Anak Bebas Bermain Dalam Playpen, Ibu Boleh Buat Kerja Rumah. Ini 8 Playpen Terbaik Untuk Bayi Anda

Playpen membolehkan bayi atau kanak-kanak kecil bermain dalam keadaan selamat dan tidak terdedah dengan bahaya.

Playpen ianya sebuah kurungan kecil, biasanya jenis mudah alih yang selamat untuk tinggalkan anak bermain sendirian di dalamnya.

Kebanyakan playpen atau kurungan permainan diperbuat daripada logam, plastik, mesh dan nilon lembut bagi memudahkannya di bawa ke mana sahaja. 

Bayi berumur 6 hingga 8 bulan merupakan umur yang sesuai untuk menggunakan kurungan permainan kerana pada usia ini, bayi biasanya lebih mudah untuk diurus, jadi ibu bapa boleh meninggalkan bayi di dalam kurungan ini semasa mereka melakukan kerja rumah.

Perbezaan Playpen Dan Baby Cot

Ada ibu ayah yang menganggap playpen dan baby cot adalah dua benda yang sama sedangkan kedua-duanya mempunyai perbezaan yang ketara seperti ;

  • Tujuan : Baby cot adalah tempat untuk bayi tidur, manakala kurungan permainan tempat bayi bermain.
  • Umur sesuai : Baby cot biasanya digunakan untuk bayi baru lahir, tetapi sangat sesuai untuk bayi 3 hingga 4bulan yang boleh berguling manakala, kurungan permainan sesuai untuk bayi umur 6 bulan dan ke atas.
  • Saiz/ketinggian : Kedudukan baby cot berada tinggi dari lantai manakala, playpen di atas lantai.
  • Rekabentuk : Baby cot biasanya berbentuk segi empat yang berpagar dan dilengkapi tilam manakala, kurungan permainan mempunyai pelbagai bentuk yang menarik agar anak lebih seronok bermain.

Tips Pemilihan Playpen Terbaik

Memilih playpen yang terbaik boleh mengelirukan memandangkan terdapat banyak aspek yang perlu dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aspek utama yang perlu difokuskan semasa memilih kurungan permainan iaitu bajet, tahap ketahanan, penyelenggaraan dan mudah alih. 

1. Bajet

Kurungan permainan boleh didapati dalam pelbagai harga daripada harga yang murah sehinggalah kepada harga yang mahal bergantung kepada kualiti dan jenama playpen tersebut. Oleh itu, anda perlulah sentiasa merujuk kepada bajet anda untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.

2. Tahap ketahanan

Anda haruslah mempertimbangkan tahap ketahanan kurungan permainan sebelum membeli agar ia boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. Produk yang berkualiti tinggi dapat menjamin keselamatan bayi anda.

3. Penyelenggaraan

Kurungan permainan haruslah diperbuat daripada bahan yang mudah untuk dibersihkan dan diselenggara. Hal ini bagi memudahkan proses pembasmian kuman yang boleh menjejaskan kesihatan anak anda.

4. Mudah alih 

Anda disarankan untuk memilih kurungan permainan dengan reka bentuk mudah alih dan ringan bagi membolehkan anda membawanya ke mana sahaja terutamanya apabila perlu pulang ke kampung.

8 Playpen Terbaik Untuk Kegunaan Bayi

Terdapat banyak pilihan playpen di pasaran pastinya ibu ayah sukar membuat pilihan. Jadi kami senaraikan 8 playpen terbaik untuk kegunaan bayi anda di rumah.

Playpen Terbaik Untuk Bayi
Crolla Ally Foldable Baby Playpen with Sliding Door
Playpen Terbaik Boleh Dijadikan Baby Cot
Beli di Shopee
Realeos Playpen
Playpen Terbaik Yang Besar Dan Luas
Beli di Shopee
Beige Foldable Gaming Fence
Playpen Terbaik Jenis Praktikal
Beli di Shopee
Hexagon Foldable Playpen
Playpen Terbaik Bentuk Heksagon
Beli di Shopee
EVERY1 BABYFENCE Polar Bear
Playpen Terbaik Dengan Aksesori Permainan
Beli di Shopee
Joie Kubbie Baby Playpen
Playpen Terbaik Travel Friendly
Beli di Shopee
Mamakiddies MIMI Baby Bed
Playpen Terbaik Mudah Dipasang
Beli di Shopee
Indoor Ocean Ball Pool Foldable
Playpen Terbaik Mudah Alih
Beli di Shopee

Crolla Ally Foldable Baby Playpen with Sliding Door

Playpen Terbaik Boleh Dijadikan Baby Cot

Crolla Ally Foldable Baby Playpen with Sliding Door Playpen ini didatangkan dengan pintu gelongsor boleh laras untuk akses mudah untuk memberi makan, menukar lampin atau membawa anak keluar.

Pada waktu siang jadikannya sebagai kurungan permainan dan pada waktu malam boleh dijadikan katil sisi di sebelah katil ibu ayah.

Sisi katil pula dalam bentuk bulat bagi melindungi bayi anda daripada bahaya serta disertakan zip buka pintu aktiviti untuk mudah masuk dan keluar.

Kurungan permainan bayi ini diperbuat daripada fabrik Mesh dan aluminium berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama serta membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Bukan itu sahaja, ia juga mampu menampung berat sehingga 14 kg. 

Apa yang kami suka :

  • Reka bentuk boleh dilipat
  • Stabil dan kukuh
  • Fabrik berkualiti tinggi dan ‘breathable’
  • Tilam boleh tanggal untuk memudahkan pembersihan
  • Lipatan padat untuk penyimpanan mudah serta beg kembara premium disertakan untuk pengangkutan yang mudah

Realeos Playpen

Playpen Terbaik Yang Besar Dan Luas

Sesuai untuk bayi dan kanak-kanak semasa bermain permainan atau tidur, reka bentuknya sempurna dan selamat untuk bayi dan kanak-kanak.

Reka bentuk mudah alih dan juga sangat ringan memudahkan ibu ayah membawa kurungan ini ke mana sahaja. Malah kurungan ini boleh digunakan untuk permainan luaran dan dalaman.

Diperbuat daripada bahan bebas BPA tidak toksik serta menggunakan material jenis Oxford yang tahan dan sisi jaring fabrik yang kuat.

Apa yang kami suka :

  • Rekaan dengan ukuran segi empat tepat dan bingkai yang kuat (paip keluli) serta tahan karat.
  • Dinding yang direka berjaring memudahkan angin masuk memberi keselesaan kepada anak ketika bermain.
  • Pintu keluar masuk anak berzip.
  • Setiap sambungan dilengkapi dengan penutup untuk mengelakan anak tercedera.
  • Dilengkapi gelang tarik yang dapat mengalakan anak belajar berjalan.
  • Rekaan dilengkapi dengan jaring basketball memberi peluang anak bermain ketika berada di dalam.

Beige Foldable Gaming Fence

Playpen Terbaik Jenis Praktikal

Kurungan ini memberi ruang bermain yang besar serta memberikan ruang permainan yang bebas dan selamat kepada bayi, dengan kawasan yang luas, yang mudah dan praktikal untuk digunakan.

Bukan sekadar pagar semata-mata malah menjadi taman permainan untuk keluarga, membolehkan bayi menjalani aktiviti hiburan pertama bersama ibu ayah.

Mudah disimpan, kurungan permainan ini tidak mengambil ruang yang banyak dan anda hanya perlu menarik untuk membuka dan menolak untuk melipat pagar dengan mudah.

Pagar kurungan permainan dengan kestabilan tinggi, teguh dan kukuh, serta boleh digunakan untuk masa yang lama bahkan ia diperbuat daripada bahan plastik, dengan permukaan licin, yang tidak akan mencalarkan tangan bayi.

Apa yang kami suka :

  • Bahan buatan non-toxic
  • Sesuai bayi 6 bulan dan ke atas.
  • Rekaan yang menarik dilengkapi dengan getah pelekat lantai dan anti-slip silicon.
  • Pintu direka seperti pintu sebenar memudahkan untuk masuk dan keluar.
  • Mempunyai pilihan tambahan seperti basketball hoop, basikal imbang dan banyak lagi.

Hexagon Foldable Playpen

Playpen Terbaik Bentuk Heksagon

Hiburkan anak-anak anda dengan penuh keseronokan bermain yang direka bentuk untuk keselamatan kanak-kanak di mana reka bentuk heksagon ini mempunyai struktur kestabilan yang sempurna untuk mengelakkan kanak-kanak mencederakan diri mereka sendiri!

Juga direka bentuk dengan mempunyai tepi melengkung untuk mengelakkan luka serta penggunaan material tebal untuk menampung berat badan kanak-kanak semasa bersandar.

Turut disertakan jaring untuk membolehkan pengudaraan udara penglihatan yang lebih baik untuk anak-anak anda.

Apa yang kami suka :

  • Mudah dipasang, ringan dan mudah alih.
  • Mempunyai ketinggian yang cukup untuk menghalang bayi keluar.
  • Warna yang terang menarik perhatian bayi dan memberi inspirasi.
  • Sudut yang dilengkapi permukaan lembut dan mengelakan anak tercedera ketika bermain.
  • Tapak yang direka leper untuk meningkatkan tahap kestabilan.

EVERY1 BABYFENCE Polar Bear

Playpen Terbaik Dengan Aksesori Permainan

Anda boleh menggunakan kurungan permainan ini dalam saiz yang besar atau kecil mengikut usia anak anda kerana pagarnya boleh dicabut dan disambung mengikut bilangan yang diingini.

Berketinggian sehingga 61cm, kurungan ini juga boleh dilipat dan mudah dipasang. Permukaannya selamat untuk bayi dan diperbuat daripada bahan HDPE serta mempunyai pad melekit untuk kestabilan pagar.

Apa yang kami suka :

  • Bahan buatan non-toxic
  • Sesuai bayi 6 bulan dan ke atas.
  • Rekaan yang menarik dilengkapi dengan getah pelekat lantai dan anti-slip silicon.
  • Pintu direka seperti pintu sebenar memudahkan untuk masuk dan keluar.
  • Mempunyai aksesori tambahan seperti basketball hoop.

Joie Kubbie Baby Playpen

Playpen Terbaik Travel Friendly

Joie Kubbie Sleep Playpen ini dilengkapi dengan ‘bassinet’ dan tilam yang membolehkannya digunakan sebagai katil bayi. Ia sesuai digunakan untuk bayi yang baru lahir hingga 36 bulan. Selain itu, ia juga didatangkan dengan reka bentuk berjaring bagi memudahkan anda memantau si manja anda.

Tambahan pula, playpen ini mempunyai struktur yang kukuh dan boleh menyerap hentakan yang kuat sekali gus menjadikannya antara pilihan playpen bayi yang terbaik untuk anak anda.

Apa yang kami suka :

  • Reka bentuk padat
  • Selamat dan kukuh
  • Pengudaraan berlaku dengan baik

Mamakiddies MIMI Baby Bed

Playpen Terbaik Mudah Dipasang

Mamakiddies MIMI Playpen mempunyai reka bentuk yang selesa dan sesuai untuk bayi berumur 0 hingga 3 tahun. Ia boleh menampung berat sehingga 15 kg serta dilengkapi dengan ‘bassinet’ boleh tanggal dan tempat menukar lampin.

Playpen ini dilengkapi dengan ciri boleh dilipat yang membolehkannya disimpan di tempat atau ruangan yang sempit seperti di bawah katil atau di dalam bonet kereta anda. Bukan itu sahaja, ia turut didatangkan dengan roda bagi memudahkan anda untuk mengalihkannya ke mana sahaja.

Apa yang kami suka :

  • Boleh dilipat
  • Sesuai untuk ‘travel’
  • Pengudaraan berlaku dengan baik

Indoor Ocean Ball Pool Foldable

Playpen Terbaik Mudah Alih

Jika ibu ayah mencari kurungan tempat bermain yang bersaiz kecil dan mudah dibawa ke mana-mana, anda boleh memilih kurungan jenis kolam seperti ini. 

Diperbuat daripada fabrik oxford yang selamat untuk bayi, tidak licin, kalis air dan tahan lasak, kolam ini tidak boleh diletakkan air hanya permainan seperi bola sahaja.

