Produk Baharu Anchor Mudahkan Kerja Ibu Sedia Makanan Kesukaan Anak Di Rumah

Produk anchor sering menjadi pilihan ketika menyediakan makanan istimewa buat keluarga. Kini ia didatangkan dengan dua produk yang baharu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Produk Anchor sememangnya mendapat tempat dalam kalangan suri rumah dan mereka yang bergelar ibu. Mana tidaknya, jenama ini menawarkan variasi produk tenusu terbaik dari New Zealand.

Bagi yang memiliki anak kecil, sudah pasti setiap hari anda sentiasa memikirkan menu hidangan mudah disediakan dengan rasa yang sedap seperti spagheti, makaroni, pasta ataupun kek. Si manja pastinya akan teruja untuk mencuba setiap hidangan kerana bahan yang digunakan berasaskan produk tenusu berkualiti tinggi!

Produk Anchor baharu- krim tenusu dan keju mozzarella gaya Eropah

Rangkaian produk Anchor sering menjadi pilihan utama bagi kebanyakan individu dan chef-chef pastri profesional di Malaysia. Menyedari akan hal ini, Anchor Food Professionals telah mengumumkan pelancaran dua produk baharunya iaitu krim tenusu gaya Eropah dan keju mozzarella.

Cabang perkhidmatan makanan yang terkenal di peringkat antarabangsa, Fonterra teruja membawa rangkaian produk Eropah ini sebagai pelengkap kepada bidang pemakanan di Malaysia seperti pembuat pastri, roti, kek tukang masak profesional dan tukang masak di rumah.

Memandangkan permintaan terhadap produk tenusu gaya Eropah meningkat di dalam negara ini, Anchor Food Professionals mengekalkan kedudukannya sebagai salah satu peneraju pasaran tenusu melalui penambahan dua lagi produk iaitu Anchor Classic Shredded Mozzarella Cheese dan Anchor Chef’s Classic Whipping Cream.

Seperti produk Anchor Food Professionals yang lain, inovasi baharu ini mematuhi piawaian keselamatan, kualiti dan bekalan makanan. Ia juga berusaha memenuhi setiap keperluan para suri rumah yang ingin menyediakan hidangan setanding tukang masak profesional.

Selain itu, Anchor Food Professionals turut menggantikan krim masakan UHT mereka dengan Anchor Culinary Cream dan Anchor Extra Yield Cooking Cream untuk gaya tenusu lebih ringan serta seimbang.

Kedua-duanya telah dicipta secara khusus, menjanjikan kualiti dan kesempurnaan yang disukai pelanggan dalam setiap hidangan kegemaran mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Produk Anchor menjanjikan kualiti yang terbaik buat pengguna

Menurut Pengarah Perkhidmatan Makanan Fonterra Brands Malaysia, Jack Tan mengatakan penciptaan menu makanan mengalami sedikit perubahan sejak wabak Covid-19 ini.

”Salah satu trend menarik yang kami perhatikan ialah kemunculan banyak perniagaan berasaskan makanan dan minuman. Pengguna juga tertarik dengan hidangan yang ringkas dan cepat.” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambahnya lagi, meskipun sepanjang tempoh wabak ini memberikan kesukaran kepada pengusaha makanan, pihaknya sentiasa berusaha mempertingkatkan bahan-bahan agar dapat menambah baik perisa, tekstur, persembahan dan kualiti setiap hidangan yang disediakan.

Sebagai pakar tenusu global yang menyediakan sumber produk tenusu terbaik, pihak Anchor percaya rangkaian gaya Eropah ini dapat memberikan pengalaman tenusu benar-benar unik untuk semua hidangan yang dihasilkan oleh ibu-ibu di rumah.

Sebagai contoh, anda dapat menggunakan Anchor Classic Shredded Mozzarella Cheese bagi menyediakan hidangan seperti bebola keju, pasta atau mac and cheese.

Dengan rasa yang berperisa dan kompleks, ia terbukti dapat menjadikan hidangan anda benar-benar lazat meskipun hanya menggunakan bahan yang begitu ringkas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rangkaian produk memperoleh maklum balas positif

Sekiranya anda berhasrat atau teringin membuat roti mahupun pastri, Anchor Chef’s Classic Whipping Cream menjanjikan kesempurnaan dalam setiap menu yang dihasilkan. Teskturnya yang ringan telah mendapat maklum balas positif dalam kalangan pengguna.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Para suri rumah juga tidak perlu ragu-ragu untuk mencuba dan mendapatkan rangkaian produk Anchor Food Professionals kerana ia memiliki sejarah dalam membekalkan bahan-bahan kepada lebih 10,000 restoran, kedai roti dan kafe yang ada di Malaysia.

Rangkaian krim dan keju mozarella Eropah jenama Anchor ini telah disediakan untuk pengendali makanan melalui rakan pengedar, manakala ibu-ibu juga boleh dapatkannya di rangkaian pasar raya utama dan kedai bahan bakeri yang berdekatan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman web rasmi Anchor Food Professionals di www.anchorfoodprofessionals.com atau ikuti laman sosial di www.facebook.com/AnchorFoodProfessionalsMY and www.instagram.com/anchorfp.my.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Rajin Sediakan Makanan Buat Keluarga, Air Tangan Ibu Janjikan Kebahagiaan Dunia & Akhirat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan