Serbuk Arang Putihkan Gigi Atau Buat Gigi Terhakis & Bengkak? Ini Kata Doktor

Sebelum pakai produk apapun, selidik dahulu kandungan bahan yang digunakan, jangan sampai merugikan diri sendiri!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekarang ramai yang terlalu taksub nak cantik hingga terlupa kesan yang akan berlaku jika anda menggunakan produk sembarangan. Misalnya produk pemutih gigi seperti serbuk arang. 

Sekarang ‘meriah’ di laman sosial memaparkan keberkesanan penggunaan arang sebagai salah satu cara putihkan gigi dan membersihkan mulut.

Rata-rata penjual mendakwa serbuk arang mampu memutihkan gigi, menghilangkan bau mulut, dan boleh buat gigi sentiasa segar dan bertindak sebagai detox mulut. 

Namun persoalannya, benarkan produk pemutih gigi ini benar-benar berkesan dan mampu memberi kesan positif pada kesihatan gigi dan mulut? 

Ini apa yang dikongsikan Dr. Yazeed Hair Johari di mana beberapa orang pesakit yang mengadu gigi bengkak dan rosak teruk selepas pakai produk pemutih gigi tersebut. 

Produk pemutih gigi – Serbuk arang melekat teruk pada gigi 

“Semalam ada satu kes serbuk melekat celah enam batang gigi dan gusi. Anggaran kos rawatan RM70 ke RM90 sebatang gigi dan bergantung pada kesukaran kes. Manakala ubat bius RM30 ke RM50. 

Semalam, pesakit tersebut terpaksa menanggung kos hampir RM800 untuk buang segala serbuk yang melekat. Itu belum lagi kos cuci, polish dan whitening. 

Sebab itu, sebelum nak pakai produk apa sekalipun pastikan kaji dahulu sebelum pakai. Kalau tak memang rugi sendiri. 

Selagi bahan itu selamat dibolehkan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia, Dr Ng Woan Tyng, penggunaan ubat gigi merupakan medium penting untuk gosok dan bersihkan gigi serta mulut. 

Malah, pengguna boleh guna apa saja yang dirasakan sesuai untuk menggosok gigi, tapi ia perlulah mengikut cara yang betul dan waktu yang bersesuaian. Selain itu, pastikan bahan yang digunakan dalam produk tersebut selamat dan tidak berbahaya.

Jika produk pemutih gigi serbuk arang itu mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ia selamat dan boleh digunakan. 

Namun, keberkesanan untuk memutihkan gigi harus diteliti terlebih dahulu jika tak mahu sebarang risiko terjadi. 

Produk pemutih gigi arang hanya membersihkan permukaan gigi 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam pada masa yang sama, Dr Irma yang bertugas di Klinik Pergigian Irma Ariandi menerusi Utusan Malaysia menyatakan bahan arang hanya membersihkan permukaan gigi dan bantu membuang kesan warna pada gigi.

Ia tidak sama dengan  power teeth whitening dan cosmetic teeth whitening yang digunakan oleh doktor gigi untuk merawat pesakit. 

Jelasnya lagi, pengguna disarankan berhati-hati dan tidak menggunakan serbuk arang terlalu kerap bagi mengelak sebarang risiko dan kemungkinan. 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Yazeed Hair Johari, Rojak Daily

Baca juga:

Bila Dan Bagaimana Cara Terbaik Untuk Memberus Gigi Bayi Anda?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan