Petua Hilangkan Ketumbit Mata Bayi & Kanak-Kanak di Rumah, Namun Awas Jika Melarat Perlu Jumpa Doktor!

Cuba petua hilangkan ketumbit mata pada bayi dan kanak-kanak buat mereka rasa tidak selesa dan ia juga boleh mendatangkan bahaya kepada bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketumbit mata yang biasa terjadi kepada orang dewasa menimbulkan rasa tidak selesa pada mata. Jadi apabila terjadinya situasi ini pada bayi atau kanak-kanak sudah pasti ia akan menimbulkan ketidakselesaan pada mereka. 

Menurut orang zaman dahulu, ketumbit mata terjadi kerana individu yang berkenaan suka mengintai, namun ia sebenarnya sejenis jangkitan pada mata. 

Jadi seelok-eloknya ia dirawat segera supaya ia tidak berlanjutan dan menyebabkan masalah yang lebih teruk terjadi kepada mata. Jika berlaku pada bayi atau kanak-kanak lebih kasihan melihatnya.

Petua hilangkan ketumbit mata bayi & kanak-kanak

Kelopak mata mempunyai kelenjar-kelenjar yang menghasilkan minyak yang membantu melembapkan permukaan hadapan bola mata dan bulu mata yang berfungsi memerangkap habuk daripada memasuki mata.

Kenapa mata ketumbit?

Ketumbit1 atau dipanggil hordeolum luaran adalah bisul kecil hasil daripada jangkitan kuman staphylococcus ke atas akar atau folikal bulu mata. Manakala, penakungan minyak akibat saluran kelenjar tersumbat mengakibatkan chalazion atau hordeolum dalaman.

Menurut Dr Zubaidi Ahmad, ketumbit atau stye adalah benjolan kecil2 dan menyakitkan yang muncul di dalam atau luar kelopak mata.

Ia mungkin kelihatan seperti jerawat di pangkal bulu mata anda yang mana pembentukannya di bawah kelopak mata mungkin kurang disedari pada mulanya. Bagaimanapun kedua-dua keadaan ini boleh menyebabkan kelopak mata menjadi merah, bengkak dan mungkin muncul rasa gatal dan sakit.

Punca ketumbit ketumbit mata

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketumbit pada mata berpunca daripada bakteria staphylococcus yang menjangkiti kelenjar minyak di dalam kelopak mata atau folikel rambut bulu mata.

Kuman-kuman itu boleh datang daripada sebarang perkara yang menyentuh atau menggosok bulu mata anda seperti tangan atau solekan mata anda.

Anda atau anak mungkin cenderung untuk mendapat lebih banyak ketumbit apabila alergi menyerang yang menyebabkan mata menjadi gatal dan anda lebih sering menggosok mata.

Punca paling biasa terjadinya pada kanak-kanak dan bayi adalah disebabkan perbuatan menggosok mata atau menyentuh bahagian mata.

Menggosok mata dengan terlalu kuat kadang kala akan menyebabkan kelopak mata bengkak atau terjadinya iritasi.

Kanak-kanak kecil biasanya menyentuh mata mereka dengan tangan kotor jadi ia menyebabkan berlakunya iritasi dan jangkitan kuman pada mata yang menyebabkan ketumbit.

Cara mengubat ketumbit mata

Biasanya masalah ketumbit dikatakan akan pulih sendiri kerana kebanyakannya ia adalah kecil dan tidaklah terlalu menganggu mereka yang mendapatnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, bagi kanak-kanak ia akan menimbulkan rasa yang tidak selesa kerana mereka tidak tahu dan tidak memahami apa yang ada di mata mereka.

Mereka mungkin akan meragam kerana rasa tidak selesa akibat pembengkakan yang berlaku. Ia boleh dirawat di rumah dengan mudah dan rawatannya lebih kurang sama tidak kira mana satu yang anda atau anak anda dapat.

Cara hilangkan bengkak mata ketumbit

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan bengkak mata ketumbit.

Cara hilangkan ketumbit bawah mata

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Tuaman

Menuam dengan menggunakan sapu tangan yang direndam dalam air panas untuk 10 minit dan ulangan dua hingga tiga kali sehari.

