7 Jenis Pokok Keladi Beracun Yang Ramai Ibu Tidak Tahu, Bahaya Pada Bayi & Kanak-Kanak

Pokok keladi beracun ramai ibu tidak mengetahui akan bahayanya. Sehingga ada yang tanam di kawasan rumah kerana daun dan warna begitu cantik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah anda, 7 pokok keladi beracun yang popular dijadikan sebagai pokok hiasan sebenarnya boleh membahayakan kesihatan anak dan si comel anda?

Jadi, jika anda mempunyai salah satu daripada 7 pokok keladi beracun ini, pastikan pokok ini dijauhkan daripada anak serta haiwan perliharaan.

Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?

  • Senarai pokok keladi beracun, tidak sesuai untuk ibu ayah yang ada anak keci
  • Jenis pokok keladi bahaya dan mengandungi racun

Senarai pokok keladi beracun, tidak sesuai untuk ibu ayah yang ada anak kecil

Satu perkongsian turut dibuat di laman Facebook, Public Health Malaysia (PHM) mengenai racun yang terdapat pada pokok keladi atau caladium iaitu kalsium oksalat.

Racun kalsium oksalat ini terdapat pada keseluruhan bahagian tanaman keladi dan yang paling kuat adalah pada daunnya.

Menerusi pengkongsian tersebut, PHM menjelaskan bahawa bunga pokok keladi beracun akan menjadi toksik sekiranya tertelan. Ia akan menyebabkan sensasi terbakar atau melecur pada mulut dan tekak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif, turut digalakkan untuk jauhkan diri daripada pokok keladi ini kerana ia boleh menjejaskan masalah kesihatan mereka.

Selain itu, pokok keladi juga turut menyebabkan masalah kesihatan yang membimbangkan.

Jenis pokok keladi bahaya dan mengandungi racun

  • Dieffenbachia dan Philodendron

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi anda yang baru berjinak dengan dunia tanaman, maka, dua jenis pokok keladi ini sesuai bagi anda.

Walaupun keduanya berbeza dari segi jenis namun dieffenbachia dan philodendron mampu menghasilkan toksik dengan cara yang sama. 

Ia mengandungi kalsium oksalat yang boleh menyebabkan bengkak, air liur banyak keluar dan sukar untuk bercakap sekiranya tertelan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, ia juga menyebabkan masalah seperti bengkak, kemerahan dan kerengsaan jika mata atau kulit terdedah pada tumbuhan ini.

  • English Ivy

Pokok keladi English ivy atau Hedera helix ini sesuai di tanam di rumah kerana ia dapat membantu membersihkan udara, mengatasi masalah pernafasan dan mempunyai sifat antiradang dan antioksidan.

Walau bagaimanapun, English ivy ini dianggap sebagai pokok keladi beracun kerana ia toksik kepada manusia dan juga haiwan.

Tanaman ini boleh menyebabkan bengkak, kegatalan, kerengsaan pada perut dan mungkin juga menyebabkan loya dan cirit-birit pada manusia jika tertelan.

Bagi haiwan, ia boleh menyebabkan sakit perut, muntah, cirit-birit dan hiper air-liur pada kucing dan anjing jika tertelan.

  • Alocasia Xanthosoma

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lebih dikenali dengan nama lain iaitu pokok Mickey Mouse. Sama seperti caladium, setiap bahagian pokok ini juga dipenuhi dengan racun kalsium oksalat.

Jika tumbuhan ini dikunyah, ia boleh menyebabkan kerengsaan pada bahagian bibir, mulut, lidah dan tekak.

Walaupun jarang berlaku, antara kesan sampingan yang lain adalah loya, muntah, cirit-birit, dan kesukaran menelan jika pokok yang dipenuhi dengan kristal osalat ini ditelan.

Gejala yang dialami selalunya akan memburuk dengan cepat dan ia boleh bertahan sehingga setengah hari. 

  • Peace lily

Peace lily atau nama saintifiknya, Spathiphyllum cochlearispathum, dikenali melalui oleh daun lebar yang panjang dan bunga putih yang cantik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pokok bunga ini sangat senang untuk dijaga, dapat bertahan dalam cahaya yang kurang serta ia mampu menyingkirkan toksin dalaman seperti formaldehid, benzena dan juga trichloroethylene, yang didapati dalam udara.

Tetapi seperti jenis pokok keladi beracun sebelum ini, tanaman ini juga toksik buat manusia serta haiwan perliharaan.

Ia boleh menyebabkan bengkak pada bibir, mulut dan lidah, rasa mual, muntah dan cirit-birit serta kesukaran untuk menelan jika anda tertelannya.

Manakala, pada haiwan perliharaan pula, ia boleh mengakibatkan kesan terbakar serta kerengsaan teruk pada mulut, bibir dan lidah bersama kesukaran untuk menelan.

  • Snake plant

Ia adalah antara pokok hiasan yang paling popular yang biasanya dikenali sebagai Lidah Mentua atau nama saintifiknya Sansevieria trifasciata.

Ia boleh dikenali dengan daun berbentuk pedang malar hijau yang tumbuh tegak dan seakan daun tiruan. Tanaman ini sering menjadi pilihan kerana ia mudah dijaga dan hanya memerlukan sedikit air untuk terus hidup.

Walaubagaimanapun, tumbuhan ini juga toksik jika termakan. Daunnya mengandungi racun yang boleh menyebabkan bengkak dan kebas pada lidah jika dimakan dalam dos yang besar.

Oleh itu, disarankan bagi anda yang mempunyai tumbuhan ini dirumah untuk jauhkannya pada si manja dan si comel yang cenderung untuk menggigit.

  • Devil's ivy

Dikenali sebagai pokok pothos, sering menjadi pilihan sebagai tanaman hiasan kerana mudah dibiak dan dijaga. Tetapi seperti yang lainnya, ia juga dianggap sebagai tumbuhan toksik, berbahaya dan beracun pada manusia dan juga haiwan.

Jika tertelan daun atau batang tumbuhan ini, ia boleh menyebabkan kerengsaan terbakar yang teruk pada mulut, tekak dan perut.

Bagi haiwan perliharaan, ia juga boleh menyebabkan kesan yang sama dengan air liur berlebihan, muntah serta kesukaran untuk menelan.

Tiada salah untuk menanam pokok hiasan di dalam rumah tetapi anda perlu pastikan ia tidak beracun terutamanya jika di dalam rumah yang mempunyai anak kecil atau haiwan perliharaan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  7 Tanaman Dalam Rumah Yang Berfungsi Sebagai Pembersih Udara Semula Jadi.

Baca juga:  Ibu Ayah Perlu Berhati-Hati, Tanaman Snake Plant Mengandungi Racun Aktif Saponin!

Baca juga: Alahai Indahnya Bunga-Bunga Di Taman, Tapi Awas! Kenali Tumbuhan Beracun Dengan Ciri-Ciri Ini!

Penulis

Nur Sofea