Hormon Ini Buat Bayi Tidur Lena, Padanlah Bila Bayi Menyusu Kenyang Tidur Pun Sakan!

Tahukah anda apa itu melatonin? Rupanya ia dikatakan dapat bantu bayi tidur lena. Ibu ini kongsi petua bayi tidur lena menggunakan teknik menyusu badan yang betul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Benarkah melatonin dapat bantu bayi tidur lena? Pernahkah anda dengar petua bayi tidur lena ini?

Ada ibu mengadu, bayinya berumur 3 bulan langsung tidak tidur siang di rumah pengasuh. Sepertimana yang kita maklum, tidur penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Ibu jadi risau.

Untuk bayi yang ‘exclusive breastfeeding’, ibu boleh semak kembali susu perahan yang dibekalkan kepada pengasuh diperah pada waktu bila. Nampak tak pentingnya melabel tarikh dan waktu perahan pada setiap sesi perahan?

Melatonin antara petua bayi tidur lena

Melatonin adalah hormon yang dikeluarkan oleh tubuh ketika tidur.

Tahukah ibu, susu yang diperah pada waktu malam tinggi dengan melatonin? Hormon ini dirembes pada waktu malam oleh orang dewasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susu ibu yang tinggi melatonin akan memberi kesan hipnosis (bayi akan relaks dan mengantuk) dan melancarkan pergerakan usus (mengurangkan terjadinya kembung perut).

Jadi, inilah petua bayi tidur lena!

Cara membekal susu badan dengan betul

Untuk bekalkan susu perahan ke rumah pengasuh, ibu boleh cuba bekalkan seperti berikut :

  • sesi 1 – 8am (susu perahan siang)
  • sesi 2 – 10am (susu perahan malam)
  • sesi 3 – 12pm (susu perahan malam)
  • sesi 4 – 2pm (susu perahan siang)
  • sesi 5 – 4pm (susu perahan siang)
  • sesi 6 – 5pm/6pm ambil anak di rumah pengasuh, direct feeding di rumah

*jadual pemberian susu perahan boleh diubah mengikut kesesuaian*

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas sesi 2, bayi sudah mandi dan segar. Bermain sebentar bersama dan tidurkan bayi sebelum dia terlalu letih.

Kenapa? Bila terlalu letih, bayi akan meragam dan ini akan menyebabkan bayi sukar untuk tidur.

Selain pemberian bekalan susu perahan seperti di atas untuk pengasuh, ibu juga boleh berbincang dengan pengasuh cara untuk tenangkan bayi supaya bayi relaks dan tidur pada waktu tengahari.

Antaranya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan


1. Tetapkan rutin tidur – selepas mandi, bermain pada jam 11 pagi

2. Tidurkan bayi di tempat yang sama – bilik/baby cot

3. Tidurkan bayi sebelum dia terlalu letih – kenal pasti ciri bayi mengantuk seperti menggosok mata, merenung kosong ke satu tempat

4. Tenangkan bayi – beri selimut/mainan kegemaran atau buka muzik/zikir yang menenangkan semasa dalam fasa menidurkan bayi.

Perkongsian ini sekadar tips yang diharap dapat membantu bayi mendapat tidur siang yang berkualiti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat.

Love,
Noraqilah Johari ❤️
Kaunselor Laktasi

Artikel ini ditulis oleh Noraqilah Johari untuk theAsianparent Malaysia. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Cara Ajar Bayi Baru Lahir Tidur Malam, Boleh Dipraktikkan Hingga Mereka Besar

Baca juga: Tidur Lambat Boleh Ganggu Perkembangan Otak Anak! 8 Tips Buat Anak Tidur Awal

Baca juga:  Bayi Tidur Tertonggeng Petanda Dia Mahu Adik Baru, Betul Ke Ni?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan