10 Tips Hamil Yang Tak Masuk Akal Zaman Dulu, Pasti Bercantum Kening Anda Bila Baca!

Kelakar dan pelik juga 10 petua kehamilan zaman dulu-dulu ini! Anda rasa boleh percaya ke kalau masih diamalkan hingga sekarang?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita hamil cenderung mendengar petua mengandung dan nasihat yang baik-baik sepanjang kehamilan. Apatah lagi ia telah dipraktiskan oleh mereka yang berpengalaman dan masih berguna sehingga kini.

Namun ada sesetengah petua mengandung itu macam tak masuk akal pula. Ha…nak tahu apa petua itu? jom kita teliti satu persatu.

Petua mengandung yang tidak masuk akal telah diberitahu kepada wanita sejak bertahun lamanya 

#1. Asap rokok

Kredit: Capital Cardiology Associates

Ramai doktor memberitahu rokok boleh memberi kesan negatif terhadap janin.

Namun, dalam tahun 40 dan 50-an, syarikat tembakau turut mempunyai doktor panel bagi mengesahkan produk mereka bagus dan diiklankan dalam media cetak.

Lebih mengejutkan, ada yang mengatakan jika mereka merokok secara santai, ia tetap bagus untuk ibu hamil. Biar betul?!

#2. Pakai korset 

Secara logik akal, wanita hamil sebaiknya tidak memakai korset kerana ia boleh membahayakan bayi.

Tetapi kebanyakan wanita di zaman Victoria memakai korset sewaktu mengandung. Sesetengah pengeluar korset juga membuat korset khas untuk bersalin!

#3. Jauhi dari buah ceri! 

Ini agak pelik kerana pada abad ke -15, wanita hamil diberitahu agar tidak terkena buah ceri, strawberi atau wain merah di muka kerana ia akan memberi gambaran yang tak baik pada bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Ambil chloroform semasa bersalin 

Sebelum kontraksi berlaku, ibu diberi chloroform supaya dapat mengurus kesakitan dengan baik.

Namun, chloroform juga boleh mengakibatkan kerosakan sistem pembiakan wanita, kegagalan jantung, keracunan chloroform dan nekrosis hati.

Pada ketika itu doktor tidak tahu kesan yang akan diperoleh dari amalan tersebut.

#5. Lihat benda yang cantik sahaja 

Kredit : Parents Magazine

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita pada zaman dahulu percaya melihat benda-benda yang indah dan cantik akan berbalik kepada bayi, walaupun sebenarnya ia tidak masuk akal.

#6. Sinar matahari tak bagus untuk kulit bayi anda 

Wanita hamil lebih sensitif terhadap sinaran UV meskipun mereka terdedah kepada keadaan yang terlalu panas dan sebaiknya mengelak daripada berterusan terkena cahaya matahari.

Syukurlah hari ini kita ada banyak produk pelindung matahari yang baik untuk digunakan.

#7. Jangan bersetubuh dengan lelaki yang kaki berbau busuk 

Wanita zaman pertengahan mempercayai bayi akan mewarisi bau bapa mereka apabila lelaki itu mempunyai bau kaki yang busuk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sama ada kanak-kanak lelaki dilahirkan nafas berbau manakala bayi perempuan pula punggung berbau.

#8. Jangan bersetubuh semasa hamil 

Dr. John Harvey Kellogg memberi amaran kepada pesakitnya untuk tidak melakukan hubungan seks semasa hamil.

Ia bukan sebab hubungan seks menyebabkan kecederaan fizikal  pada bayi, tapi menurutnya boleh mengakibatkan kanak-kanak itu mewarisi kecenderungan yang membebankan.

#9. Jangan tonton perlawanan sukan 

Pada zaman 40-an, wanita hamil dilarang menonton perlawanan sukan kerana mereka akan jadi terlalu “teruja”! Hmm…anda rasa betul ke tidak?

#10. Jangan banyak membaca

Kredit: Texilaconnect.com

Wanita pada zaman dahulu juga diberitahu untuk elak membaca buku yang menarik. Macam pelik pula bunyinya, kan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Inilah antara petua mengandung yang tidak masuk akal pada abad ke-21. Kalau ada sebarang komen dan pandangan boleh lontarkan pada kami ya. Semoga ia bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Cristina Morales dan artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.

Baca juga:

https://my.theasianparent.competua-yang-pelik-untuk-melihat-jantina-bayi-di-dalam-kandungan-anda/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan