Setiap keluarga pasti memiliki cara tersendiri menentukan tempat tidur bayi mereka. Ada yang memilih untuk tidur sekatil bersama bayi untuk menjamin kualiti perhubungan antara si kecil dengan ibu dan bapa mereka dan ada juga yang memilih untuk menidurkan bayi dalam katil bayi atau buaian bayi untuk travel.
Seperti yang disyorkan oleh pakar bayi, sebaiknya bayi tidur di katil yang berasingan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti lemas terhempap semasa tidur. Selain itu, ia boleh melatih bayi untuk tidur di katil yang berasingan dari kecil.
Bagi ibu ayah yang selesa menidurkan bayi dalam kati baby cot juga tidak salah sekiranya anda mampu memiliki sekurang-kurangnya satu katil bayi yang sesuai untuk mereka. Sekarang terdapat banyak variasi untuk dipilih, dari pilihan harga bajet hingga premium.
Sebab Perlu Ada Buaian Bayi Untuk Travel
Antara pelaburan terbesar berkaitan bayi ialah travel baby cot. Ada sesetengah ibu bapa yang mencari baby cot jenis portable kerana memikirkan anak sukar tidur tanpa baby cot mereka. Biasanya mereka adalah ibu bapa yang kerap melancong atau balik kampung.
Travel baby cot adalah katil yang digunakan untuk memastikan bayi mempunyai tempat yang selamat untuk tidur tidak kira di mana mereka berada.
Ia mudah alih, mudah dilipat dan boleh dibawa di dalam beg kecil yang akan menyediakan tempat selamat yang selesa dan biasa untuk anak tidur.
Tips Pemilihan Travel Baby Cot
Bagi ibu bapa yang kerap melancong atau balik kampung, boleh memilih baby cot yang mudah alih, senang dilipat dan mudah dibawa ke mana sahaja. Kami sediakan beberapa tips pemilihan travel baby cot untuk memudahkan ibu ayah membeli baby cot yang bersesuaian
1. Mudah dibawa ke mana-mana
Jika selama ini kita berasa leceh nak bawa bayi ke mana-mana sebab takut mereka susah tidur, namun kini baby cot juga ditawarkan dalam bentuk portable iaitu boleh dilipat dan mudah dibawa ke mana sahaja.
Katil jenis ini membolehkan ibu bapa membawa katil ini dilipat dan dibuka dengan mudah, hanya dalam beberapa minit sahaja tanpa memerlukan skru atau sebarang penyambung, semuanya siap terpasang.
Jadi, tak adalah pening kepala bila bayi mula meragam dan menangis. Semuanya cepat tersedia dalam sekelip mata saja. Ini bermakna, anda boleh menikmati percutian keluarga dengan lebih tenang.
Apa yang menarik, lipatan katil biasanya boleh dimuatkan dalam sebuah beg galas yang bergaya dan amat ringan.
2. Pelbagai fungsi
Dengan aksesori tambahan, travel baby cot biasanya boleh ditukar menjadi sebuah katil bassinet khusus untuk bayi newborn hingga 3 bulan
Malah ada bassinet yang bukan saja selesa dan selamat, tapi uniknya ia boleh didodoi atau digoyangkan seperti buaian.
Selain itu, terdapat travel baby cot yang mempunyai bahagian penukaran lampin jadi anda tak perlu susah-susah untuk membongkok badan untuk menukar lampin.
Ada juga katil bayi portable ini yang boleh ditukar menjadi playpen. Sambil memasak atau membuat sebarang kerja, anda boleh meletakkan bayi untuk bermain di dalam crib berdekatan dengan anda.
3. Fabrik yang mudah dibuka dan dicuci
Jangan lupa pilih baby cot yang fabriknya boleh dibuka dengan mudah. Tiada masalah untuk anda menukar fungsinya pada bila-bila masa. Fabriknya juga perlu kukuh serta tahan cucian. Ciri ini mampu membantu memastikan katil bayi ini terjamin kebersihannya sepanjang masa.
4. Ciri keselamatan
Ibu ayah boleh pilih katil portable dengan jaring keselamatan yang jelas di bahagian sisi untuk mengawasi anak. Jadi, bila memilih katil baby, periksa pagar katil dan pastikan jarak lubang pagar tak melebihi dua inci untuk mengelakkan kaki, tangan atau kepala anak tersekat.
Selain itu, kena pastikan juga ketinggian baby cot tersebut untuk mengelakkan bayi dari memanjat keluar dengan senang.
5. Stabil dan kukuh
Kedengarannya jelas tetapi pastikan anda memilih katil bayi yang cukup stabil dan kukuh. Anak anda sepatutnya boleh berdiri tanpa seluruh katil bayi tumbang atau menjatuhkan si kecil anda ke lantai. Katil yang kukuh bukan sahaja memastikan tidur yang lena untuk bayi anda, ia juga membuatkan fikiran anda tenang.
6. Keselesaan
Anda perlu mewujudkan persekitaran di mana anak anda akan berasa selesa semasa tidur, jadi anda perlu melihat betapa selesanya katil semasa memilih katil selain beberapa perkara yang anda boleh semak seperti pelapik tilam dan kualiti cadar.
8 Buaian Bayi Untuk Travel Terbaik Di Pasaran
[product-comparison-table title="Travel Baby Cot Terbaik"]
Buaian Bayi Untuk Travel Terbaik Keseluruhan
Jika anda inginkan katil baby yang boleh dilipat dan dibawa ke mana saja pada harga yang berbaloi, jenama Mamakiddies adalah pilihan tepat.
Mekanisme lipatan yang sangat mudah dan dilengkapi dengan beg pembawa untuk memudahkan perjalanan dengan anggaran berat katil 10 kilogram.
Tambahan pula, katil ini mempunyai ciri keselamatan yang baik kerana mempunyai kunci bahagian roda dan diperbuat 100% polyester yang tidak membahayakan anak anda.
Anda juga boleh tidur bersama si comel walaupun berbeza katil kerana katil baby Mamakiddies ini boleh dibuka penghadang pada sebelah sebagai katil sisi.
Apa yang kami suka :
- Keluasan katil sesuai untuk anak sehingga usia 3 tahun kerana saiz panjang 103 cm x lebar 67 cm, boleh dipakai lama.
- Mempunyai kelambu dan mempunyai bahagian pertukaran lampin.
- Boleh dijadikan playpen.
- Didatangkan dengan tilam asas.
Buaian Bayi Untuk Travel Terbaik Dengan Ciri Keselamatan Diutamakan
Antara jenama terbaik untuk katil bayi mudah alih meskipun tidak banyak fungsi ditawarka, Joie Kubbie Sleep tetap menjadi pilihan ibu ayah kerana ciri keselamatan yang ditawarkan.
Dengan ciri side by side security, anda hanya perlu angkat atau turunkan panel sisi bawah bagi memastikan bayi berada dalam jangkauan untuk memudahkan penyusuan, menukar lampin atau hanya ketenangan fikiran sepanjang malam semasa anak tidur.
Tali dan lampiran klip mengunci katil bayi dengan ketat dan memastikan katil dan bayi diringkuk dan selamat sepanjang malam.
Malah katil ini amat mudah dibawa ke mana sahaja kerana katil ini mudah dibungkus, dilipat padat, disimpan dalam beg perjalanan yang berguna dan membantu anda melakukan perjalanan dengan selamat dan sihat.
Apa yang kami suka :
Buaian Bayi Untuk Travel Terbaik Dengan Ruang Penyimpanan
Katil bayi Comfy Baby mudah dipasang dan diangkut ke mana sahaja. Sesuai untuk bayi baru lahir hingga 15kg, aadalah tempat yang selesa untuk bayi anda berehat dan bermain.
Katil baby ini juga mempunyai roda jadi anda boleh tolak katil bayi ini dari bilik ke ruang depan jika ingin duduk berehat di hadapan.
Ciri lain yang paling penting bayi ibu ayah adalah katil ini boleh dilipat jika perlu untuk jimat ruang bilik atau rumah supaya tidak serabut dengan banyak barang atau dibawa pulang ke kampung.
Apa yang kami suka :
- Cepat dan mudah dipasang, 2 roda dengan penyumbat
- Meja tukar boleh tanggal dengan kanopi
- Ruang simpanan sisi yang besar
- Zip tahap pertengahan boleh tanggal
- Pintu masuk sebagai playpen
- Beg simpanan katil yang dilipat disediakan
Buaian Bayi Untuk Travel Terbaik Harga Berpatutan
Ibu ayah yang bimbang anak tidur keseorangan di katil boleh memilih katil bayi Crolla ini kerana anda juga boleh tidur dengan si comel walaupun berbeza katil kerana katil baby ini boleh dibuka bahagian penghadang.
Pada waktu siang, katil boleh diubah menjadi playpen untuk si kecil bermain. Katil ini juga mempunyai roda untuk memudakan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat.
Direka dengan stabil dan kukuh untuk berat maksimum anak berusia 3 tahun, reka bentuk katil juga memastikan peredaran udara maksimum untuk mengelakkan anak berasa rimas ketika berada dalam katil.
Apa yang kami suka :
- Pemasangan yang mudah untuk dilipat atau dibuka
- Tilam boleh tanggal untuk memudahkan pencucian
- Beg perjalanan premium disertakan bagi memudahkan perjalanan keluarga
- Bingkai katil yang kuat dan teguh
Buaian Bayi Untuk Travel Terbaik Jenama Premium
Lullaby Zip menyediakan tempat tidur bayi bersaiz penuh, penukar boleh tanggal dan boleh diubah menjadi kawasan permainan kanak-kanak yang lebih besar.
Basinet bayi bersaiz penuh mempunyai tilam empuk rata menawarkan ruang tidur yang selesa untuk bulan pertama bayi. Direka untuk akses mudah kepada si kecil anda, tilam bassinet Lullaby Zip termasuk papan lantai boleh tanggal dan penutup yang boleh dibasuh untuk cucian mesin.
Lullaby Zip juga menampilkan penukar Snap-On yang kukuh dengan zip dan wash cover yang mudah dilekatkan pada sisi playard untuk storan di luar laluan apabila tidak digunakan.
Organizer yang mewah melindungi keperluan lampin dan boleh ditanggal daripada playard untuk kemudahan perjalanan. Apabila bayi membesar, tilam beralih ke lantai playard untuk menawarkan ruang yang lebih besar untuk anak kecil anda bermain atau tidur.
Roda bergetah yang besar membolehkan pergerakan mudah dari bilik ke bilik. Bahan ruji di rumah untuk kegunaan harian, lipatan butang tekan dan beg pembawa besar menjadikannya sesuai untuk perjalanan juga.
Apa yang kami suka :
- Bingkai playard dikelilingi oleh jaringan lembut untuk memastikan pengudaraan dan mudah dilihat.
- Permainan yang disertakan sekali mempunyai reka bentuk bersepadu yang elegan menampilkan muzik, bunyi alam semula jadi, lampu malam dan mainan lembut boleh tanggal.
- Mempunyai butang tekan untuk lipatan yang mudah digunakan dan beg besar untuk perjalanan dan penyimpanan.
- Boleh digunakan sehingga anak berusia 4 tahun.
Buaian Bayi Untuk Travel Terbaik Mudah Dipasang Dan Dilipat
Apabila mahu melakukan perjalanan bersama si kecil anda, perkara utama yang anda fikirkan adalah tempat tidur bayi kerana jika bayi tidak dapat tidur dengan selesa, anak lebih mudah meragam dan akan merosakkan mood percutian sekeluarga.
Kini ibu tak perlu risau lagi kerana adanya katil bayi Nuna Sena yang bergaya dengan reka bentuk kaki zigzag dengan bukaan dan lipatan hanya menggunakan satu tangan tanpa rasa terbeban kerana berat katil hanyalah 8.9 kilogram!
Reka bentuk katil juga dibuat untuk berkembang mengikut usia anak iaitu bayi baru lahir dan akan melalui zaman kanak-kanak di mana katil ini juga boleh dijadikan sebagai ruang permainan.
Apa yang kami suka :
- Bingkai aluminium yang kukuh dan ringan mudah untuk diangkut.
- Pelapik tilam berkuitif di atas katil berkusyen.
- Bucu yang berlapik bagi mengelakkan kecederaan anak.
- Satu-satunya katil bayi dengan katil bayi atas yang dilipat dengan bingkai
Buaian Bayi Untuk Travel Terbaik Boleh Dijadikan Buaian
Walaupun harganya murah tapi jika dilihat pada spesifikasinya, katil ini sangat berbaloi untuk dibeli kerana selain dijadikan katil, ia juga boleh dijadikan buaian untuk menenangkan bayi.
Selain itu, katil baby ini boleh dibuka bahagian penghadang supaya si ibu dapat baring bersama si comel walaupun berbeza katil.
Apa yang paling penting, ia boleh dilipat apabila perlu diketepikan untuk ruang yang lebih besar atau dibawa untuk percutian keluarga.
Jangan risau, fabrik katil ini mudah ditanggalkan untuk proses pencucian dan juga mempunyai roda untuk mudah tolak ke mana saja.
Apa yang kami suka :
- Rocking bed untuk tenangkan bayi
- Sudut 5° sesuai untuk masa penyusuan bayi
- Roda senyap berkualiti berputar 360°
- Dengan pilihan kunci untuk memastikan katil bayi tidak bergerak
- 2 pilihan ketinggian boleh laras untuk akses mudah kepada bayi
- Sesuai untuk bayi baru lahir hingga 2 tahun
Buaian Bayi Untuk Travel Terbaik Rekaan Menarik
Ditubuhkan pada tahun 1990, Sweet Cherry telah menjadi jenama Malaysia yang terkenal dalam dunia peralatan bayi. Komitmennya untuk memberikan nilai dan kualiti tertinggi yang mungkin kepada pelanggan tidak pernah goyah. Pembangunan produk yang selamat, inovatif dan mampu milik telah menjadi matlamat utamanya.
Walaupun tidak boleh dibuai tapi banyak kelebihan yang anda boleh dapat dengan katil baby ini.
Dengan saiz 76cm x 110cm x 76cm si kecil boleh bermain dalam katilnya sendiri bersama permainannya. Lagipun katil ini mampu menampung berat sehingga 15kg atau sehingga si comel berusia 3 tahun.
Senang kata, sangat kukuh untuk letak si comel dan katil ini mempunyai dua lapisan iaitu untuk newborn dan kanak-kanak, anda perlu adjust saja bahagian mana yang anda inginkan.
Selain itu, terdapat bahagian penukaran lampin jadi anda tak perlu susah-susah untuk membongkok badan untuk menukar lampin.
Terdapat brek pada bahagian dua buah biji roda dan anda boleh cabut roda untuk sesi si comel bermain.
Apa yang kami suka :
- Sesuai dari bayi baru lahir hingga 3 tahun (kurang daripada 15kg)
- Cepat dan mudah dipasang
- Paras bassinet adalah untuk bayi kecil kurang daripada 9kg hingga 10kg
- Mempunyai meja menukar lampin dengan tali pinggang keselamatan
- Mempunyai poket sisi besar untuk peralatan mandian atau mainan
- Roda terbina dalam untuk mudah alih
- Dipasang dengan kelambu
- Lipatan padat untuk penyimpanan mudah
- Didatangkan dengan beg pembawa untuk memudahkan pengangkutan
Perbandingan Harga Travel Baby Cot Terbaik Di Pasaran
Jenama |
Fungsi Tambahan |
Berat Katil |
Harga |
Mamakiddies Happy Dino Baby Travel Cot |
- Bassinet
- Sebagai katil sisi
- Tempat menukar lampin
- Playpen
- Kelambu nyamuk
- Gantungan mainan lembut
|
10 kg |
RM196.00 |
Joie Kubbie Sleep Baby Travel Cot |
|
8.79 kg |
RM599.00 |
Comfy Baby Travel Cot Playpen |
- Bassinet
- Tempat menukar lampin
- Playpen
- Organizer penyimpanan barang
|
13 kg |
RM520.00 |
Crolla Ally Foldable Bedside Baby Cot Travel |
- Bassinet
- Playpen
- Sebagai katil sisi
|
tidak dinyatakan |
RM448.00 |
Chicco Lullaby Zip Baby Travel Cot |
- Bassinet
- Tempat menukar lampin
- Organizer penyimpanan barang
- Gantungan mainan lembut
|
17.2 kg |
RM1399.00 |
Nuna Sena Travel Cot |
|
8.9 kg |
RM1199.00 |
Mikubi Folding Bed Baby Cot |
- Sebagai katil sisi
- Buaian
|
9.7 kg |
RM189.90 |
Sweet Cherry Portable Travel Cot |
- Bassinet
- Playpen
- Tempat menukar lampin
- Kelambu nyamuk
|
tidak dinyatakan |
RM249.00 |
Perbezaan Katil Bayi vs Travel Baby Cot
Mungkin ada yang masih keliru apakah perbezaan antara katil bayi dengan travel baby cot? Bukan sama sahaja ke?
Dari segi fungsi dan tujuan adalah sama iaitu tempat untuk bayi tidur dengan selesa tetapi katil bayi selalunya mempunyai kaki dan tidak beroda seperti buaian bayi untuk travel. Menjadikan ia diletakkan tempat yang statik tanpa perlu dialih ke mana-mana tempat lain.
Berbeza dengan travel baby cot. Ia direka dengan reka bentuk yang ringan dan lebih fleksibel untuk dilipat dan mudah disimpan.
Ibu ayah boleh memilih mengikut keperluan dan kesesuaian masing-masing kerana kedua-duanya sangat penting apabila sudah mempunyai anak kelak.
Semoga artikel ini bermanfaat!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Naik Kapal Terbang Dengan Anak Kecil, Ibu Ini Kongsi 8 Persediaan Travel Jauh Tanpa Suami
Baca juga: Travel System, Set Stroller dan Car Seat Yang Berbaloi, Mudahkan Ibu Ayah Keluar Bersama Si Kecil.
Baca juga: Tip Travel Ketika Balik Kampung