Posisi Bersalin Duduk Ini Memudahkan Proses Bersalin, Malah Mengurangkan Sakit!

Posisi bersalin butterfly ini merupakan posisi duduk bersila dan lebih releks berbanding posisi yang kebiasaan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Posisi bersalin yang kebiasaan di hospital adalah berbaring, namun tahukah anda terdapat banyak lagi posisi yang boleh anda lakukan semasa bersalinkan anak? 

Antara kaedah lain adalah posisi berdiri, posisi melutut, posisi merangkak, posisi squat dan posisi butterfly iaitu posisi postpastum yang membantu mengurangkan kesakitan semasa bersalin.

Posisi Bersalin Duduk @ Butterfly Membantu Mengurangkan Rasa Sakit Bersalin

Apabila merasakan sakit contraction, iaitu sakit berpanjangan, ibu boleh meminta untuk mendapatkan suntikan anesthesia bagi mengurangkan rasa sakit tetapi rasa sakit tetap tidak hilang sepenuhnya.

Satu kajian terbaharu menunjukkan terdapat satu posisi bersalin secara duduk yang dikenali sebagai Mani Vehthaya Butterfly Post yang boleh membantu mengurangkan kesakitan tersebut.

Posisi bersalin tersebut akan meninggikan kadar volume lantai pelvik, menyebabkan lebih tekanan diberikan kepada urat saraf dan boleh mengurangkan sakit abdomen dan bahagian pinggang.

Mempercepatkan Pembukaan Rahim

Posisi bersalin duduk atau digelar posisi butterfly ini juga memberi kesan kepada kadar kontraksi, saiz pelvik dan pergerakan bayi dalam rahim, malah membantu pembukaan rahim yang lebih cepat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini dibuktikan dengan kajian di mana beberapa ibu  yang sedang melahirkan anak, dengan bukaan 3cm diberi peluang untuk melahirkan secara serentak. Kesemua ibu tersebut diberikan intravenous oxytocin bagi menjadikan proses tersebut sama rata.

Hasil kajian menunjukkan masa pembukaan rahim bagi ibu yang mengamalkan posisi butterfly adalah 19.6 minit per cm, manakala kumpulan ibu yang kedua adalah 29.4 minit per sentimeter. Bezanya adalah lebih kurang 10 minit!

Bagaimana Cara Untuk Melakukan Posisi Bersalin Duduk @ Butterfly?

Apabila ibu mula rasa sakit kontraksi di hospital, duduk tegak dan luruskan kedua-dua kaki anda. Seterusnya rapatkan kaki dalam kedudukan bersila, dengan mencuba merapatkan kaki dengan bahagian perineal seboleh yang mungkin.

Letakkan meja dihadapan anda, dan peluk bantal yang diposisikan di atas meja tersebut. Ibu boleh meletakkan tangan dalam posisi tapak ke bawah sambil meletakkan kepala ke atas bantal untuk lebih releks. (rujuk gambar)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila kedudukan ini berjaya dilakukan, ibu boleh cuba bertenang dan jangan risau atau stress. Biarkan proses berlaku secara semulajadi dan anda akan nampak bayi dalam beberapa ketika lagi.

Walaupun posisi ini boleh membantu mengurangkan kesakitan semasa bersalin dan mempercepatkan pembukaan rahim, anda mesti sentiasa berada di bawah pengawasan doktor ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini kerana sekiranya ibu telah mengalami pecah ketuban atau bayi belum berada di dalam laluan, posisi bersalin duduk bersila sebegini boleh menyebabkan bayi menekan tali pusat dan meninggal dunia.

Tambahan lagi, sekiranya ibu mengalami tekanan darah tinggi atau tekanan gula rendah, elakkan posisi bersalin sebegini sama sekali kerana berisiko mengalami pendarahan dan kematian untuk bayi dan anak di dalam kandungan.

Smeoga bermanfaat.

Anda nak berapa orang anak?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Nattida K. dan mendapat keizinan theAsianparent Thailand untuk diterjemah.

Baca juga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

15 petua mudah bersalin yang dikongsikan oleh ibu-ibu yang baru lepas beranak

Penulis

Beto Rahman