Menu Potluck Di Pejabat, Sekolah Atau Sambutan Raya Yang Sedap & Mudah Disediakan

lead image

Menu potluck di pejabat atau sekolah yang menarik adalah Mee kari, Pasta carbonara, Kuey teow goreng, Nasi ayam hainan, Lontong Kuah Lodeh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selagi Syawal belum habis, selagi itulah akan adanya rumah terbuka. Tapi biasanya di sekolah atau pejabat konsep potluck raya dianjurkan untuk menambah variasi makanan. Berikut kami kongsikan beberapa menu potluck yang mudah dan menarik.

Potluck Raya: Kepentingan Konsep Potluck 

Jika ada yang tidak tahu, jamuan makan-makan berasaskan menu potluck ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Ia termasuklah:

  1. Mengelakkan menu sama – pilihan makanan akan berkurangan jika menu sama dibawa. Jadi dengan adanya menu potluck makanan akan lebih variasi
  2. Mengelakkan pembaziran – jika menu berlainan potensi untuk sesuatu makanan itu habis lebih tinggi sekali gus mengelak pembaziran
  3. Pupuk semangat kerjasama – mungkin ada yang ingin berkongsi menu boleh masak dan sediakan menu bersama
  4. Mengalakkan kreativiti – bagi mengelak membawa makanan yang sama anda akan berfikir di luar kotak dan terciptalah menu jamuan raya yang pelbagai

Contoh Menu Potluck

Berikut adalah 50 cadangan menu potluck yang pasti menambat selera ramai, dibahagikan kepada beberapa kategori:

1. Idea Potluck: Pembuka Selera (Appetizer)

  • Popia goreng rangup

  • Cucur udang garing

  • Samosa inti ayam/daging

  • Karipap kentang

  • Sandwich telur

  • Salad kentang berkrim

  • Tauhu bergedil

  • Roti sosej gulung

  • Keropok lekor

  • Nachos dengan sos keju

2. Menu Potluck – Hidangan Utama (Main Course)

  • Nasi lemak dengan sambal bilis

  • Bihun goreng Singapore

  • Nasi goreng kampung

  • Spaghetti aglio olio

  • Nasi ayam hainan

  • Lontong dengan kuah lodeh

  • Laksa Penang

  • Mee kari

  • Pasta carbonara

  • Kuey teow goreng basah

3. Menu Potluck- Hidangan Sampingan (Side Dish)

  • Ayam goreng berempah

  • Sambal sotong

  • Daging masak hitam

  • Ikan bakar dengan air asam

  • Tempe goreng berlada

  • Telur masin

  • Acar timun dan nenas

  • Begedil daging

  • Ayam masak merah

  • Udang butter berdaun kari

4. Menu Potluck- Pencuci Mulut (Dessert)

  • Kek batik

  • Agar-agar santan gula melaka

  • Puding karamel

  • Brownies coklat

  • Kek keju leleh

  • Kuih lapis

  • Tart nenas

  • Donut gebu

  • Muffin pisang

  • Pavlova dengan buah-buahan segar

5. Menu Potluck- Minuman (Beverage)

  • Air sirap bandung

  • Teh tarik

  • Jus oren segar

  • Air mata kucing

  • Lemonade

  • Air kelapa muda

  • Laici kang

  • Air jagung berkrim

  • Kopi susu

  • Smoothie mangga

Setiap menu ini bukan sahaja sedap dan mudah dibawa, tetapi juga boleh disediakan lebih awal untuk mengelakkan kesibukan pada hari acara. Pilihlah mengikut tema dan cita rasa tetamu, dan pastikan hidangan anda menjadi tarikan utama di meja potluck!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips Pemilihan Menu

Sebelum membuat pilihan menu, ada baiknya anda sekumpulan buat senarai supaya lebih mudah dan tidak bertindih menu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Tidak sama dengan orang lain
  2. Bajet – pastikan ia dalam bajet anda
  3. Logistik – tentukan jenis bekas terutama jika anda membawa menu berkuah
  4. Kreatif – elak menu sama dengan orang lain
  5. Tetamu – jika ada tetamu kanak-kanak pastikan menu anda juga sesuai dimakan oleh kanak-kanak

Masak Apa Hari Ini 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Menu Raya Setiap Tahun Boleh Kata Sama Sahaja, Tapi Tak Pernah Menjemukan!

Baca juga: 40 Idea Menu Raya Yang Simple & Sedap, Tetamu Mesti Suka

Baca juga: 20 Idea Juadah Untuk Open House Raya, Para Tetamu Mesti Suka!

Penulis

Lala Annuar