Ibu mengandung diketahui antara yang paling banyak mengalami masalah angin dalam badan. Jadi kali ini kami kongsikan petua kurangkan angin dalam badan daripada doktor.
Menurut Dr Imelda Balchin, jangan salahkan makanan. Jangan kecam makanan kerana ia tidak bersalah. Tidak ada makanan yang berangin. Yang ada masalah dan membuat gas berlebihan ialah sistem penghadaman anda yang tidak sempurna.
Cara kurangkan angin dalam badan secara saintifik
Apa yang menyebabkan gas atau angin dalam perut?
#1. Makanan yang lambat hadam
Sebab itu anda perlu mengunyah dengan sempurna. Anda tidak boleh makan dengan terlalu lalu beri masa untuk mengunyah. Jika makanan tidak dikunyah dengan sempurna, sebab itu ia lambat hadam dalam perut dan usus.
Jadi bila lambat hadam usus dan perut akan buat kerja lebih lagi untuk melumatkan makanan itu. Jadi kalau anda malas mengunyah, maka perut dan usus anda kena bekerja dengan lebih kuat lagi.
#2. Ketidakseimbangan bakteria di dalam usus
Apa anda kena tahu ialah, di dalam usus kita ada banyak jenis bakteria yang tolong kita menghadamkan makanan yang tak habis hadam. Koloni pelbagai jenis spesies bakteria yang hidup di dalam usus kita dinamakan microbiome.
Ada bakteria yang membantu mencernakan makanan yang tak hadam, tetapi kesan sampingannya ialah bakteria tu mengeluarkan gas. Ada bakteria yang boleh menyerap gas. Ketidakseimbangan bakteria di dalam usus boleh menyebabkan ada terlebih bakteria yang membuat gas dan kekurangan bakteria yang boleh menyerap gas.
Bila gas itu keluar kat bawah, kita panggil kentut. Bila gas tu keluar kat atas, kita panggil sendawa. Kalau gas tu tak keluar, perut kita kembung dan tak selesa.
#3. Diri sendiri telan angin dan gas
Jika anda telan makanan cepat-cepat, anda akan sendiri telan lebih angin bersama dengan makanan ke dalam perut. Jika anda menghisap apa-apa pun, anda akan telan lebih angin ke dalam perut, seperti menghisap rokok, menghisap air minuman dengan straw, menyedut minuman dari botoi, dan minum air bergas.
Petua kurangkan masalah angin atau gas menurut sains & biologi
#1. Rendam kekacang sebelum masak
Jika anda ada masalah angin dari kekacang, rendam kekacang semalaman dan masaklah dengan lebih lama sebelum makan. Kekacang mengandungi gula bermolekul besar yang paling susah dihadam.
Inilah oligosaccharide. Mereka yang ada sistem penghadaman yang mengeluarkan cukup enzime untuk mencernakan oligosaccharide tidak ada masalah angin selepas makan kekacang.
Tetapi ada orang yang tidak cukup enzime untuk mencernakan oligosaccharide dan proses penghadaman untuk mereka mengambil masa yang lebih lama. Akibatnya banyak gas yang dibuat oleh bakteria atau makanan yang tidak dapat dihadamkan keluar semula sebagai najis.
Oligosaccharide ini berada di bahagian kulit kekacang dan boleh larut dalam air. Sebab tu lah untuk mereka yang ada masalah angin, tak boleh terus masak saja kekacang ni. Rendamlah di dalam air dahulu. Setengah orang rendam 3 jam saja, tapi yang ada masalah angin, patut rendam satu malam.
Lebih keras kulit kekacang tu, lebih lama lagi kita patut rendam selama 24 jam. Mereka yang selalu dapat masalah angin, patut rendam kekacang 24 jam dahulu.
Lepas rendam, buang air yang penuh dengan kanji oligosaccharide tu. Jangan masak kekacang bersama air rendaman kekacang tu. Buang air itu dan bilas. Kemudian basuh semula kekacang tu 3-4 kali sebelum memasak dengan cara mendidih. Sambil mendidih, lihat jika ada buih-buih di bahagian atas air.
Buanglah selaput berbuih di atas air tu sebab itu ialah saki-bak kanji oligosaccharide. Masak sampai lembut betul-betul. Kalau tak cukup masak, dan tak cukup lembut, maka lebih lambat nak hadam dan lebih banyak gas.
#2. Lancarkan pergerakan usus
Bersenam boleh melajukan perjalanan makanan di dalam usus. Cegah sembelit dengan minum air yang cukup dan makan makanan yang berserat seperti buah, sayur, ulam dan bijiran.
#3. Masak makanan tu betul-betul sebelum makan
Ada jenis-jenis makanan yang lebih susah dihadam untuk sesetengah orang terutamanya jika buah-buahan yang terlalu muda yang masih keras, atau makanan mentah, Sebagai contoh bawang merah mentah atau kobis mentah menyebabkan lebih gas dari yang telah dimasak.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tabiat Pasang Kipas Angin Ketika Tidur Boleh Mengakibatkan Kematian Terhadap Ibu Hamil
Baca juga: Cubalah 5 Cara Buang Angin Dalam Badan Dengan Cepat
Baca juga: Penting Sendawakan Bayi, Ibu Ayah Ini Cara Sendawakan Bayi Baru Lahir