X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tilam Bayi Berkualiti Dapat Merangsang Perkembangan Anak Dengan Baik - Cuba Antara 10 Baby Mattress Terbaik Di Pasaran Ini!

Tidur yang baik bukan sahaja penting untuk orang dewasa, malahan lebih penting untuk si manja. Sudahkan anda mendapatkan tilam bayi yang terbaik buat si manja?

Setiap parents mahukan si manja mendapatkan tidur yang berkualiti dan selesa yang sangat penting untuk tumbesaran fizikal dan perkembangan emosinya. Selain persekitaran yang selamat, baby mattress berkualiti juga sangat bagus untuk keselesaan yang bukan sahaja baik untuk anak, tetapi ibu ayah juga akan terkesan untuk mendapat tidur yang cukup!

Jenis Baby Mattress

Untuk mula memilih baby mattress yang sesuai untuk bayi  anda, anda perlu mengetahui jenis tilam yang kini ditawarkan di pasaran selain model yang bersesuaian mengikut jenis katil di rumah anda.

1. Tilam innerspring

Innerspring atau lebih dikenali sebagai tilam gelung anjal adalah model yang paling biasa dibeli oleh kebanyakan pengguna. Produk ini biasanya dibuat menggunakan sistem sokongan gegelung keluli yang mana disambungkan ke dalam satu unit. Kebiasaannya, apabila bilangan gegelung meningkat, kualiti tidur yang dialami juga adalah lebih tinggi.

2. Tilam lateks

Sejak kebelakangan ini, tilam lateks menjadi semakin popular kerana ia dihasilkan menggunakan sumber semula jadi. Malah, dari segi harga pula ia juga mempunyai nilai yang berpatutan dan menampilkan ketahanan yang anda perlukan untuk memanfaatkan sepenuhnya kos pembelian tilam anda.

Secara umumnya, tilam lateks semula jadi mempunyai ketahanan selama 10 hingga 20 tahun yang mana ia jauh lebih lama daripada tilam biasa anda.

Selain itu, penghasilan tilam lateks datang dari dua proses pembuatan berbeza yang digunakan dalam penciptaan semua produk lateks yang menghasilkan kualiti yang berbeza. 

Tilam lateks cenderung agak responsif yang boleh mendorong kepada pergerakan merentasi permukaan. Walau bagaimanapun, ia tidak bergoyang kerap seperti tilam innerspring dan hibrid. Namun, tilam ini tidak mempunyai sokongan tepi yang kuat. Anda berkemungkinan besar akan tenggelam sedikit apabila duduk atau tidur berhampiran tepi katil getah.

3. Tilam serat semula jadi

Tilam yang diperbuat daripada serat semula jadi merupakan tilam 100% kapas, atau campuran bulu dan kapas. Tilam ini cenderung lebih mahal yang berkemungkinan besar disebabkan oleh penggunaan komponen yang berkualiti tinggi.

Malah, selari dengan harga juga tilam serat semula jadi mempunyai tekstur yang lembut dengan sokongan yang padu. Dari segi tempoh penggunaan pula, tilam serat semula jadi dilihat dapat bertahan melebihi purata industri selama 7 tahun.

4. Tilam udara 

Terdapat beberapa tilam udara berkualiti di pasaran yang telah melaksanakan ciri dan teknologi yang berkualiti yang boleh membuatkan anda berasa lebih tenang sekiranya anda bercadang untuk menggunakannya.

Disebabkan ia diperbuat daripada angin dan udara, maka tilam udara tidak akan mengalami isu kendur. 

Seterusnya, tilam udara ini juga sangat membantu dalam pemulihan dan rawatan ulser dekubitus. Bagi anda yang mempunyai masalah ini, adalah disarankan untuk anda menggunakan tilam udara kerana ia dilengkapi dengan mekanisma melambung sendiri.

5. Tilam foam

Tilam yang diperbuat daripada polifoam sering digunakan sebagai lapisan peralihan atau sokongan dalam tilam. Sesetengah katil juga mempunyai lapisan keselesaan polifoam kerana ia agak responsif, jadi anda tidak akan mengalami tenggelam badan.

