Makeup Cepat Crack & Bercapuk? Ini 8 Primer Makeup Terbaik Agar Solekan Tahan Lama Walaupun Seharian Keluar

Primer boleh menjadikan kulit kelihatan lebih licin supaya solekan akan kelihatan lebih sebati. Berikut adalah pilihan primer terbaik!

Terdedah terlalu lama pada cuaca panas dengan solekan di wajah boleh menyebabkan makeup menjadi luntur, namun masalah ini dapat diatasi dengan penggunaan primer terbaik.

Primer sama pentingnya seperti produk kecantikan yang lain. Ia digunakan sebagai langkah pertama untuk base layer sebelum mengoles solekan dan ia juga merupakan langkah ke-3 dalam penjagaan wajah selepas toner dan pelembap.

Jadi, tahukah anda bagaimana cara pemilihan primer yang terbaik?

Pentingnya Penggunaan Primer Dalam Solekan

Kredit gambar: Watsons.com,my

Ramai diantara kita yang mengabaikan primer kerana menganggapnya tidak penting padahal ada bezanya jika kita bandingkan solekan sebelum mengenakan primer dan selepas meggunakan primer.

Penggunaan primer boleh menjadikan makeup tahan lebih lama. Selain itu, primer juga boleh menjadikan kulit kelihatan lebih licin dan tampak berseri serta tidak bercapuk. Ini kerana, ia berfungsi untuk menutup liang pori yang besar dan tesktur kulit tidak sekata.

Bukan itu sahaja, kulit wajah juga tidak mudah naik jerawat. Ini kerana fungsi primer itu sendiri yang bertindak sebagai lapisan (base layer) dapat menghalang bahan kimia dari foundation terus memasuki kulit. Jadi, ia tidak menyebabkan liang pori tersumbat yang membawa kepada pertumbuhan jerawat! 

Tips Pemilihan Primer Terbaik Untuk Makeup Tahan Lama

Terdapat banyak jenama kecantikan yang mengeluarkan produk primer, ini pasti menyukarkan anda untuk membuat pilihan yang mana satu primer yang sesuai. Oleh itu, bagi memudahkan pencarian anda kami sediakan beberapa tips untuk memilih primer supaya anda mendapat hasil makeup seperti yang diinginkan.

1. Pilih Berdasarkan Jenis Kulit

Sama seperti memilih produk kecantikan yang lain, anda juga perlu memilih primer yang sesuai dengan jenis kulit dan kondisi kulit anda.

 

  • Mattifying primer dikhaskan untuk kulit berminyak: Ia dapat membantu mengawal pengeluaran sebum pada muka. Seterusnya, mengurangkan kilauan pada solekan.
  • Hydrating primer untuk kulit kering: Ia dapat melembapkan kulit dan memberikan kesan plump dan dewy pada solekan wajah.
  • Color-correcting primer untuk kulit berjerawat: Ia dapat meratakan tona kulit tidak sekata dan mengurangkan kesan kemerahan disebabkan jerawat yang meradang.
  • Brightening primer untuk kulit normal. Dengan penggunaan primer jenis ini menjadikan wajah anda kelihatan lebih licin, berseri dan glowing semula jadi.

2. Semak Bahan Kandungan Utama Primer

Terdapat 2 jenis primer yang anda boleh temui di pasaran iaitu water-based dan silicone-based.

  • Silicone-based primer membantu menyamarkan penampilan pori-pori besar dan meratakan tekstur kulit. Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai masalah tekstur kulit tidak sekata akibat pori besar atau mempunyai parut jerawat. Tapi, jangan pakai terlalu banyak ya? Kerana primer berasaskan silikon ini agak berat dan boleh membuatkan anda tidak selesa jika terlalu banyak menggunakannya.
  • Water-based primer lebih ringan dan mempunyai penutupan (coverage) penuh.  Ia mempunyai tekstur yang lebih cair jadi lebih senang untuk dioleskan pada wajah seolah-olah anda menggunakan pelembap. Walau bagaimanapun, primer jenis ini tidak sesuai untuk kulit berminyak memandangkan tidak dapat mengawal pengeluaran minyak dengan baik.

8 Primer Terbaik Untuk Makeup Tahan Lama

Jika anda masih tercari-cari primer manakah yang bersesuaian dengan anda, kami senaraikan pilihan ‘favourite’ dan terbaik untuk anda cuba!

8 Primer Terbaik Untuk Makeup Tahan Lama
Maybelline Baby Skin Pore Smooth
Terbaik Berkualiti Dan Murah
Beli di Shopee
RIMMEL Stay Matte Primer
Terbaik Untuk Kulit Berminyak
Beli di Shopee
Embryolisse Concentrated Lait Cream
Terbaik Untuk Semua Jenis Kulit
Beli di Shopee
Natural Sun Eco No Shine Sun Primer
Terbaik Dengan Perlindungan Matahari
Beli di Shopee
Innisfree No Sebum Blur Primer
Terbaik Menutup Liang Pori
Beli di Shopee
Wardah Instaperfect Porefection Skin Primer
Terbaik Untuk Kesan Matte Sehingga 12 Jam
Beli di Shopee
FOCALLURE Auto Focus Poreless Primer
Terbaik Kalis Air
Beli di Shopee
O.TWO.O Invisible Pore Soft Focus Makeup Primer
Terbaik Murah Dan Solekan Tahan Lama
Beli di Shopee

Maybelline Baby Skin Pore Smooth

Primer terbaik berkualiti dan murah

Maybelline Baby Skin Pore Smooth primer adalah primer yang menjadi No. 1 ‘favourite’ penggemar drugstore. Murah tidak semestinya tidak bagus. Primer watson ini mempunyai tekstur gel yang ringan dan mudah meresap ke dalam kulit. Hanya sapukan lapisan nipis primer ini ke wajah anda dan anda boleh bersedia untuk solekan seterusnya. 

Hasilnya, makeup kelihatan smooth dan tahan lebih lama. 

Apa yang kami suka?

  • Harga yang murah
  • Produk berkualiti dan berkesan
  • Boleh dipakai dengan pelembap atau tanpa pelembap
  • Tesktur gel dan tidak berwarna

RIMMEL Matte Primer

Primer terbaik untuk kulit berminyak 

Makeup Primer bertekstur mousse ini sangat sesuai untuk mengawal minyak kerana memberikan ia memberikan kesan matte. Jadi, jika anda berhajat untuk menghadiri majlis yang terdedah dengan cuaca panas, ini pilihan primer makeup yang terbaik. Bagi kulit kombinasi, anda boleh sapukan primer pada bahagian T-zone sahaja. Sudah tentu makeup lebih tahan lama!

Apa yang kami suka? 

  • Formula ultra ringan dan bertahan sehingga 8 jam
  • Tidak menyumbat pori atau merengsakan kulit
  • Mengecilkan liang pori
  • Meratakan tona kulit yang tidak sekata

Embryolisse Concentrated Lait Cream 

Primer terbaik untuk semua jenis kulit

Pernah dengar jenama ini? Embryolisse Concentrated Lait Cream adalah primer buatan Perancis yang boleh dijadikan sebagai pelembap dan primer makeup. Jangan tak tahu, ini adalah antara primer yang digunakan oleh kebanyakan golongan Makeup Artist. Penggunaan kuantiti solekan yang sedikit sudah memadai kerana makeup mudah meresap dan sekata pada kulit. 

Jika anda sedang berjimat, primer makeup ini adalah pilihan primer ‘must-have’ kerana mempunyai fungsi 3 in 1 – Pelembap , Primer & Makeup Remover. Mengandungi Aloe Vera, Beeswax, Soya & Shea Butter menjadikan kulit sentiasa lembap dan menjadikan hasil makeup tidak melekit sepanjang hari.

Apa yang kami suka?

  • Mempunyai pelbagai guna: Pelembap ,Primer dan Makeup Remover
  • Teksturnya krim tetapi ringan dan cepat meresap
  • Menyembunyikan pori dan garis halus
  • Diyakini oleh pakar dermatologi
  • Kulit lebih lembut dan berseri selepas menggunakannya

Natural Sun Eco No Shine Sun Primer

Primer Terbaik Dengan Perlindungan Matahari

Anda tidak perlu lagi memakai krim pelindung matahari (sunscreen) kerana primer ini sudah didatangkan dengan SPF 50+ PA+++ sesuai dengan cuaca di Malaysia. Primer berwarna merah jambu ini membantu meratakan lapisan asas pada kulit yang kusam dan meninggalkan kemasan baldu.

Ia juga membantu melicinkan tekstur kulit dan menyembunyikan pori-pori menjadikan makeup lebih sekata. Teksturnya yang tidak melekit membantu menghilangkan lebihan sebum pada kulit.

Apa yang kami suka?

  • Telah diuji secara klinikal
  • Boleh digunakan tanpa pelindung matahari
  • Menjadikan tona kulit lebih cerah dan sekata
  • Menjadikan solekan lebih tahan lama

Innisfree No Sebum Blur Primer

Primer Terbaik Menutup Liang Pori

Innisfree No Sebum Blur Primer ini diformulasikan menggunakan pudina asli, mineral, Jeju green persimmon dan ekstrak teh hijau supaya kulit kekal terhidrasi. Ia menjadikan kulit berseri semulajadi seolah-olah memberi kesan kabur, menutup kesan gelap pada kulit disebabkan pori dan kedutan halus.

Sapukan lapisan nipis ke seluruh muka dan tepuk perlahan pada kawasan pori sehingga meresap. Elakkan sapuan terlalu banyak untuk mengelakkan mengelupas atau berketul.

Diperkaya dengan mineral semulajadi , solekan anda lebih kekal lembut dan licin dalam tempoh yang berpanjangan.

Apa yang kami suka?

