Projek Seni Kanak-Kanak: Lukisan Tanpa Kotoran

lead image

Belajar sambil bermain

Sebagai seorang ibu yang berkerja dari rumah, saya terpaksa mencari pelbagai jenis projek dan projek seni untuk menghiburkan anak saya yang kecil.

Jika anda juga seorang ibu yang bekerja dari rumah sendiri, anda pasti sudah tahu benar, cabaran menjaga anak sambil bekerja. Apabila saya terjumpa projek seni kanak-kanak ini yang menjaminkan ia tidak akan menyebabkan kekotoran, saya terus tertarik!

Perkataan MESS-FREE ini bagaikan perkataan ajaib untuk semua ibu. Mana satu Ibu yang nak kekotoran lebih di rumah? Ni nak kemaskan rumah pun dah payah.

Cat DIY yang selamat

Kalau tak nak membazir duit untuk membeli cat selamat untuk kanak-kanak dari ToysRus dan Spotlight, anda boleh membuat cat sendiri dengan menggunakan bahan-bahan makanan yang sudah sedia ada di rumah. Pastikan anda tidak menggunakan apa-apa yang akan menyebabkan alahan.

  • Resipi ini menggunakan gula, garam, tepung jagung, air dan perwarna makanan Projek Seni Kanak Kanak: Lukisan Tanpa Kotoran.
  • Ini pula resipi yang menggunakan tepung serbaguna, minyak masak dan perwarna makanan.
  • Hanya ada tepung jagung dan perwarna makanan sahaja? No, problem. Pakai je resipi ini.
  • Tak sangka Martha Stewart pun ada resipi untuk cat DIY selamat untuk kanak - kanak.

Bahan-bahan yang diperlukan

  1. Beg Ziplock double seal besar(saiz L) yang jelas dan tanpa corak double seal ziplock bags
  2. Cat mudah dibasuh atau Cat DIY yang selamat untuk kanak-kanak.

Langkah-langkah

toddleractivities Projek Seni Kanak Kanak: Lukisan Tanpa Kotoran

 

  1. Jika meja anda tidak berwarna putih, lekatkan kertas putih atas meja seperti di atas supaya anak boleh melihat warna cat yang digunakan dengan jelas.
  2. Letakkan beg ziplock itu secara mendatar dan masukkan sedikit cat warna ke dalamnya.
  3. Tekan dan keluarkan udara yang terperangkap dalam beg ziplock tadi. Zipkan dengan ketat dan periksa yang ia telah dizip dengan betul.
  4. Lekatkan dengan pita lekat pada semua penjuru seluruh beg Ziplock atas kertas putih tadi. Anda juga lekatkan pita lekat atas zip pada beg itu untuk perlindungan tambahan.
Projek in mudah disediakan dan jika anda hanya menggunakan satu warna, beg ziplock itu boleh kupaskan. Lipatkan pita pelekat yang ada padanya dan simpankan untuk digunakan semula pada lain masa. 

Belajar sambil bemain

Anda boleh mengajar anak kecil tentang warna dengan menggunakan projek ini. Terutamanya, jika mereka sudah pandai mengenali dan tahu nama warna-warna yang ditunjukkan. Anda boleh minta mereka kira bilangan warna yang ada dalam beg dan tunjukkan warna tersebut apabila ia di namakan.

IMG 6737 Projek Seni Kanak Kanak: Lukisan Tanpa Kotoran

Galakkan mereka untuk melukis garisan, cetak tangan dan apa saja lukisan yang mereka suka. Lukisan mereka boleh dipadam apabila cat itu diratakan dengan menggunakan tangan secara perlahan-lahan. Best kan? Kalau tak bocor, tak kotor pun.

IMG 6738 Projek Seni Kanak Kanak: Lukisan Tanpa Kotoran

Ajar mereka tentang warna asas dan akibatnya apabila dua warna asas dicampurkan:

IMG 6739 Projek Seni Kanak Kanak: Lukisan Tanpa Kotoran

Selamat mencuba!