Mungkin masih ramai yang belum betul-betul tahu mengenai tanda lahir manusia dan ia boleh dikategorikan dalam pelbagai jenis. Antaranya termasuklah jenis port wine stain.
Lebih menyedihkan, ramai juga yang masih kurang kesedaran mengenai tanda lahir jenis ini dan menyebabkan mereka terjebak dalam perkara seperti body shaming.
Port wine stain juga adalah salah satu daripada jenis tanda lahir manusia
Port wine stain adalah tanda lahir di bawah permukaan kulit. Ia terjadi pada satu dalam 3,000 bayi. Tanda lahir jenis ini kelihatan warna kemerahan hingga warna keunguan dan boleh terjadi di mana-mana bahagian badan. Ia boleh dilihat dan berterusan sepanjang hayat.
Pembentukan port wine stain ini berlaku disebabkan pembentukan saluran darah kecil yang tidak normal (kapilari) pada kulit yang berlaku semasa perkembangan janin.
Ia bukanlah penyakit keturunan dan tidak disebabkan oleh apa-apa yang berkaitan dengan ibu semasa mengandung. Ibu bapa tidak sepatutnya rasa bersalah dengan pembentukan ini kerana ia bukan berpunca daripada anda pun.
Bolehkah port wine stain berubah apabila bayi saya membesar?
Ya. Ketika usia masih bayi dan kanak-kanak, ia adalah rata dan berwarna merah jambu. Tetapi semakin meningkat usia, ia berubah kepada warna keunguan dan boleh menjadi lebih tebal.
Ia juga boleh membentuk ketulan kecil pada permukaan kulit. Disebabkan itu, ia harus dirawat dengan segera bagi mengelakkan perkembangan semula jadi.
Ada juga ibu bapa yang risau dengan pembentukan ini kerana dikhuatiri ia ada kaitan dengan masalah atau penyakit lain yang berkaitan.
Namun bagi anak yang ada port wine stain di kawasan sekeliling mata, ia mungkin dikaitkan dengan penyakit mata yang dinamakan glaucoma. Anak ini harus dirujuk kepada pakar mata untuk penilaian. Disebabkan itu pentingnya pengesanan dan rawatan awal kerana ia berpotensi serius jika terlepas.
Adakah ia bahaya jika muncul di tempat sensitif?
Selain itu, jika ia muncul di kepala atau dahi, ia biasanya dikaitkan dengan kecacatan saluran darah atau lebihan saluran darah dalam otak yang dipanggil sindrom Sturge Weber.
Ujian MRI di otak diperlukan untuk mendapatkan diagnosis. Boleh jadi anak ini mungkin mengalami sawan dan sukar dikala dengan ubat dan harus dirujuk kepada pakar neurologi kanak-kanak untuk rawatan lanjut.
Otak MRI diperlukan untuk mendapatkan diagnosis. Kanak-kanak ini mungkin mengalami sawan yang mungkin sukar dikawal dengan ubat. Mereka harus dirujuk kepada pakar neurologi kanak-kanak untuk pengurusan lanjut.
Selain itu, port wine stain yang kelihatan luas pada anggota badan dikaitkan dengan Sindrom Klippel Trenaunay yang mana ini melibatkan keabnormalan saluran vena dan/atau limfa yang lebih dalam pada anggota badan dan menyebabkan pembesaran pada anggota tersebut. Kanak-kanak ini perlu dipantau dan disusuli oleh pakar dermatologi kanak-kanak.
Adakah psikologi anak yang mempunyai port wine stain akan terkesan?
Disebabkan itu pentingnya pemahaman mengenai port wine stain kerana ada yang rasa malu dengan kemunculan tanda ini dan buat mereka rasa rendah diri.
Ada kemungkinan anak boleh jadi tidak suka ke sekolah jika dia diejek.
Bolehkah port wine stain hilang?
Laser adalah cara paling berkesan untuk rawatan port wine stain.
Laser menghasilkan pancaran cahaya yang kuat yang menyasarkan tisu tertentu dalam badan. Pancaran kuning laser pewarna yang berkelip-kelip diserap oleh hemoglobin sel darah merah dalam port wine stain mengakibatkan kerosakan haba pada saluran darah yang disasarkan.
Bagaimanapun, ia masih bergantung kepada keberkesanan rawatan. Ada juga yang tidak berjaya dihilangkan bergantung kepada keadaan port wine stain tersebut.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Bayi ini mempunyai tanda lahir berbentuk love yang comel sekali!
Baca juga: Semua Tentang Tanda Lahir Pada Bayi Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Baca juga: Tanda Lahir Hitam Pada Bayi, Ketahui Penyebab & Jenis Berbahaya Terhadap Kesihatan