastikan anak kecil tidur secukupnya pada malam hari supaya kekal bertenaga di siang hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk bayi pula, sediakan carseat supaya mereka mudah tidur di dalam kenderaan.

3- Tidak memakai pakaian tebal

Cuaca di Malaysia ini panas jadi, pilih pakaian sesuai untuk anak kecil. Jangan sampai berlapis-lapis pakaian semata-mata mahukan anak kelihatan cantik dan bergaya.

Adalah lebih baik memilih jenis kain yang sejuk supaya kulit anak mendapat pengaliran udara yang baik, jadi tidaklah mereka meragam.

4- Sediakan mainan kegemaran

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bawa barang mainan kegemaran mereka bagi mengelakkan anak kecil meragam. Cara lain juga adalah gajet seperti tablet atau telefon pintar namun pantau mereka bagi mengelakkan terlalu leka.

5- Minyak angin

Ini benda penting perlu ada dan dibawa ke mana sahaja. Makan banyak pelbagai juadah, anak mengadu sakit perut. Minyak angin salah satu cara mengurangkan masalah sakit perut sewaktu ziarah hari raya.

6- Letakkan anak di bilik tidak panas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak semestinya perlu pendingin hawa kerana sedia maklum, tidak semua rumah kampung mempunyai alatan ini. Pastikan bilik tersebut ada pengaliran udara yang baik. Jika anak meragam di rumah orang, cuba minta izin tuan rumah untuk rehatkan anak di dalam bilik yang tidak panas.

7- Bawa lampin pakai buang, baju lebih

Lampin pakai buang penting sewaktu perjalanan berhari raya, jadi pastikan bawa dengan jumlah yang lebih. Baju anak kecil juga perlu dibawa sekali kerana insiden seperti muntah, tertumpah air atau makanan sehingga mengotorkan pakaian sering berlaku kepada mereka.

8- Hadkan tempoh ziarah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk ibu dan ayah yang mempunyai anak kecil, hadkan tempoh ziarah di rumah orang dan jangan terlalu lama beraya sehinga berjam-jam.

Hal ini kerana anak akan cepat bosan jadi, mulalah mereka meragam. Setengah jam untuk satu rumah pun sudah memadai.

Mudahkan petua dan tips yang disenaraikan ini, jadi ibu dan ayah boleh lakukan supaya anak tidak meragam sewaktu berhari raya. Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Meragam Sebelum Tidur? Kajian Minta Ibu Pujuk Anak Yang Menangis!

Baca juga: Anak Susah Minum Susu? Ini Tips Daripada Pakar Untuk Pujuk Anak Minum Susu & Kepentingannya Pada Tumbesaran Mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Anak Meragam Terlalu Lama Duduk Di Rumah? Mereka Mungkin Sedih Rindukan Waktu Dahulu!