X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

5 kesan buruk produk pemutih kulit - anda perlu HENTIKAN SEGERA trend gila ini!

3 min bacaan
5 kesan buruk produk pemutih kulit - anda perlu HENTIKAN SEGERA trend gila ini!

Trend kecantikan di Malaysia semakin menjadi-jadi, malah orang berlumba-lumba untuk menjadi putih. Namun mereka tidak sedar ada bahana dan kesan buruk bleaching kulit.

Trend kecantikan makin menjadi-jadi di Malaysia. Lebih-lebih lagi jumlah wanita yang obses untuk menjadi putih. Mereka dipengaruhi dengan pemaparan gambar artis-artis yang kulit semakin cerah hingga mereka berlumba-lumba untuk membeli produk-produk yang dikatakan boleh mencerahkan kulit dalam masa yang singkat. Namun mereka tidak fikir langsung akan kesan buruk bleaching kulit ini.

Trend kecantikan “salin kulit” untuk putih

Tular di sosial media sebelum ini tentang produk kecantikan yang boleh memutihkan kulit dengan melakukan proses bersalin kulit. Ngeri bila tengok gambar orang-orang yang memakai produk ini menarik kulit menggelupas untuk mendapat kulit yang baru tapi tidak endahkan kesan buruk bleaching kulit.

Baca juga: 11 Rahsia Kecantikan Yang Pakar Dan Industri Kecantikan Tidak Mahu Anda Tahu

Dr. Amalina Bakri, bekas pelajar cemerlang Malaysia yang kini aktif di sosial media memberikan maklumat tentang kesihatan juga turut memberikan komen tentang isu ini.

Dia menyeru agar orang berhenti dengan obsesi terhadap produk pemutihan kulit dan mengatakan orang yang tinggal di negara panas memerlukan kulit yang lebih gelap untuk menghalang dari kanser kulit.

trend kecantikan, putihkan kulit, cerahkan kulit, kesan sampingan putihkan kulit, kesan buruk produk pemutihan, kanser kulit, breakout

Dr. Amalina juga berkata yang setiap orang mempunyai kecantikan yang tersendiri walau apapun warna kulit mereka dan kita perlulah bangga dengan diri sendiri kerana ‘mat salleh’ sendiri inginkan tona kulit seperti orang Asia.

Bukan itu saja, sebenarnya, ada banyak kesan buruk yang anda boleh hadapi dengan trend kecantikan untuk memutihkan kulit ini. 

Lebih-lebih lagi dengan lambakan produk-produk murah di pasaran kini yang kebanyakkannya membeli krim timbang kilo yang ternyata bahaya untuk kulit anda.

Ini antara 5 kesan buruknya:

5 kesan buruk bleaching kulit yang perlu anda tahu:

kesan buruk bleaching kulit

1. Kanser kulit

Krim putihkan kulit selalunya mengandungi dua kimia utama iaitu; hydroquinone atau merkuri. Tapi kebanyakan krim yang dijual di pasaran mengandungi koktail berbahaya seperti steroid dan tretinoin, di samping hydroquinone.

Sebatian ini mempunyai sifat karsinogenik dan penggunaan jangka panjang boleh menyebabkan penyakit maut seperti kanser kulit dan kerosakan hati.

2. Hiperpigmentasi

Menggunakan hydroquinone pada dos melebihi 2% untuk jangka masa lebih dari tiga bulan boleh menyebabkan kulit menjadi gelap secara kekal dan memerlukan rawatan lanjut.

Penggunaan produk pemutihan secara berlebihan boleh menyebabkan hyperpigmentation di bahagian jari, ibu kaki, telinga dan tempat lain menjadikan kulit menjadi lebih gelap dan warna kulit tidak sekata.

3. Menipiskan kulit

Penggunaan produk pemutihan berulang kali boleh menipiskan kulit. Keadaan ini dikategorikan sebagai lebam yang teruk, kapilari dan urat boleh dilihat dekat dengan kulit, tanda regangan dan masalah kulit serius yang lain.

4. Iritasi kulit

5 kesan buruk produk pemutih kulit - anda perlu HENTIKAN SEGERA trend gila ini!

Kredit: iStock

Hidroquinone berfungsi dengan menghalang reaksi enzim yang menyebabkan pengeluaran pigmen gelap (melanin).

Malangnya, hydroquinone adalah bahan yang cukup kuat dan menyebabkan iritasi kulit seperti kulit kemerahan, mengelupas, ruam, kekeringan dan pembakaran.

5. Keracunan Merkuri

Satu dari risiko berbahaya pada penggunaan pemutihan kulit secara berterusan dan tidak dikawal ialah keracunan merkuri. Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), keracunan merkuri boleh menyebabkan:

  • Kerosakan buah pinggang
  • Ruam kulit
  • Parut dan perubahan warna kulit
  • Pengurangan ketahanan kulit untuk melawan jangkitan bakteria dan kulat
  • Kebimbangan, kemurungan atau psikosis dan neuropati periferal (kerosakan saraf periferal)
  • Sindrom Nefrotik (keadaan kadar protein yang tinggi dalam air kencing)

Penggunaan berterusan terhadap produk-produk murah lambakan pasaran hanya akan membuatkan anda susah dari mendapat keputusan yang anda harapkan.

Jika anda baru hendak menggunakan produk pemutihan kulit, harapnya artikel ini dapat membuatkan anda lebih berhati-hati sebelum menggunakan apa-apa produk.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Stories Rakan Kongsi
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • 5 kesan buruk produk pemutih kulit - anda perlu HENTIKAN SEGERA trend gila ini!
Kongsikan:
  • Jangan Terpedaya Dengan Rayuan Anak! Kafein Dalam Kopi & Soda Bahaya Untuk Kanak-Kanak Ya

    Jangan Terpedaya Dengan Rayuan Anak! Kafein Dalam Kopi & Soda Bahaya Untuk Kanak-Kanak Ya

  • 10 Sikap Ibu Bapa Yang Beri Kesan Buruk Pada Anak-Anak

    10 Sikap Ibu Bapa Yang Beri Kesan Buruk Pada Anak-Anak

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Jangan Terpedaya Dengan Rayuan Anak! Kafein Dalam Kopi & Soda Bahaya Untuk Kanak-Kanak Ya

    Jangan Terpedaya Dengan Rayuan Anak! Kafein Dalam Kopi & Soda Bahaya Untuk Kanak-Kanak Ya

  • 10 Sikap Ibu Bapa Yang Beri Kesan Buruk Pada Anak-Anak

    10 Sikap Ibu Bapa Yang Beri Kesan Buruk Pada Anak-Anak

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.