Lebih 7 Jam 3 Beranak Terperangkap Dalam Bilik Air, Ibu Ini Kongsi Detik Cemas

Tombol pintu terkunci dalam tempoh yang lama telah memberikan pengalaman cemas dan trauma buat seorang wanita bersama dua anak kecilnya dalam bilik air

Pengalaman ibu dalam menguruskan rumah tangga serta anak-anak kecil memberikan pelbagai suka dan duka. Namun siapa sangka takdir telah menguji keluarga ini apabila mereka telah terperangkap sehingga 7 jam di dalam bilik air apabila tombol pintu terkunci.

Memandangkan ia terjadi pada hari bekerja, hanya ibu dan anak-anak sahaja yang ada di rumah. Suami pula telah keluar bekerja pada awal pagi seperti biasa.

Pengalaman terperangkap dalam bilik air kerana pintu terkunci

Berdasarkan kisah yang dikongsi oleh seorang wanita di Facebook, Safra Hussain, dia dan anak-anak melalui detik mencemaskan apabila telah terperangkap dalam bilik air lebih dari 7 jam.

Paling merisaukan adalah anak-anak, tangan kaki mereka telah biru kecut. Cara kami nak survive adalah dengan buka air heater paling panas, tapi boleh mendatangkan risiko sesak nafas.

Masa tersedar terkunci dari dalam, ibu cuba untuk tenangkan diri sebab memang dah tahu sejenis cepat panik. Mula-mula cuba alihkan tumpuan anak-anak dengan main buih sabun. Macam-macam usaha nak buka pintu terkunci tu sampai penyangkut tuala pun kita cabut untuk ketuk tombol, tapi segala usaha sia-sia.

Apabila Mikayla cakap lapar, kita suruh dia minum air heater. Maleeqa pula menyusu badan sahaja, sampai tahap kita dah hypo. Dah lemah rasa nak tidur dan mata macam nak tutup sahaja.

Hanya Allah sahaja yang tahu. Masa awal-awal cuba nak alihkan perasaan panik. Kita basuh lah tandas, bila dah hujung-hujung tak tahu masa tu pukul berapa dah rasa tak kuat. Tapi bila tengok anak-anak cuba juga kuatkan diri dan ketuk-ketuk tombol. Masih sia-sia.

Tombol pintu terkunci, suami mula syak sesuatu

Bila Mikayla cakap ‘Im cold’ sebab dia sejenis kalau tidur dalam penghawa dingin, tak nak selimut sebab dia suka sejuk. Tapi kalau dia dah cakap sejuk, luluhnya hati.. Dia siap tanya kenapa tangan dah jadi warna putih. Tangan kaki dia pun sudah kecut.

Masuk pukul 2 petang, suami tak sedap hati dah sebab kita tak update story, tak seen whatsapp dan tak jawab telefon. Pukul 4.30petang nasib baik dia tergerak hati nak pergi sekolah Mikayla. Bila cikgu bagitahu Mikayla tak pergi sekolah, terus cepat-cepat dia balik rumah.

Alhamdulillah. Pengajaran untuk kita dan juga semua. Selain Allah tempat bergantung, bawalah telefon kemana sahaja.

P/s: Rupanya tombol jenis ini memang kena berhati-hati. Ramai rupanya dah terkena cuma cerita kita sedih sebab dalam bilik air. Kalau dalam bilik mungkin lah boleh terajang. 

Tips jika pintu terkunci dari dalam

Kebiasaannya, pintu bilik atau bilik air di rumah boleh terkunci dengan sendiri apabila anda tanpa sengaja tertekan atau terhempas pintu dengan kuat. Sebagai ibu, sudah tentu anda perlu bertenang agar anak tidak menangis ketakutan.

Jangan cemas kerana ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk membuka tombol pintu dengan menggunakan dua cara iaitu:

#1. Menggunakan kertas, kad atau pembaris

credit to sources

Cara-cara untuk menggunakan tombol pintu terkunci dengan sekeping kertas:

  • Ambil kertas yang agak keras
  • Lipat kertas menjadi segi empat
  • Gunakan bucu kertas tadi, tolak masuk di celah-celah pintu supaya kena pada kuncinya. Bila terkena pada kuncinya, tombol biasanya sudah boleh terbuka.

#2. Menukar setting pada pintu 

Mungkin ada yang tidak tahu, kunci pada tombol memiliki 2 setting iaitu keadaan sentiasa kunci dan keadaan normal.

Setting ini boleh ditukar dengan menekan punat kunci menggunakan ibu jari dan memutarkan punat kunci. Putar ke arah lawan jam (ke kiri) untuk mode normal dan putar ikut arah jam (ke kanan) untuk mode sentiasa kunci.

Setting ini boleh diguna pakai pada kebanyakan tombol pintu yang ada punat kunci. Kadang-kadang sewaktu mengunci pintu, kita secara tidak sengajanya terpusing punat yang menyebabkan ia dalam keadaan sentiasa berkunci.

Sumber: Safra Hussain, Rusyaidi Husni

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kurung Anak Tanpa Penjaga, 3 Beradik Dijumpai Dalam Bilik Kotor Yang Hanya Makan Nasi & Kicap