Kenali Progeria, Penyakit Yang Buat Kanak-Kanak Nampak Lebih Tua Dari Usia!

Sebahagian besar kanak-kanak yang mengalami penyakit cepat tua ini biasanya tidak hidup melebihi usia 13 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sindrom Progeria Hutchinson-Gilford (HGPS) atau dikenali dengan kelainan progeria adalah keadaan genetik yang menyebabkan tubuh kanak-kanak mengalami proses penuaan lebih cepat.

Sebahagian besar kanak-kanak yang mengalami penyakit cepat tua ini  biasanya tidak hidup melebihi usia 13 tahun.

Progeria, Kanak-Kanak Cepat Tua Berbanding Usia!

Menurut Web MD, progeria adalah penyakit yang tidak mengenal jantina dan keturunan. Penyakit ini terjadi kepada 1 daripada 4 juta kelahiran di seluruh dunia, ternyata sesuatu yang sangat jarang berlaku.

Perbezaan pada genetik kanak-kanak menyebabkan protein abnormal (progerin) dalam tubuh menjadi abnormal di mana ketika tubuh kanak-kanak menggunakan protein ini, ia akan lebih mudah terlerai. 

Progerin ini akan menumpuk pada sel tubuh anak dengan progeria, yang menyebabkan mereka menjadi cepat tua. Progeria juga tidak diwariskan, atau diturunkan dalam keluarga.

Apakah Tanda-Tanda Progeria?

Sebahagian besar kanak-kanak dengan progeria kelihatan sihat ketika lahir, tetapi mereka mulai menunjukkan tanda-tanda kelainan pada tahun pertama kehidupan mereka.

Bayi yang dilahirkan dengan progeria tidak membesar atau bertambah berat secara normal. Perkembangan fizikal mereka adalah dengan kelainan seperti:

  • Kepala yang lebih besar
  • Mata besar
  • Rahang bawah kecil
  • Hidung tipis dan runcing
  • Telinga yang menonjol
  • Pertumbuhan gigi lambat dan tidak normal
  • Suara bernada tinggi
  • Kehilangan lemak dan otot tubuh
  • Rambut luruh, termasuk bulu mata dan alis.

Semakin usia bertambah, mereka akan menderita penyakit yang biasanya dialami oleh orang berusia 50 dan lebih tua, termasuk kerapuhan tulang, pengerasan pembuluh darah, dan penyakit jantung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak yang menghidap progeria biasanya mati akibat serangan jantung atau stroke.

Walau bagaimanapun, progeria tidak mempengaruhi kecerdasan atau perkembangan otak anak. Seorang kanak-kanak dengan keadaan ini juga memiliki kekebalan tubuh yang cukup baik.

Penyakit Cepat Tua, Bagaimana Cara Mengubatinya?

Sehingga kini, tiada rawatan untuk pesakit progeria, namun para saintis sedang berusaha menemukan penyembuhan.

Walau bagaimanapun, dengan rawatan yang tepat, keadaan ini boleh diringankan atau boleh menunda beberapa gejala penyakit. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ubat

Doktor mungkin akan memberikan ubat untuk menurunkan kolesterol atau mencegah pembekuan darah. Pengambilan dos aspirin rendah setiap hari dapat membantu mencegah serangan jantung dan strok, dan hormon tumbesaran juga diperlukan untuk membantu meningkatkan ketinggian dan berat badan.

  • Fisioterapi

Fisioterapi dapat membantu kanak-kanak mudah bergerak ketika mereka memiliki sendi yang kaku atau masalah pinggul.

  • Pembedahan

Sesetengah kanak-kanak mungkin perlu menjalani operasi bypass koroner atau angioplasti untuk menangguhkan perkembangan penyakit jantung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Rawatan di rumah

Kanak-kanak dengan progeria lebih cenderung mengalami dehidrasi, maka mereka perlu minum banyak air, terutama ketika mereka sakit atau panas. Makan dalam kuantiti kecil dan kerap dapat membantu memenuhi keperluan nutrien mereka. 

***

Semoga penyakit ini menemui jalan penyelesaiannya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak saya batuk dan tidak boleh tidur. Apa saya boleh buat?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Nia Lara Sari dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga: 

https://my.theasianparent.commuka-orang-tua

Penulis

Beto Rahman