Mudah dilipat dan bersaiz kompak, pastinya tidak memakan ruang yang banyak jika dibawa travel.

Apa yang kami suka :

  • Padding pagar yang lembut dan mesra pada kulit bayi
  • Bersaiz kompak
  • Sesuai untuk bayi kecil kerana permukaannya yang lembut

Perbandingan Harga Playpen Terbaik

Jenama Harga
Crolla Ally Baby Playpen with Sliding Door RM329.00
Realeos Playpen RM87.90 - RM105.00
Beige Foldable Gaming Fence RM150.00 - RM252.20
Hexagon Foldable Playpen RM15.10 - RM37.65
EVERY1 BABYFENCE Polar Bear RM199.75 - RM369.75
Joie Kubbie Baby Playpen  RM399.00 - RM429.00
Mamakiddies MIMI Baby Bed RM171.90 - RM221.90
Indoor Ocean Ball Pool Foldable RM49.01 - RM71.90

Langkah Berjaga-Jaga Menggunakan Playpen

Pernah berlaku di negara kita, kes seorang bayi maut akibat terselit di celah playpen bayi semasa sedang tidur. Bayi tersebut yang baru berusia 5 bulan dikatakan kekurangan oksigen setelah terlalu lama terselit di celahan kurungan permainan bayi itu.

Oleh itu ibu ayah perlu berjaga-jaga ketika menggunakan anak menggunakan kurungan permainan supaya tidak berlaku kejadiaan seperti ini. Kami senaraikan tips yang boleh membantu ibu ayah menangani risiko ini seperti di bawah :

1. Ciri keselamatan playpen

Apabila ibu bapa memilih kurungan permainan bayi, anda mesti memastikan ia mempunyai ciri keselamatan. Ibu bapa harus memastikan kekukuhan dan perlindungan dengan memastikan bahawa tidak ada bahaya yang berisiko sepanjang penggunaan playpen.

2. Sentiasa periksa keadaan playpen sebelum menggunakannya

Ibu ayah perlu sentiasa memeriksa keadaan playpen untuk memastikan bahawa grid playpen stabil dan tidak pernah membiarkan grid playpen berada dalam keadaan longgar. Ini kerana jika kanak-kanak memasuki jurang yang dibentuk oleh jaringan longgar, mereka akan terperangkap dan menyebabkan lemas. 

3. Jangan ikat mainan 

Jangan ikat mainan ke tepi atau atas playpen yang boleh menyebabkan kanak-kanak terjerat dengan tali. Pastikan juga playpen tidak terikat dengan sebarang tali atau tali pinggang, untuk mengelakkan risiko keselamatan yang disebabkan oleh tali yang membalut di leher.

4. Keluarkan platform tukar lampin

Jika terdapat platform menukar lampin yang disediakan dalam playpen, ibu perlu mengeluarkan platform menukar lampin apabila kanak-kanak berada di playpen bayi. Dengan cara ini, kanak-kanak tidak akan terjebak dalam jurang antara meja menukar lampin dan playpen.

5. Elak letak kotak mainan

Apabila bayi mula pandai berdiri, keluarkan semua kotak dan mainan besar di dalam playpen kerana ia akan memudahkan kanak-kanak memanjat keluar dari kkurungan.

6. Playpen dalam keadaan yang sempurna

Pastikan permukaan mesh Playpen bebas daripada lubang, kecacatan dan jahitan longgar. Jurang antara selat playpen tidak boleh melebihi 6cm supaya kepala kanak-kanak tidak akan terperangkap.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia

Baca juga : Jangan beli katil baby sebelum anda semak 5 tip berguna ini, semuanya demi keselamatan anak!

Baca juga : Katil Budak Terbaik: Nak Anak Belajar Tidur Di Bilik Sendiri? Ibu, Belikan Katil Dalam Senarai Ini!

Baca juga : Mudahnya Tidurkan Bayi Di Mana-Mana, 8 Travel Baby Cot Terbaik Ini Bukan Sahaja Mudah Dilipat Malah Selamat Untuk Si Kecil!

Penulis

Nursyamimi