X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Berapa bijak anak anda besar nanti? Jawapannya mungkin ada pada poop bayi!

3 min bacaan
Berapa bijak anak anda besar nanti? Jawapannya mungkin ada pada poop bayi!

Apakah ada kaitan antara poop bayi dengan tahap kebijaksanaannya apabila dewasa kelak? Anda pasti terkejut apabila mengetahui ada satu kajian menyiasat tentang hal ini.

Apabila melihat bayi kita membesar, pasti kita tertanya-tanya adakah mereka akan membesar menjadi insan yang bijak? Haaa…ada satu kajian terbaru (yang juga mengejutkan!) yang menunjukkan poop bayi baru lahir mungkin dapat memberi petanda kebijaksaannya kelak!

Huh? Betulkah ada kajian seperti ini? Ya, anda tak salah membacanya! Sememangnya kita tahu poop bayi baru lahir boleh mempunyai pelbagai warna dan tekstur.

Ia memberi pelbagai petunjuk tentang keadaan kesihatan si kecil kita. Dan melalui najis bayi, ia juga turut memberikan petunjuk yang ada sesuatu tidak kena dengan bayi.

poop bayi baru lahir - kajian

Kredit: theAsianparent Singapore

Kaitan antara poop bayi baru lahir dengan tahap kebijaksanaan

Kajian menarik yang kami sebutkan di atas ini menyatakan poop bayi baru lahir boleh memberikan pelbagai informasi, bukan sekadar tahap kesihatan bayi saja.

Para pengkaji dari University of Carolina’s (UNC) School of Medicine ada menyiarkan kajian mereka dalam Biological Psychiatry.

Berikut adalah beberapa rumusan daripada kajian tersebut. Kami pasti anda akan merasakannya menarik!

1. Bayi yang ada beberapa jenis bakteria dalam poop mereka lebih cemerlang dalam ujian kognitif

poop bayi baru lahir - pampers

Kredit: theAsianparent Singapore

Para pengkaji melakukan ujian pada hampir 100 sampel najis bayi. Semuanya berusia setahun.

Mereka mendapati bayi yang kurang kepelbagaian mikrobiom dan lebih banyak bakteroid cenderung untuk mencapai markah yang tinggi dalam ujian kognitif apabila berusia 2 tahun.

“Ini kali pertama di mana hubungkait antara komuniti mikrob dan perkembangan kognitif (kemampuan berfikir & memahami) dikaji oleh para saintis.”

Itu adalah penerangan Rebecca Knickmeyer dari School of Medicine University of North Carolina.

Mereka telah menilai bayi menggunakan kaedah Skala Awal Pembelajaran Mullen. Ia satu siri ujian perkembangan yang memerhatikan kemahiran motor, kemampuan memahami dan perkembangan bahasa.

2. Probiotik boleh mempengaruhi perkembangan minda sebelum usia setahun

“Kami belum di fasa di mana kami yakin untuk berkata “Mari beri semua anak kecil probiotik.””

Tapi, para pengkaji menyatakan penemuan kajian telah memberi sedikit penjelasan tentang bakteria dalam perut bayi memainkan kesan dalam perkembangan bayi sebelum si kecil berumur 1 tahun.

“Penemuan ini menyarankan kita boleh menyusun perkembangan mikrobiom dalam sistem penghadaman si kecil untuk memaksimakan perkembangan kognitif.”

Malah, mereka turut menyatakan ia mampu mengurangkan risiko ketidakmampuan seperti autisme yang melibatkan masalah bahasa dan kognitif.

3. Ini membawa kepada persoalan: Adakah bakteria boleh “berkomunikasi” dengan minda bayi?

poop bayi baru lahir - warna tekstur

Kredit: Youtube.com

Knickmeyer turut tertanya-tanya “Adakah bakteria sebenarnya dapat berkomunikasi dengan minda anak?”

Persoalan itu merupakan antara motivasi yang menyebabkan beliau dan para pengkaji ingin mencari kaitan antara perut dan minda bayi.

Malah, beliau turut memberikan lagi satu teori: jenis bakteria dalam poop bayi baru lahir adalah pengganti atau “jambatan” kepada faktor perkembangan otak si kecil.

Katanya, ia ada kaitan dengan diet pemakanan dan nutrisi yang diterima oleh bayi.

4. Kajian ini adalah yang pertama di antara banyak lagi penemuan yang bakal menyusul 

Ini adalah kali pertama para pengkaji mencari kaitan antara perkembangan otak dengan bakteria yang ada dalam najis bayi. 

Penemuan kajian ini masih lagi baru. Ia masih perlu memperluaskan sampel kajian bagi mengesahkan penemuan ini. Tetapi, saintis percaya bahawa ini adalah langkah pertama.

Penemuan terbaru yang menarik!

Jadi, bagaimana ibu ayah sekalian? Menarik tak penemuan kajian ini?

Mungkin kita akan mendengar banyak lagi penemuan menarik yang dapat membantu kita mengenalpasti cara melahirkan insan yang bijaksana secara saintifik!

Sementara itu, teruskan memerhati keadaan poop bayi anda bagi mengetahui dan memantau tahap kesihatannya!

 

 

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Najis Bayi – Apa Yang Normal & Apa Yang Tidak Normal?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Berapa bijak anak anda besar nanti? Jawapannya mungkin ada pada poop bayi!
Kongsikan:
  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

    Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

    Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham