X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Pentingya 'eye contact' dengan bayi baru lahir, si kecil suka lihat wajah mulus ibu!

3 min bacaan
Pentingya 'eye contact' dengan bayi baru lahir, si kecil suka lihat wajah mulus ibu!

Pandangan mata si kecil buat bonda tercinta tanda dia ingin ungkapkan sesuatu dan ingin lebih fokus kepada insan yang melahirkannya itu.

Pertama kali bertentang pandangan mata dengan bayi, ini masa paling berharga dan terus melakar seribu kenangan buat ibu dan bapa. 

Dan ternyata, memori itu akan terus melekat di hati apabila si kecil itu yang hanya fokus dan terarah kepada wajah ibunya. Seronoknya rasa tatkala itu!

Wajahnya juga terlihat tenang dan tersenyum bahagia. Bahkan, ibu rasa cukup sempurna, bagaikan tak mahu alih pandangan bila melihat si kecil merenung ibunya. Ini antara kesempurnaan yang paling diimpikan. 

Pandangan mata antara ibu dan anak merupakan saat yang paling berharga dan istimewa.

Hal ini kerana, magik pandangan mata antara kedua-duanya tampak sempurna seolah-olah sudah lama kenal. Inilah cara bagaimana bayi baru lahir mengenali ibunya. 

Tapi, ibu tahu tak , anda sebenarnya boleh membaca pemikiran bayi?

Percayalah bahawa bila pandangan mata anda dan bayi bersatu, otak anda sedang bersinar dan bergelora. Kajian berkaitan ini telah dijalankan oleh saintis di University of Cambridge. 

Pandangan mata ibu dan anak ada pentingnya!

pandangan mata, pandangan mata anak, pandangan mata bayi, pandangan mata bayi dan ibu, pandangan mata seorang ibu, gelombang otak selepas pandangan mata, pandangan mata ibu dan anak, pandangan mata si manja, pandangan mata si kecil, berpandangan, eye contact

Berdasarkan keputusan kajian yang diterbitkan dalam Proceedings of National Academy of Sciences (PNAS), pengkaji mengatakan apabila pandangan mata ibu dan bayi bertemu, sel otak ibu akan menghasilkan aliran yang tepat dan sempurna. 

Apa yang berlaku seterusnya adalah bayi seolah-olah ingin berkomunikasi dengan ibunya. 

Para saintis menjalankan dua percubaan berasingan di mana mereka mempelajari gelombang otak terhadap 36 bayi. 

Semua bayi kecil itu memakai satu alat kepala yang boleh mengukur aktiviti dan isyarat elektrik otak. Proses ini dikenali sebagai electroencephalography.

Pada pusingan pertama, si kecil itu akan melihat video wanita dewasa menyanyi lagu kanak-kanak. Wanita tersebut tetap mengekalkan pandangan mata dengan bayi tersebut dalam masa tertentu sebelum mengalihkan pandangan ke arah lain. 

Di hujung video, wanita dewasa itu melakukan pandangan mata kembali dengan bayi tersebut. 

Menjelang akhir video, wanita itu membuat pandangan mata lagi ke arah bayi. Lalu gelombang otak direkodkan.

Keputusan kajian pandangan mata ibu dan bayi

pandangan mata, pandangan mata anak, pandangan mata bayi, pandangan mata bayi dan ibu, pandangan mata seorang ibu, gelombang otak selepas pandangan mata, pandangan mata ibu dan anak, pandangan mata si manja, pandangan mata si kecil, berpandangan, eye contact

Kredit: Care.com

Advertisement

Semasa berpandangan mata, otak bayi dan wanita dewasa itu menghasilkan pancaran otak yang sama di antara satu sama lain.

Bila wanita tersebut cuba mengalihkan kepalanya tapi masih berpandangan mata, bayi itu cuba untuk berkomunikasi dengan wanita itu!

Percubaan bayi pada ingin berkomunikasi terbabit diukur dengan jumlah suara yang dikeluarkan.

Menurut Dr. Victoria Leong, apabila orang dewasa dan bayi melihat antara satu sama lain, mereka memberi isyarat kepada persediaan untuk saling berkomunikasi. 

“Kami mendapati kedua-dua otak dewasa dan bayi bertindak balas terhadap isyarat pandangan yang menjadi lebih selari dengan pasangan mereka. Mekanisme ini boleh mempersiapkan ibu bapa dan bayi untuk berkomunikasi dengan cara mengegrakkan bibir dan mendengar akan memberi kesan terhadap pembelajaran yang lebih berkesan.”

Apakah maksud yang sebenarnya di sebalik pandangan mata? 

pandangan mata, pandangan mata anak, pandangan mata bayi, pandangan mata bayi dan ibu, pandangan mata seorang ibu, gelombang otak selepas pandangan mata, pandangan mata ibu dan anak, pandangan mata si manja, pandangan mata si kecil, berpandangan, eye contact

Dalam penemuan ini, kajian membuktikan bayi dilahirkan dalam keadaan yang cukup luar biasa. Dengan isyarat pandangan mata saja, mereka boleh faham dan bantu perkembangan mereka sejak kecil.

Oleh itu, untuk memupuk proses pembelajaran, ibu boleh lakukan pandangan mata dengan bayi. Bahkan, ikatan ibu dan bayi sentiasa istimewa dan penemuan dalam kajian ini telah membuktikannya. 

Jadi teruskan aktiviti ini kerana pemikiran dan kehendak kalian berdua boleh menjadi satu! Kongsikan artikel ini di laman socmed anda. 

Stories Rakan Kongsi
Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah
Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Nalika Unantenne. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah 

Baca juga: 

Ini Beberapa Cara Untuk Bermain Dengan Bayi Baru Lahir 0-3 Bulan Buat Ibu Ayah Praktik, Mudah Saja!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Pentingya 'eye contact' dengan bayi baru lahir, si kecil suka lihat wajah mulus ibu!
Kongsikan:
  • Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah
    Stories Rakan Kongsi

    Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah

  • Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
    Stories Rakan Kongsi

    Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier

  • Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

    Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham