Baiki Perkahwinan Anda Dengan Posisi Tidur Paling ROMANTIS Ini, Pasti Tidur Bermimpi Indah

Tambahkan romansa kalian dengan 5 posisi tidur ini. Barulah kurang sikit rasa sakit hati!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasangan suami isteri mana yang tidak pernah bergaduh kerana perkahwinan itu seperti yang umum tahu pastinya ada pasang surut. Itu adalah lumrah dalam berumah tangga namun perkara sebegitu boleh disemarakkan lagi dengan posisi tidur suami isteri ini yang pastinya mencambahkan rasa kehangatan di kamar tidur. 

Orang tua-tua kata kalau nak bergaduh boleh, tapi jangan lama-lama sangat sebab rugi! 

Malah dengan bergaduh itu juga kadang-kadang membuatkan pasangan terutamanya suami tertarik semula kepada anda jika isteri bijak mengatur langkah pantas di bilik dengan melakukan posisi tidur ini. 

5 Posisi tidur suami isteri yang romantis  

#1. Posisi tidur suami isteri  – Spooning 

Posisi tidur spooning ini adalah tidur mengiring sambil suami memeluk dari belakang. Wah, memang tangkap syahdu kalau sang suami buat begini pada isteri. Betul tak?

Namun, posisi ini sesuai bagi mereka yang sudah berkahwin dalam lingkungan satu ke tiga tahun. Ia menandakan hubungan sedang berada di kemuncak kebahagiaan. 

#2. Fabio 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Hipwee

Fabio ini adalah posisi tidur di mana isteri tidur atas badan suami. 

Ia menandakan hubungan pasangan ini sangat erat apabila isteri terlentok comel atas tubuh suami. Malah dia merasakan selesa berbuat demikian. 

#3. Face to face

Kredit: Psychology today

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Posisi ini menampilkan suami isteri yang saling berpandangan wajah antara satu sama lain. Sambil melihat muka suami dan isteri serta membelai, pastinya keadaan itu lebih mengasyikkan lalu kalian tidur dengan lebih nyenyak. 

Posisi tidur ini sangat disyorkan bagi pasangan suami isteri kerana dari situ anda juga dapat bertentang mata dengan pasangan sebelum sama-sama beradu dan bermimpi indah. 

#4. Sweetheart Cradle 

Kredit: Flavour Mags

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini adalah posisi tidur secara berpelukan antara satu sama lain. Kadang-kadang ia boleh di bawa sampai ke pagi. Pendek kata memang seronok keadaan tidur yang sebegini. 

Keadaan tidur ini juga menandakan suami isteri sangat romantis antara satu sama lain bahkan dakapan tubuh suami cukup menenangkan jiwa dan terasa sangat selamat. 

#5. Honeymoon Hug 

Posisi ini sama seperti Face to Face, tapi bezanya suami akan memegang tubuh isteri supaya rapat dengannya. Posisi ini sangat disyorkan bagi mereka yang masih di fasa berbulan madu. Memang terasa indah saat itu! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mana satu posisi yang selalu anda praktiskan semasa tidur? 

Ingatlah walaupun kalian sudah lama berkahwin dan mempunyai ramai anak namun itu tak bermaksud anda perlu kurangkan masa romantis ini. Cubalah dengan posisi tidur ini dahulu lama kelamaan anda akan rasai kenikmatannya. Selamat mencuba! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga 

10 Rahsia Gaya Tidur Dengan Pasangan Yang Menceritakan Situasi Perkahwinan Anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan