Setiap ibu pastinya akan berasa gembira ketika melihat anak kecil semakin membesar dan melambaikan tangan untuk sekolah. Seiring perkembangan usia, mereka seharusnya sudah memiliki keupayaan untuk berinteraksi dengan orang sekeliling. Justeru anda hendaklah mengetahui beberapa petua anak lambat bercakap agar tidak menjadi masalah kemudian hari.
Di saat si manja masih dalam proses mengenali dunia, mereka menghabiskan banyak waktu di rumah atau pusat jagaan. Sebaik sahaja ibu ayah pulang ke rumah, perkara kebiasaannya berlaku ialah dihujani dengan pelbagai pertanyaan dari anak-anak.
Petua anak lambat bercakap, ibu ayah perlu sama-sama mainkan peranan
Dalam proses perkembangan fizikal dan mental, anak-anak yang masih kecil lebih cenderung bertanyakan pelbagai persoalan kerana didorong oleh perasaan ingin tahu.
Mungkin sahaja mereka akan bertanya, Mengapa daun berwarna hijau? Mengapa ikan tidak pernah tidur pada waktu malam? atau Bagaimana adik boleh berada dalam perut ibu? Dan banyak lagi!
Buat ibu-ibu, usahlah berasa tertekan apabila si manja seperti tidak berhenti-henti bertanya. Hal ini kerana menurut sebuah kajian yang dilakukan di England tahun 2013 mendapati bahawa seorang anak mampu mengajukan sehingga 300 pertanyaan setiap hari.
Manakala anak perempuan yang berusia 4 tahun akan lebih banyak bertanya berbanding anak lelaki.
Pada mulanya ibu ayah mungkin berasa pening ketika menghadapi pertanyaan-pertanyaan si kecil yang seperti tidak ada habisnya. Namun jangan risau kerana kali ini kami akan membahaskan cara terbaik bagi ketika berdepan dengan sikap ingin tahu mereka.
Kerap berkomunikasi bersama antara salah satu petua anak lambat bercakap
Menurut para ahli perkembangan kanak-kanak, usia 2 hingga 4 tahun adalah fasa pembentukan kemampuan kognitif untuk memahami mengapa suatu hal terjadi dan membina hubungan logik antara satu hal dengan hal yang lain.
Pertanyaan diajukan anak sebenarnya bukanlah bertujuan menganggu ibu ayah, melainkan ia adalah tanda kehausan ilmu pengetahuan. Justeru sentiasalah bersiap sedia apabila si manja mula ‘membuka mulut’ kerana ia adalah bahagian penting dalam perkembangan mental anak.
Sekiranya ibu tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah, anda memiliki banyak waktu untuk bersama anak-anak. Perkara pertama yang ibu perlu lakukan ialah bersabar.
Dengan hati yang tenang, anda mampu menjawab kesemua soalan dan pertanyaan dari anak kecil tanpa mematikan rasa ingin tahu serta keinginan mereka untuk terus belajar.
Berikan jawapan dengan fakta yang betul ketika anak bertanya
Sewaktu anak kecil bertanya ”Ibu,mengapa air di kolam renang berasa sejuk?” Elak memberikan jawapan seperti ”Sebab tiada dapur yang memanaskannya di bawah.”
Jangan memberikan jawapan yang tidak logik hanya kerana anda berasa penat memikirkan jawapan terbaik dan ingin ‘gangguan’ dari anak segera berakhir. Bukan itu sahaja, elakkan dari menjawab seperti “Sebab memang begitu dari dulu” atau ”Kenapa adik banyak bertanya sangat ni?”
Selalu berikan jawapan yang sesuai dengan kenyataan atau fakta secara umum. Namun jangan guna bahasa terlalu rumit kerana anak kecil tidak mampu untuk memahaminya. Misalnya, anda boleh menjawab ”Air kolam menjadi sejuk kerana ia terletak di atas bukit yang bersuhu dingin.”
Sentiasa ajarkan si manja tentang caranya
Jika anak bertanya kepada ibu ayah, ia bermakna dalam dunianya hanya ada anda yang dianggap sebagai seseorang paling dekat dan boleh membantu. Anda boleh meningkatkan keupayaan pengetahuan si manja dengan membacakan buku secara santai.
Berterus-teranglah pada anak jika anda tidak dapat menjawab pertanyaannya. Ajak mereka untuk sama-sama mencari jawapan dari orang lain seperti ayah, kakak atau ibu saudara.
Selain itu petua anak lambat bercakap boleh dilakukan dengan membawa si manja pergi berjalan-jalan ke tempat umum seperti taman permainan, zoo atau pusat sains. Hal ini dapat membantu merangsang otak dan mulut mereka untuk bercakap.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Sumber: Penulis asal jpqosinboo. Artikel ini telah mendapat kebenaran daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Risaunya Anak Lambat Bercakap, Ibu Cuba Guna Isyarat Tangan Bagi Merangsang Minda Mereka