  • Matte finishing 
  • Mengawal pengeluaran sebum minyak dan mengurangkan kilauan
  • Meminimumkan penampilan liang pori
  • Mudah dibawa kemana-mana

Wardah Instaperfect Porefection Skin Primer

Primer terbaik untuk kesan matte sehingga 12 jam 

Primer watson ini dapat memberikan hasil solekan yang sempurna sebagai base amekup foundation, concealer atau bedak. Sesuai untuk digunakan untuk majlis besar-besaran dengan mengenakan solekan yang sedikit tebal.

 Mengandungi Pigmen Mineral yang membantu menyamakan tona kulit, serta formula bernafas yang menyamarkan liang-liang pada kulit (pori kabur) sambil memberikan kesempurnaan yang licin setiap kali digunakan.

Apa yang kami suka?

  • Formula ringan dan mudah bernafas.
  • Memberikan kesan matte sehingga 12 jam.
  • Sesuai untuk kulit sensitif dan berjerawat.
  • Meratakan warna kulit tanpa bergumpal.
  • Tidak perlu lagi memakai concealer untuk menutup cela.

FOCALLURE Auto Focus Poreless Primer 

Primer terbaik kalis air

Diperkaya dengan Vitamin E dan Minyak Kacang Soya, Focallure Auto Focus Poreless Primer berfungsi mengaburkan pori-pori dan garis halus dan meminimumkan tona kulit tidak sekata sambil mengurangkan pengeluaran minyak.

Ia memberikan kemasan matte sepanjang hari, mencipta kulit yang sempurna.

Apa yang kami suka?

  • Tekstur gel jernih yang mudah diblend.
  • Tidak melekit.
  • Kalis air
  • Menjadikan makeup tampak glowing dan tahan lama

O.TWO.O Invisible Pore Soft Focus Makeup Primer

Primer Terbaik Murah Dan Solekan Tahan Lama

O.TWO.O Invisible Pore Soft Focus Makeup Primer diformulasikan dengan ekstrak Teh, Niacinamide, asid hyaluronik rahsia kulit “sifar" pori. Selain mengecilkan liang pori, primer ini dapat mengurangkan iritasi dan radang pada kulit yang sensitif serta mengecutkan jerawat.

Sapu pada wajah sebagai langkah pertama sebelum memakai bedak asas. Hasilnya, makeup lebih tahan lama dan membantu mengekalkan kesan matte sepanjang hari.

Apa yang kami suka?

  • Jenama yang dipercayai
  • Menjadikan solekan lebih tahan lama dan tidak bercapuk
  • Mengatasi masalah pengoksidaan
  • Merawat masalah jerawat dan mengecutkan liang pori
  • Mencerahkan kulit kusam
  • Melembapkan kulit

Perbandingan Harga Primer Terbaik Untuk Makeup

Jenama Harga
Maybelline Baby Skin Pore Smooth RM18.45
Rimmel Matte Primer RM25.93
Embryolisse Concentrated Lait Cream  RM73.30

Natural Sun Eco No Shine Sun Primer

RM58.03

Innisfree No Sebum Blur Primer

RM45.00

Wardah Instaperfect Porefection Skin Primer

RM19.14

Focallure Auto Focus Poreless Primer

RM19.69

O.TWO.O Invisible Pore Soft Focus Makeup Primer

RM13.07

Bila Sepatutnya Saya Pakai Primer?

Kredit gambar: Makeup.com

Setelah anda tahu cara memilih primer terbaik, anda juga perlu tahu cara menggunakan primer yang betul. Ini supaya dapat memberikan hasil solekan yang optimum pada wajah anda.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

  • Selepas menggunakan pelembap, barulah anda sapukan primer pada muka.
  • Ambil jumlah sebesar saiz kacang (pea-sized) dan gunakan jari anda atau span untuk menggunakan primer dengan meratakan dengan lembut pada kulit.
  • Gunakan primer di seluruh muka anda dan pada kawasan yang perlu ditutup, seperti jerawat. Jika anda menggunakan color correcting primer fokus pada kawasan yang mempunyai tona tidak sekata. Sekiranya anda menggunakan hydrating primer, sapukan pada kawasan yang kering.
  • Tunggu beberapa minit untuk primer menyerap sepenuhnya dan boleh teruskan dengan concealer atau bedak.

Jadi itulah dia 8 pilihan primer terbaik untuk memastikan solekan anda tampak lebih sempurna dan smooth serta yang penting tahan lama! Selamat berbelanja! 

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.theAsianparent Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Krim Malam Terbaik dan Berkesan untuk Setiap Jenis Kulit, Jom Terapi Rawat Kulit Walaupun Sedang Tidur!

Baca juga:  11 Produk Kecantikan Yang Berbahaya Jika Digunakan Secara Berlebihan

Baca juga: 7 Pelembap Muka Terbaik Sesuai Untuk Ibu Mengandung – Bagus Untuk Kulit Yang Sangat Kering!

Penulis

Noorhidayah