Apa yang tidak menarik mengenai tilam foam, ia cenderung terasa panas jika anda berbaring di atasnya pada waktu panas. Namun, sesetengah pengeluar tilam kebiasaannya akan memasukkan komponen penyejuk ke dalam lapisan tilam bagi keselesaan pengguna. Ia bertujuan untuk meminimumkan pembentukan haba pada permukaan.

Perkara Penting Perlu Dititikberatkan Untuk Baby Mattress

tilam bayi terbaik

Ada beberapa perkara yang harus dititikberatkan bagi penggunaan baby mattress untuk si manja seperti:

1. Elakkan barang terpakai

Jangan guna barang secondhand, terutamanya yang tidak diketahui penggunaannya sebelum ini. Baby mattress tersebut berisiko ada bakteria atau kulat yang kita mungkin tidak nampak dengan mata kasar, yang boleh membahayakan bayi.

2. Biarkan tilam kosong

Walaupun kelihatan cantik, bantal, bumper, haiwan dan selimut tidak boleh diletakkan di dalam buaian bayi. Ini kerana ia boleh menutupi wajah bayi dan berisiko menyebabkan mati lemas.

3. Jangan tiarapkan bayi

Kedudukan tidur paling selamat untuk bayi adalah pada bahagian belakang. Ia mengurangkan risiko sindrom kematian bayi secara tiba-tiba (SIDS), yang merupakan penyebab utama kematian pada tahun pertama mereka dilahirkan.

Bagaimana Memilih Baby Mattress Yang Terbaik?

tilam terbaik

Bagi baby mattress, sebaik-baiknya gunakan tilam dengan ukuran sesuai untuk tempat tidur dan tidak mempunyai jurang yang boleh membahayakan bayi.

Ada sesetengah ibu ayah terlepas pandang dalam pemilihan tilam bayi yang selamat, yang mana ia haruslah tidak terlalu keras atau terlalu lembut. Ini kerana tilam yang terlalu lembut meningkatkan risiko mati lemas atau sindrom kematian bayi secara tiba-tiba (SIDS).

Selain itu, baby mattress yang bagus haruslah ada ciri-ciri berikut:

1. Keselesaan

Lembut tidak bermakna selesa ya, jadi pastikan tilam itu selesa dan selamat.

2. Kualiti

Pastikan baby mattress tidak mudah rosak, terlalu nipis atau diperbuat dari bahan bertoksik!

3. Saiz

Yang sesuai dengan katil bayi, jadi pastikan parents semak ukuran katil dan tilam sebelum membuat pembelian.

13 Baby Mattress Yang Terbaik di Pasaran

Bagi membantu anda, kami senaraikan beberapa pilihan baby mattress yang terbaik dan selamat untuk si manja. Klik saja pada pautan untuk membuat pembelian ya!

[product-comparison-table title="Tilam Bayi Terbaik"]

GETHA Baby Good Latex Mattress

Tilam Bayi Terbaik Sistem Pengudaraan Semula Jadi

tilam bayi

Tilam bayi GETHA mempunyai ratusan lubang yang membuatkan sistem pengudaraan semula jadi dengan unit takungan udara yang memastikan aliran udara segar yang berterusan.

Ini membolehkan haba dan kelembapan badan hilang sepanjang tidur, memberikan kesegaran dan keselesaan maksima pada waktu malam.

Apa yang kami suka?

Keselesaan

  • Secara semula jadi sesuai dengan kelengkungan badan, memberikan sokongan anatomi untuk kepala, leher, bahu dan tulang belakang.
  • Kurang gangguan tidur.

Kualiti 

  • Tidak beracun
  • Hypoallergenic 
  • Sesuai untuk penghidap alergi dan asma.

Saiz

  • L 120 x W 60 x H 12 cm

GETHA Baby Good Latex Mattress  - RM602.10

dari Getha

product imageBeli di Lazada

Aussie Sleep Baby Love

Tilam Bayi Terbaik 100% Daripada Serat Kelapa

cara tidurkan anak

Tilam bayi buatan Malaysia ini istimewa kerana ia diperbuat 100% daripada serat kelapa, dengan fabrik tidak panas yang diimport.

Kami juga sukakannya kerana tilam ini anti debu dan mempunyai sistem ventilasi yang baik, membuatkan si manja dalam keadaan tidur yang terjamin dan pastinya selesa!

Tilam baby ini juga mudah dibersihkan kerana mempunyai alas kapas lembut yang boleh dicuci.

Apa yang kami suka?

Keselesaan

  • Baik untuk sokongan tulang belakang bayi dan kanak-kanak
  • Dibuat dengan bahan berkualiti memastikan banyak aliran udara untuk memastikan bayi sentiasa selesa sepanjang masa
  • Tilam dapat menyerap kebisingan

Kualiti

  • 100%  bahan semulajadi
  • Bahan serat kelapa berkualiti untuk memberikan pengudaraan yang baik
  • Selesa dan tahan lama

Saiz

  • Saiz S: 98X55cm
  • Saiz M: 115X60cm
  • Saiz L: 120X50cm
  • Saiz XL: 120X60cm

Aussie Sleep Baby Love - RM188

dari Aussie Sleep

product imageBeli di Lazada
product imageBeli di Shopee

Bumble Bee - Latex Playpen Mattress

Tilam Bayi Terbaik Bebas Dari Bahan Kimia

alas tidur anak

Produk Bumble Bee Latex menggunakan teras getah berkualiti tinggi dari Getha, yang merupakan pengeluar tilam busa lateks semula jadi dan produk tempat tidur pemenang anugerah terkemuka di Malaysia.

Yang paling penting, produk ini bebas dari bahan kimia berbahaya. Sangat selamat untuk digunakan sebagai tilam baby anda!

Apa yang kami suka?

Keselesaan

  • Ruang ventilasi yang baik
  • Membantu mencegah sesak nafas dan mengurangkan risiko SIDS

Kualiti

  • 100% lateks semula jadi yang berkualiti tinggi
  • Tidak Alergenik
  • Anti-Bakteria
  • Anti-Kulat

Saiz

  • Pelbagai

Bumble Bee - Latex Playpen Mattress - RM135

dari Bumble Bee

product imageBeli di Lazada
product imageBeli di Shopee

DreamPillow Tricot Baby Mattress

Tilam Bayi Terbaik Fabrik Tricot Berkualiti Tinggi

tilam anak

Tilam ini memberikan sokongan yang sangat baik, dengan ketegasan dan keselesaan tambahan. Ia sangat ringan, dan ini menjadikannya mudah dan senang untuk menukar cadar.

Foam banyak lapisan ini dilapisi dengan tilam kain tricot berkualiti tinggi dan bagus untuk bayi yang baru lahir hingga kanak-kanak berumur 5 tahun. 

Apa yang kami suka?

Keselesaan

  • Ketebalan yang selesa untuk bayi
  • Sokongan yang baik

Kualiti

  • Fabrik tricot dengan pengudaraan yang baik
  • Ketebalan 3 inci
  • Memberi sokongan dan keselesaan

Saiz

  • 26" x 46" x 3" Inch (66cm x 117cm)

DreamPillow Tricot Baby Mattress  - RM54.87

dari DreamPillow

product imageBeli di Shopee

Baby Kimdom Playpen Mattress

Tilam Bayi Terbaik Muat Di Dalam Playpen

Tilam bayi Baby Kimdom ini bukan sahaja diperbuat daripada bahan semulajadi yang selamat untuk bayi, ia juga mempunyai sistem pengudaraan yang baik.

Ia boleh dimuatkan di dalam playpen dan boleh didapati dalam saiz yang berbeza jadi pastikan parents semak dahulu sebelum membuat pembelian ya.

Apa yang kami suka?

Keselesaan

  • Menyokong tulang belakang bayi
  • Sistem ventilasi yang baik

Kualiti

  • Material serat kelapa
  • Fabrik tricot

Saiz

  • 71cm (28") X 102cm (40") X 6cm (2") 
  • 71cm (28") X 102cm (40") X 7.6cm (3")

Baby Kimdom Playpen Mattress - RM152

dari Baby Kimdom

product imageBeli di Shopee

Sunpillo 2-in-1 Foldable Baby Playpen Mattress

Tilam Bayi Terbaik Cukup Lembut

Tilam Sunpillo 2-in-1 ini menarik kerana ia bukan sahaja selesa, malah boleh dilipat menjadikan ia mudah disimpan dan sangat sesuai dibawa travel.

Sangat sesuai untuk bayi baru lahir sehingga 3 bulan, tilam baby ini juga sangat selesa digunakan, tidak lembut yang boleh membahayakan bayi dan muat dengan serasi di dalam cot bayi.

Apa yang kami suka?

Keselesaan

  • Sangat selesa
  • Sesuai untuk bayi baru lahir
  • Mudah dibawa travel

Kualiti

  • Serat kelapa semula jadi dengan foam berkepadatan tinggi
  • Kain Damask sutera dan lembut (berlapis)

Saiz

  • 28" (71cm) x 40" (100cm) x 2" (5cm)

Sunpillo 2-in-1 Foldable Baby Playpen Mattress - RM92

dari Sunpillo

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Comfy Baby Purotex Travel Mattress Set

Tilam Bayi Terbaik Mudah Bawa Travel 

bayi tidur

Set tilam Comfy Baby ini sangat sesuai buat keluarga yang sentiasa travel! Ia hadir dengan alas serat buluh yang boleh dicuci dan lapisan memory foam yang mengurangkan tekanan pada badan dan membentuk kedudukan badan yang memberi bayi tidur selesa.

Bahagian silang buluh dipenuhi dengan celahan dan lubang mikro yang mampu menyerap dan menguap peluh, memastikan material sentiasa terasa sejuk dan segar.

Apa yang kami suka?

Keselesaan

  • Sesuai untuk bayi yang aktif
  • Tidur yang lebih baik untuk bayi - Mengurangkan bagi kerap berpusing sebanyak 80%
  • Menyokong postur dan peredaran darah

Kualiti

  • Bahan semulajadi
  • Kalis air
  • Bebas daripada kepekatan bahan berbahaya yang boleh mendatangkan ancaman kepada kesihatan
  • Dirawat 100% Probiotik Semula jadi
  • Perlindungan daripada Alergi Tungau Debu

Saiz

  • Tilam: 24 "x 48" x 1.2 "
  • Baby Bolster x 2 : 16 "x 4"
  • Bantal Bayi: 24 x 40 x 3.5 cm

Comfy Baby Purotex Travel Mattress Set - RM231

dari Comfy Baby

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Ikea Pluttig Baby Foam Mattress

Tilam Bayi Terbaik Boleh Balik

Ikea Pluttig Baby Mattress

Tilam bayi keluaran IKEA ini mempunyai permukaan yang rata dan lembut pada kedua-dua belah, anda boleh membalikkannya dengan mudah jika anda mahu. 

Ia mempunyai ketebalan 5cm menjadikan ia sangat selesa digunakan untuk bayi yang baru lahir. Malah, Ikea mattress ini juga diperbuat daripada 100% polipropilena yakni selamat, mampan dan bebas daripada bahan kimia berbahaya!

Jika ibu ayah belum mendapatkan katil bayi, apa kata anda padankan tilam baby ini sekali dengan katil bayi IKEA.

Apa yang kami suka?

Keselesaan

  • Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga berusia 3 tahun
  • 100% bahan polipropilena
  • Sangat selesa
  • Boleh guna kedua-dua belah tilam
  • Sarung boleh ditanggalkan

Kualiti

  • Telah diuji mengikut standard keselamatan yang ketat
  • Bebas daripada bahan kimia berbahaya
  • Diperbuat daripada kain bukan tenunan
  • Bahan kalis api seperti penghalang gentian

Saiz

  • 22" x 47.2" x 5" Inch (60cm x 120cm)

Ikea Pluttig Baby Foam Mattress - RM105

dari IKEA

product imageBeli di Shopee

ENQ Baby Cot Royal White Mattress

Tilam Bayi Terbaik Pelbagai Pilihan Warna

ENQ Baby Cot Royal White Baby Mattress

Jika anda tercari-cari tilam baby yang selesa dan material tidak panas, ENQ Baby Cot Royal White Mattress adalah pilihan tilam bayi yang terbaik. Ia telah tersedia dengan sarung cadar berwarna putih bak sutera yang mudah dibersihkan dan mudah dicuci.

Namun begitu, jika anda sudah jemu dengan warna asas, terdapat juga pelbagai warna menarik yang lain seperti lavender, jingga, biru lembut, hijau daun dan banyak lagi.

Ia juga didatangkan dengan bantal percuma yang lembut dan selesa untuk kegunaan si manja!

Apa yang kami suka?

Keselesaan

  • Tilam bayi dengan sarung berzip
  • Bahan Solf Fabic-White
  • Bantal turut tersedia

Kualiti

  • Dengan foam berkepadatan tinggi
  • Kain putih diraja yang lembut dan berkualiti

Saiz

  • 22" x 47.2" x 8" Inch (60cm x 120cm)

ENQ Baby Cot Royal White Mattress - RM70.70

dari ENQ

product imageBeli di Shopee

Sleepi Standard Baby Foam Mattress

Tilam Bayi Terbaik Hipoalergenik

Sleepi Standard Baby Mattress

 

Pilihan tilam bayi terbaik yang turut berada dalam senarai kami ialah Sleepi Standard Baby Foam Mattress ini. Tilam baby ini memiliki sifat hipoalergenik dan mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Dengan harga yang berpatutan, tilam murah ini pasti sama sekali tidak akan membuatkan anda menyesal.

Ia juga dapat memastikan bayi tidur dengan selesa tanpa gangguan hama, debu halus dan pencemaran yang melekat pada tilam kerana tilam baby ini juga anti hama dan debu. Sesuai untuk bayi yang mempunyai ekzema. 

Apa yang kami suka?

Keselesaan

  • Hipoalergenik
  • Sejuk dan sistem pengudaraan baik
  • Anti Debu Hama
  • Sesuai untuk bayi berusia 1-5 tahun

Kualiti

  • Dengan kepadatan foam semulajadi
  • Berkualiti tinggi
  • Ringan

Saiz

  • 23" x 47.2" x 3" Inch (62cm x 120cm)

Sleepi Standard Baby Foam Mattress - RM159

dari Sleepi

product imageBeli di Shopee

TENDA Baby Mattress Mosquito Net Tent

Tilam Bayi Terbaik Dengan Kelambu

TENDA baby mattress

Jika ibu berpantang di kampung dan persekitaran kediaman mempunyai banyak nyamuk, ibu boleh mempertimbangkan tilam bayi yang disertakan bersama kelambu untuk mengelakkan anak digigit nyamuk.

Namun tilam jenis ini biasanya dipakai dalam tempoh berpantang sahaja kerana bayi yang sudah besar tidak sesuai lagi dipakai kelambu.

Apa yang kami suka?

Keselesaan

  • Sesuai untuk bayi yang aktif, terdapat penghadang di sekeliling tilam
  • Sejuk dan sistem pengudaraan baik
  • Sesuai untuk bayi newborn
  • Kelambu boleh dibuka dan ditutup dengan zip
  • Disertakan bersama bantal tidur dan bolster

Kualiti

  • Dengan kepadatan foam berkualiti tinggi
  • Ringan
  • Tidak menipis dan mengempis
  • Warna tidak mudah pudar

Saiz

  • 24 x 39 x 4.7

TENDA Baby Mattress - RM102.50

dari TENDA

product imageBeli di Shopee

Baby Nest Set

Tilam Bayi Terbaik Jenis Kekabu

Baby nest set baby mattress

Tilam jenis baby nest akan membantu membuatkan bayi merasa selesa ketika bayi mengalami startle reflex dan bayi akan lebih mudah untuk tidur kembali. 

Tilam jenis ini juga akan memberikan perlindungan tambahan kepada bayi apabila diletakkan di dalam baby court. Ibu ayah tidak perlu risau lagi untuk meletakkan bayi ke dalam baby court kerana baby nest akan melindungi bayi daripada terkena dinding baby court.

Begitu juga sekiranya bayi diletakkan di atas sofa atau katil, baby nest akan memberikan perlindungan kepada bayi daripada jatuh.

Apa yang kami suka?

Keselesaan

  • Mudah dibawa kemana-mana
  • Sesuai untuk bayi baru lahir (dalam bentuk baby nest) hingga 1 tahun (dalam bentuk tilam selepas buka ikatan tali babynest dan bergantung juga pada saiz bayi)
  • Ikatan tali boleh dibuka dan digunakan sebagai tilam bayi.
  • Disertakan bersama Set Baby Nest + Dimple Pillow. 

Kualiti

  • Keseluruhan tilam diisi dengan 100% kekabu, bahagian tengah jugak diisi dengan 100% kekabu bukan span nipis.
  • 100% isian kekabu asli gred A dan material kain 100% kapas yang menjamin keselesaan yang maksimum untuk bayi anda.
  • 100% buatan tangan

Saiz

  • 20 x 32 x 6

Baby Nest Set - RM95

product imageBeli di Shopee

Red Castle Cocoonababy Nest

Tilam Bayi Terbaik Elak Sindrom Kepala Rata

Red Castle baby mattress

Baby mattress ini direka unik berbentuk kepompong untuk si comel dan ia adalah ilham dari saintis Perancis serta pakar perubatan dalam neonatologi yang direka agar bayi merasakan seperti di dalam rahim dan ia sangatlah sesuai untuk bayi yang dilahirkan pramatang.

Tilam ini juga dikatakan mampu membantu dalam mengatasi masalah kolik pada bayi, dan sindrom kepala rata serta banyak lagi.

Apa yang kami suka?

Keselesaan

  • Sesuai untuk bayi dari 2.8kgs dan sehingga anak mula cuba berguling atau menukar kedudukan dalam baby nest (3 bulan).
  • Baji boleh laras yang boleh dialihkan ke bawah baby nest apabila bayi mula membesar.
  • Meningkatkan kualiti dan tempoh masa tidur  bayi anda
  • Meminimumkan risiko sindrom kepala rata
  • Hadkan refluks gastrik
  • Mengurangkan pergerakan tersentak yang tidak disengajakan yang membangunkan bayi dan membuat mereka menangis

Kualiti

  • Cadar daripada material Fleur de Coton yang boleh dibasuh
  • Tilam kalis air (boleh dimasukkan dalam mesin basuh)
  • Mematuhi peraturan keselamatan tempat tidur bayi

Saiz

  • 16 x 27 x 8

Red Castle Cocoonababy Nest - RM799

dari Cocoonababy

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga Baby Mattress Terbaik

Jenama Saiz (inci) Harga (RM)
GETHA Baby Good Latex Mattress
  • 47 x 24 x 5
RM602.10
Aussie Sleep Baby Love
  • 39 x 22
  • 45 x 24
  • 47 x 20
  • 47 x 24
RM188.00
Bumble Bee - Latex Playpen Mattress
  • 26 x 38 x 1
  • 28 x 41 x 1
  • 28 x 41 x 2
RM135.00
DreamPillow Tricot Baby Mattress
  • 26 x 46 x 3
RM51.57
Baby Kimdom Playpen Mattress
  • 28 x 40 x 2
  • 28 x 40 x 3
RM118.70 - 152.00
Sunpillo 2-in-1 Foldable Baby Playpen Mattress
  • 28 x 40 x 2
RM92.00
Comfy Baby Purotex Travel Mattress Set
  • 24 x 48 x 1.2 
RM231.00
Ikea Pluttig Baby Foam Mattress 
  • 22 x 47.2 x 5
RM105.00
ENQ Baby Cot Royal White Mattress
  • 22 x 47.2 x 8
RM70.70
Sleepi Standard Baby Foam Mattress
  • 23 x 47.2 x 3
RM159.00
TENDA Baby Mattress Mosquito Net Tent
  • 24 x 39 x 4.7
RM105.20
Babynest Set
  • 20 x 32 x 6
RM95.00
Red Castle Cocoonababy Nest
  • 16 x 27 x 8
RM799.00

Cara Mencuci Baby Mattress

tilam bayi

Tilam bayi seharusnya dicuci pada satu ketika kerana pastinya tilam bayi akan menjadi kotor akibat susu, muntah, air kencing, peluh dan sebagainya. Jadi seeloknya cuci dengan bersih agar ia sentiasa segar dalam mengelak dari penyebaran bakteria sekaligus membuatkan bayi mudah sakit.

1. Cuci tilam dan bantal bayi

Cuci semua peralatan tidur bayi menggunakan sabun pencuci hipoalergenik, tanpa wangian sekali seminggu di dalam air panas untuk membersih dan melindungi bayi anda daripada hama habuk. Elakkan gunakan pods mesin basuh ini kerana ia biasanya mengandungi pewangi, ini tidak disarankan berikutan ejen pewangi boleh menjadi punca radang kulit bayi. 

Ibu ayah boleh menggunakan sarung tilam untuk membantu memastikan tilam bersih dan melindungi bayi anda dari hama habuk.

2. Vakum

Mulakan dengan mengvakum tilam anda dengan bersih. Ini akan membantu membasmi banyak habuk dan kotoran daripada tilam sebelum anda mula menyental, yang mana boleh menambah masalah dan menjadi punca alergi pada si kecil. Vakum kedua-dua belah tilam dan seluruh sisinya.

3. Basmi kesan degil

Kini habuk telah pun hilang, tambah beberapa bahagian air dengan jus lemon atau cuka di dalam botol semburan dan sembur secara ringan ke atas kotoran degil. Tabur serbuk baking soda ke atas tilam dan biarkannya selama 20 minit untuk menghapus bau yang kurang menyenangkan. Vakum permukaan tilam sepenuhnya.

4. Skrub

Di dalam satu baldi, campurkan bersama satu galon air dan kira-kira satu suku cawan sabun pencuci hipoalergenik. Skrub permukaan tilam dengan lembut menggunakan berus skrub.

5. Bilas

Penuhkan semula baldi dengan air suam dan gunakan kain lap yang bersih untuk membilas tilam tersebut. Jangan tuang air atau sabun pencuci terus ke atas tilam.

6. Sanitasi

Jika jus buah tertumpah atau peluh melekat dan meresap ke dalam tilam, ini akan menyebabkan bakteria terbentuk. Ia penting untuk melakukan sanitasi permukaan tilam sepenuhnya untuk melindungi bayi daripada jangkitan. Gunakan satu botol semburan dan sembur permukaan tilam katil bayi dengan cecair pembasmi kuman yang berasaskan alkohol.

Tilam tersebut tidak perlu dibilas, kerana alkohol tersebut akan tersejat.

7. Keringkan sepenuhnya

Gunakan sehelai tuala kering untuk menyerap sebanyak air yang boleh untuk membuatkan proses pengeringan lebih cepat. Tilam tersebut perlu diletakkan di ruang yang bercahaya dan mempunyai pengudaraan yang bagus dan biarkan ia kering secara semula jadi untuk beberapa jam.

Pastikan tilam tersebut telah pun kering sepenuhnya sebelum meletakkannya semula ke atas katil bayi. Biarpun satu tilam lembap boleh menghasilkan kulat dan cendawan yang mana merbahaya untuk kesihatan bayi.

Semoga artikel ini bermanfaat buat ibu ayah di luar sana.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Kerap Terjaga & Menangis Waktu Malam Sebab Tilam Tak Selesa?

Baca juga: Cara Mudah Melatih Bayi Tidur Sendiri Bermula Usia 1 Bulan, #3 Ramai Ibu Tidak Tahu!

Baca juga: Bila Bayi Anda Boleh Guna Bantal Dan Selimut Untuk Tidur? Kami Ada Jawapannya!

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Noorhidayah

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • 8 Tuala Mandi Bayi Terbaik, Menyerap Dengan Bagus & Tidak Merengsakan Kulit

    8 Tuala Mandi Bayi Terbaik, Menyerap Dengan Bagus & Tidak Merengsakan Kulit

  • Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

    Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

  • Si Manja Mudah Meragam dan Susah Tidur Lena? Pilih Baby Rocker Idaman Ibu Ayah Dari Senarai Ini!

    Si Manja Mudah Meragam dan Susah Tidur Lena? Pilih Baby Rocker Idaman Ibu Ayah Dari Senarai Ini!

  • 8 Tuala Mandi Bayi Terbaik, Menyerap Dengan Bagus & Tidak Merengsakan Kulit

    8 Tuala Mandi Bayi Terbaik, Menyerap Dengan Bagus & Tidak Merengsakan Kulit

  • Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

    Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

  • Si Manja Mudah Meragam dan Susah Tidur Lena? Pilih Baby Rocker Idaman Ibu Ayah Dari Senarai Ini!

    Si Manja Mudah Meragam dan Susah Tidur Lena? Pilih Baby Rocker Idaman Ibu Ayah Dari Senarai Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.