Perancangan pelakon, Syatilla Melvin bersalin secara normal selepas caesar (VBAC) untuk anak ketiganya tidak kesampaian apabila perlu melalui pembedahan berikutan dia alami plasenta previa.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Syatilla alami perdarahan
- Tak dapat bersalin normal
- Apa itu plasenta previa
- Jenis-jenis plasenta previa
- Siapa berisiko alami masalah ini
Berkongsi kisah pada akaun Instagramnya, perkara tersebut dimaklumkan oleh doktor selepas menjalani pemeriksaan baru-baru ini. Plasenta previa ialah keadaan di mana uri atau plasenta berada di bahagian rahim bawah berdekatan laluan serviks.
Perdarahan susulan alami plasenta previa
Bercerita lebih lanjut, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu memberitahu, sejak akhir-akhir ini dia turut mengalami perdarahan.
“Tadi pergi buat pemeriksaan, doktor beritahu kata plasenta previa. Kenapalah tak plasenta proton ka, preve ka perodua ka.
“Sebab sejak akhir-akhir ini asyik bleeding (perdarahan), jalan banyak bleeding, angkat anak bleeding, kasar sikit bleeding. Rupa-rupanya uri kat bawah,” demikian kisah dikongsikan.
Tak dapat bersalin normal
Berikutan masalah yang dialami, Syatilla memaklumkan dia tidak dapat mencuba untuk bersalin normal selepas caesar (VBAC) untuk anak ketiganya.
“Lain anak lain sungguh pembawakan dia. Tapi nombor tiga ni memang pelik. Dari awal mengandung memang pelik. Sampai sekarang tak lalu nak promote produk sendiri.
“Dah berapa lama dah tak buat content. Bila pegang saja produk, rasa meremang nak pening. Tak ka yang aneh-aneh tu?
“Nombor tiga ni sah lah, doktor kena belah juga perut aku. Baru rancang nak cuba VBAC. Tak ada rezeki sungguh.
“Tak apalah, apa nak jadi kat ibu sekalipun jadi lah, janji anak ibu selamat sempurna. Amin,” katanya.
Syatilla juga memohon pengikutnya di Instagram yang berpengalaman mengalami plasenta previa untuk berkongsi kisah mereka.
“Doktor suruh warded dah masa 36 minggu nanti. Tapi aku nak raya. Tapi tak mahu warded lagi. Ya Allah siapa lagi ada pengalaman menghadap plasenta previa ni? Please share, Tilla nak baca,” katanya.
Kenali apakah plasenta previa previa dan risiko yang bakal ibu alami
Ibu mungkin tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan plasenta previa. Mungkin juga ada ibu yang pertama kali mendengarnya.
Menerusi penerangan oleh Dr Mohd Ramzdhan Mohd Masdar, keadaan itu di mana uri atau plasenta berada di bahagian rahim yang bawah berdekatan laluan serviks.
Apabila ini terjadi, ibu berisiko mengalami pendarahan ketika kehamilan. Bagaimanapun, kedudukan uri boleh berubah sepanjang kehamilan sehingga minggu ke-32.
Selepas minggu ke-32, kedudukan uri adalah tetap. Oleh itu, jika kedudukan uri masih lagi di bawah selepas minggu ke-32, berkemungkinan perlu bersalin secara pembedahan, bergantung kepada jenis kedudukan uri ibu.
Jenis-jenis plasenta previa
Sebelum ini, plasenta previa dikelaskan kepada 4 jenis, namun kini ia dibahagikan kepada dua sahaja iaitu major dan minorplacenta previa. Ia juga boleh dikenali sebagai marginal atau complete placenta previa, namun terma ini sudah jarang digunakan.
- Minor placenta previa (marginal)
Juga dikenali sebagai marginal plasenta previa adalah kedudukan uri yang berada dalam jarak sekurang-kurangnya 2 cm dari bukaan serviks.
Bagi keadaan seperti ini, plasenta atau uri biasanya berada berdekatan serviks, tetapi tidak sehingga menutupi laluan pintu rahim. Oleh itu, ibu yang mengalami keadaan ini masih boleh bersalin secara normal.
2. Major placenta previa (complete)
Plasenta previa major atau complete placenta previa pula adalah apabila kedudukan plasenta atau uri betul-betul menutupi pintu rahim. Ibu hamil yang mengalami keadaan ini tidak boleh bersalin secara normal dan biasanya akan bersalin melalui kaedah pembedahan caeserean secara elektif.
Golongan wanita yang berisiko tinggi mengalami masalah ini
Berikut merupakan faktor risiko bagi masalah plasenta previa:
- Umur ibu hamil : Usia 35 tahun ke atas adalah mereka yang lebih berisiko
- Pernah menjalani rawatan kemandulan
- Kehamilan kembar (lebih daripada satu janin)
- Ibu yang telah melahirkan kandungan lebih daripada 5 kali (Grand multiparity)
- Jarak antara kehamilan yang singkat
- Pernah menjalani sebarang pembedahan pada rahim
- Pernah bersalin secara pembedahan caesarean
- Ibu yang merokok
- Ibu yang mengambil kokaine
- Kedudukan sosio-ekonomi yang rendah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Ayah STOP Tabiat Suka Takut-Takutkan Anak, Ia Boleh Menganggu Psikologi Mereka
Baca juga: Cara Mudah Untuk Beri Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sejak Bayi Lagi, Penting Ya Ibu Mula Awal!
Baca juga: Jangan Ambil Mudah, 11 Masalah Ketika Mengandung Ini Membahayakan Ibu & Bayi