TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

BMW Group Malaysia & Safe ‘n Sound Membuka Pendaftaran Bagi Program Subsidi NEXTStep

3 min bacaan
BMW Group Malaysia & Safe ‘n Sound Membuka Pendaftaran Bagi Program Subsidi NEXTStep

Menerusi inisiatif yang terkini oleh pengeluar kenderaan premium bagi menaungi kepentingan keselamatan kanak-kanak dalam kereta, program subsidi baharu ini bakal menawarkan akses ke atas kerusi kereta kanak-kanak dengan subsidi penuh buat golongan yang memerlukan.

BMW Group Malaysia hari ini telah mengumumkan Program Subsidi NEXTStep menerusi kolaborasi dengan rakan kongsi jangka panjangnya, Safe ‘n Sound untuk menyediakan kerusi kereta kanak-kanak bersubsidi penuh buat para ibu bapa dalam kategori pendapatan B40.

Program Subsidi NEXTStep oleh BMW Group Malaysia dan Safe ‘n Sound telah diperkenalkan atas sebahagian daripada inisiatif BMW Safety 360°, berlatarkan kejayaan satu lagi program subsidi yang menyaksikan 300 buah kerusi kereta kanak-kanak bersubsidi diserahkan kepada ibu bapa di seluruh Malaysia sejak penghujung tahun 2019.

Program subsidi terbaharu ini akan membekalkan para ibu bapa kerusi kereta kanak-kanak dengan had berat sehingga 36 kg menerusi sumbangan yang dibuat sebelum ini oleh BMW Group Financial Services Malaysia.

Program Subsidi NEXTStep

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia turut mengambil peluang untuk berkongsi, “Sejak lebih daripada lapan tahun, inisiatif BMW Safety 360° telah memberi tumpuan untuk meningkatkan kesedaran serta mendorong para keluarga untuk mengambil tindakan agar amalan keselamatan kereta yang lebih bertanggungjawab menjadi kebiasaan di Malaysia.

Meskipun kami telah memberi penekanan yang tinggi ke atas kerusi kereta kanak-kanak sejak mutakhir ini menerusi pelbagai program dan usaha sama kami, kami sedar bahawa isu penerimagunaan yang rendah harus diatasi dengan melangkaui pendekatan yang bersifat verbal semata-mata ataupun menerusi pemberian subsidi separa, khususnya buat komuniti yang memerlukan pada saat ini.

Dengan Program Subsidi NEXTStep, kami berhasrat untuk terus menjadikan kerusi kereta kanak-kanak ini lebih mudah untuk diakses buat para ibu bapa yang memerlukan.”

Program Subsidi NEXTStep oleh BMW Group Malaysia dan Safe ‘n Sound disediakan khas untuk keluarga yang bakal menimang cahaya mata atau dengan anak berkeberatan sehingga 36 kg, dan dengan pendapatan isi rumah bulanan bawah RM 3,500.

Program Subsidi NEXTStep

Ibu bapa boleh mendaftar untuk mendapatkan kerusi kereta kanak-kanak tersebut di lama web Safe ‘n Sound mulai hari ini hingga 22 Mei 2022.

Ibu bapa yang layak akan dimaklumkan oleh Safe ‘n Sound melalui WhatsApp, Ibu bapa yang terpilih di luar kawasan Lembah Klang akan dimaklumkan mengenai status penghantaran kerusi tersebut, manakala ibu bapa di dalam kawasan Lembah Klang akan diberi makluman tarikh, waktu dan lokasi untuk mengambil kerusi kereta kanak-kanak mereka.

BMW Group Malaysia dan Safe ‘n Sound akan memberi subsidi penuh bagi kerusi-kerusi berikut, termasuk caj penghantaran kepada penerima di luar Lembah Klang. Kerusi yang bersesuaian akan dipilih untuk penerima mengikut berat dan tinggi anak-anak mereka, serta spesifikasi kenderaan masing-masing.

 

Penggunaan Produk

Harga Runcit

snskidz Ace

Dari berat kelahiran sehingga 13 kg

RM 199

Kerusi snskidz Whizz ISOFIX

Dari berat kelahiran sehingga 18 kg

RM 499

Kerusi snskidz Sport

Dari berat kelahiran sehingga 18 kg

RM 279

Kerusi snskidz Proto (dengan pilihan adanya ISOFIX)

Antara 13 kg hingga 36 kg

RM 399

Kerusi Booster Mifold

Antara 15 kg hingga 36 kg

RM 199

Stories Rakan Kongsi
Boost Your Child’s Immunity So You Don’t Have to Worry About Them Playing Outside in the Rain
Boost Your Child’s Immunity So You Don’t Have to Worry About Them Playing Outside in the Rain
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Prebiotics, an answer to your child’s constipation woes!
Prebiotics, an answer to your child’s constipation woes!
Every Parent’s Worst Nightmare:  When Children Fall Really Ill And We Can’t Do Much
Every Parent’s Worst Nightmare: When Children Fall Really Ill And We Can’t Do Much

“Berlatarkan sambutan Hari Raya tahun ini, kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat para penganut. Bagi mereka yang sedang pulang ke bandar dari kampung halaman bersama anak-anak, kami ingin menggesa ibu bapa untuk mengutamakan keselamatan anak-anak mereka dengan memastikan kerusi kereta kanak-kanak yang betul digunakan semasa perjalanan,” simpul de Visser.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Siaran Media
  • /
  • BMW Group Malaysia & Safe ‘n Sound Membuka Pendaftaran Bagi Program Subsidi NEXTStep
Kongsikan:
  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham