Sebelum ini anda mungkin biasa dengan ungkapan bahawa anak akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku ibu ayah mereka. Sebab itulah anda perlu memastikan proses belajar mereka berjalan dengan baik supaya cemerlang dunia serta akhirat.
Meskipun begitu, bukan anak sahaja yang mempelajari sesuatu dari orang tuanya. Hal ini kerana proses membesarkan anak turut mendedahkan anda kepada pelbagai pengalaman dan ilmu yang baharu.
Proses belajar ibu bapa melalui tingkah laku dan kerenah anak-anak
Sedar ataupun tidak, sebenarnya ada banyak perkara yang boleh anda tiru atau belajar dari rutin harian anak-anak di rumah. Menurut perkongsian Young Parents, antara beberapa aspek boleh para ibu bapa belajar tanpa masuk kelas ialah:
#1. Daya kreativiti
credit to sources
Jika anda perasan, anak-anak yang sedang membesar tidak takut untuk menonjolkan bakat mereka dengan melukis di atas kertas, membuat sesuatu menggunakan pasir atau kepingan kad.
Si manja turut memiliki semangat yang tinggi untuk mencuba pelbagai perkara di sekelilingnya. Justeru, ibu ayah juga perlu mempunyai semangat sama dengan anak untuk selalu mengasah daya kreativiti dan berfikir di luar kotak.
#2. Kemampuan anak mengatasi sebarang masalah
Percaya mahupun tidak, anak yang masih kecil mungkin menghadapi pelbagai ujian kecil dalam hidup sepanjang hari tanpa mereka mengeluh atau berputus asa. Bermula dengan bangun sendiri ketika terjatuh, mengasah batang pensil yang patah atau tidak menyerah diri ketika kalah bersama rakan sebaya mereka.
Realitinya, menjadi ibu ayah memerlukan anda berdepan masalah lebih berat sehingga tertekan. Justeru cubalah menarik dan hembus nafas, lebih bertenang dalam menyelesaikan setiap liku kehidupan.
#3. Cara untuk ketawa
Tidak perlu banyak waktu untuk membuatkan anak-anak ceria dan ketawa terbahak-bahak. Cukuplah hanya sekadar gurauan sederhana dalam beberapa minit. Hal yang boleh anda pelajari adalah sesulit manapun perjalanan hidup, sentiasalah mengembirakan diri sendiri dalam keadaan yang sudah ditakdirkan.
#4. Belajar menggunakan pelbagai teknologi
credit to sources
Tidak dinafikan bahawa teknologi sekarang ini semakin maju sehingga membuatkan anak kecil lebih mudah beradaptasi ketika proses belajar berbanding dengan ibu ayah mereka. Sekiranya anda tidak mahir, jangan ragu-ragu untuk bertanya pada si manja kerana mereka mampu memberikan jawapan tepat!
#5. Cara untuk bahagia
Tidak seperti orang dewasa, anak kecil pada umumnya memiliki cara sederhana dalam mencapai kebahagiaan. Tidak perlu memberikan mereka dengan hadiah mahal atau hal yang rumit bagi memastikannya berasa selesa.
Anak-anak sebenarnya cukup bahagia dengan cara mudah. Si kecil mungkin hanya memerlukan kehadiran anda sahaja untuk menemaninya bermain.
Belajarlah untuk sentiasa bersyukur dan menghargai setiap momen ketika bersama dengan keluarga di rumah. Elak sibukkan diri dengan tugasan pejabat atau melayari telefon pintar kerana bila-bila masa sahaja orang tersayang akan ‘pergi’.
#6. Cara berkawan
Anak-anak biasanya mempunyai hubungan sosial yang baru dengan mudah dan berasa selesa ketika bermain bersama dengan rakan-rakan lain. Biasanya si kecil akan mencari persamaan minat atau jenis permainan mereka.
Ia agak berbeza dengan orang dewasa yang sering kali mengalami kesulitan mencari teman baru kerana terlalu membiarkan pengalaman negatif sebelum ini mempengaruhi anda.
#7. Aktiviti olahraga yang lebih sihat
credit to sources
Kanak-kanak yang semakin membesar akan lebih aktif bergerak sepanjang hari. Bermula dengan bermain dengan haiwan peliharaan di rumah sehinggalah aktiviti melibatkan keupayaan fizikal.
Pendek kata, mereka tidak pernah mengenali erti penat. Justeru ibu ayah patut meniru anak yang selalu mempunyai semangat untuk kekal aktif sepanjang masa. Olahraga atau aktiviti fizikal tentu sekali dapat memastikan tubuh badan anda sentiasa sihat dan cerdas.
#8. Peduli tentang orang lain
Pada dasarnya si manja memiliki naluri untuk membantu orang lain dan mengambil berat terhadap orang tersayang. Misalnya, dia akan bercerita pada anda tentang rakannya dari keluarga susah atau rasa kasihan melihat kucing terbiar. Sikap sedia menghulurkan bantuan ini perlu dipupuk sehinggalah mereka meningkat dewasa.
#9. Bersederhana dalam mengurus masalah
Orang dewasa kerap kali gemar meletakkan fokus sepenuhnya terhadap masalah sehingga ia menjadi rumit. Kesannya, ibu ayah mungkin kebingungan untuk menyelesaikannya dengan baik.
Ketika anda berdepan ujian hidup, ada baiknya untuk meluangkan masa sebaiknya dengan mencari penyelesaian terbaik bagi mengelakkan konflik yang berpanjangan.
Cuba lihat anak kecil, ketika mereka mempunyai masalah dengan kawan ketika bermain, kebiasaannya tidak akan lama. Keesokan hari anda akan mendapati dia sudah berbaik dan bermain bersama semula.
Sumber: Kumparan
Kredit foto: Google & Shaznur Edutoys
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comcara-meningkatkan-keyakinan-diri
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!