Cara-cara melakukan tuaman:

  1. Ambil sehelai sapu tangan kecil
  2. Rendam dalam air suam kuku dan perah hingga tidak menitis
  3. Letakkan di atas kelopak mata dengan mata tertutup
  4. Lakukan selama 10 minit
  5. Ulang 2-3 kali sehari sehingga ketumbit pulih

#2. Bersihkan dengan putik kapas

Bersihkan kelopak mata menggunakan putik kapas yang direndam sabun bayi untuk mengesat bulu mata dengan lembut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara-cara membersihkan kelopak mata:

  1. Ambil cawan / bekas kecil
  2. Letakkan sedikit air bersih ke dalam bekas
  3. Campurkan 5 titis syampu bayi dan kacau
  4. Celup putik kapas ke dalam campuran tadi
  5. Kesat bahagian kelopak mata yang mempunyai bulu mata secara lembut dengan putik kapas tersebut. (Awas: Elakkan dari terkena bahagian kornea)
  6. Lakukan 2-3 kali sehari
  7. Sekiranya kelopak mata terlalu kotor dan berkeruping, basahkan mata sebelum membersihkannya. Ini dapat membantu agar keruping menjadi lembut dan senang untuk dibersihkan.

#3. Mengurut secara lembut

Mengurut secara lembut untuk mengurangkan lemak yang tersumbat

Cara hilangkan ketumbit di mata

Sekiranya ia menjadi semakin besar dan sakit atau ia mengambil masa yang terlalu lama untuk pulih, adalah lebih baik untuk anda atau anak berjumpa dengan doktor.

Antara yang akan dilakukan oleh doktor termasuklah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Ubat titis

Pemberian ubat titis yang perlu dititiskan kepada kawasan yang terjejas

#2. Antibiotik

Pesakit akan diberikan ubat antibiotik

#3. Pembedahan minor

Ada juga kes yang memerlukan pembedahan minor untuk mengeluarkan nanah atau kandungan kelenjar menerusi kaedah surgikal minor.

Ketumbit mata tak hilang

Masalah ini jarang sekali memerlukan rawatan doktor kerana ia biasanya akan beransur pulih dengan sendiri. Ada juga yang tidak hilang sepenuhnya dan akan tumbuh semula.

Ada juga kes yang mana apabila tidak cukup tidur, ketumbit mata akan muncul. Namun, jika anda rasakan masalah ini menganggu kehidupan seharian, anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Ketumbit mata kanak kanak

Situasi ini berlaku kerana kanak-kanak akan menyentuh mata mereka dengan tangan yang kotor atau ada makanan. Jadi potensi untuk terjadinya masalah ini memang ada.

Jadi bagaimana untuk merawat rasa sakit ini? Untuk mengurangkan kesan ketidakselesaan ketumbit, anda boleh tuam bahagian mata anak 3-4 kali sehari.

Jangan picit atau sentuh ketumbit itu dan jika bernanah biarkan ia mengalir dengan sendirinya, bersihkan mata dengan kain lap yang hangat dan bersih. Walaupun kebanyakannya tidak memerlukan rawatan, ada juga rawatan yang akan menggunakan ubat titis pada anak atau antibiotik mata atau ubat sapu.

Jika anak anda tidak bertambah baik dalam tempoh 4 hingga 6 minggu, dia mungkin perlu dirujuk kepada doktor yang pakar dalam merawat masalah mata. Anda perlu berjumpa pakar pakar oftalmologi.

Dalam kes yang jarang berlaku, ketumbit mungkin perlu dikeringkan atau dikeluarkan.

Ketumbit pada mata bayi

Ketumbit mata pada bayi3 juga boleh berlaku dan rawatannya tidak jauh berbeza daripada kanak-kanak.

Tetapi bagi bayi di bawah umur 3 bulan, sekiranya mereka demam dengan suhu 38.0°C atau lebih tinggi eloknya bawa mereka berjumpa doktor kerana ia boleh menyebabkan sawan.

Demam adalah disebabkan oleh bengkak yang berlaku menyebabkan kulit merah dan rasa hangat di kawasan sekeliling mata yang terjejas akibat ketumbit.

Jadi, situasi pada bayi ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh menyebabkan komplikasi lain berlaku pada anak sekiranya ia berlarutan.

Jika bayi atau kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda merbahaya, adalah lebih baik untuk anda segera mendapatkan rawatan pakar bagi merawat anak dengan cara selamat dan sepatutnya. 

Rujukan:

  1. MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia (Ogos 23, 2019). Ketumbit. https://www.myhealth.gov.my/ketumbit/
  2. Dr. Zubaidi Ahmad (Jun 2, 2020). Ketumbit Pada Mata. https://m.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad/photos/a.246133765406706/4132026856817358/?type=3
  3. Saintlukeskc.org (n.d). When Your Child Has a Stye. https://www.saintlukeskc.org/health-library/when-your-child-has-stye

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Serik Kerana Gajet Mata Anak Merah & Sembab! Nasib Baik Masih Boleh Diselamatkan

Baca juga: Perkongsian ibu ini menyelamatkan nyawa anak orang lain dengan kanser mata!

Baca juga: Formula 20/20/20 Elak Mata Anak Rosak Akibat Gajet! Cuba Buat Pada Anak Usia 2 Tahun Ke Atas

Penulis

Lala Annuar