Ini Yang Patut Anda Buat Kalau Anak Alah Dengan Makanan Daripada Sumber Protein

Sumber protein untuk anak boleh didapati daripada pelbagai jenis makanan justeru ibu ayah perlu bijak dalam memilik susu berdasarkan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Protein untuk anak adalah sangat penting untuk perkembangan mereka. Namun makanan dari sumber protein ini kadang kala akan menyebabkan alahan kepada anak.

Biasanya makanan daripada sumber protein in akan menyebabkan alahan kepada anak terutama bagi anak-anak yang memiliki kulit sensitif.

Namun, untuk anak membesar dengan sihat, protein adalah antara sumber penting yang perlu anda berikan kepadanya dan ia boleh datang daripada pelbagai sumber.

Protein untuk anak penting pastikan tumbesaran sihat & sempurna

Memastikan anak-anak anda makan makanan seimbang adalah bahagian penting dalam perkembangan pertumbuhan mereka. Satu bahagian penting dari itu adalah protein dan anda mungkin tertanya-tanya jika pemakan pemakan anda mendapat cukup protein.

Keperluan protein bergantung kepada umur dan berat badan kanak-kanak.

Perlu diingat bahawa hanya kira-kira 10 peratus hingga 20 peratus kalori anda sepatutnya berasal dari protein, dan selebihnya berasal dari karbohidrat dan lemak.

Ia juga baik untuk mempertimbangkan makanan kaya kalsium dan makanan yang kaya dengan zat besi , yang boleh menyumbang kepada diet yang sihat secara keseluruhan untuk anak-anak anda.

Bagaimana kalau anak alah dengan makanan daripada sumber protein?

Menurut dietitian Fizah Sobri, pasti ada ibu ayah yang pelik bila beri anak makan sumber protein pada sesetengah usia dia ada alahan namun pada usia yang lain dia baik-baik saja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contohnya, bila diperkenalkan bayi 6 bulan dengan ayam ada naik ruam merah, namun apabila dicuba kembali ketika usianya 8 bulan tiada pula rumah.

Pelik bukan? Tetapi hakikatnya ketika usianya enam bulan bayi masih belum dapat sesuakan diri. Badan bayi anda akan mengambil masa untuk menyesuakan dirinya dengan makanan lain selain daripada susu. 

Jadi langusng tidak pelik jika dia menunjukkan reaksi alahan kepada makanan pada sesetengah usianya. Ini kerana mereka sedang sesuaikan diri dengan makanan kategori lain selain susu terutama daripada sumber protein.

Makanan sumber protein memang boleh trigger alahan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit foto: shutterstock

Katanya, makanan daripada sumber protein pula mengandungi allergens yang boleh trigger allergy. Kebolehan badan bayi untuk hadam protein berkenaan dan kadar penyerapan bahan asas protein (asid amino) akan menentukan sama ada ada tindak balas alergi atau sebaliknya, 

Dan tahukah anda, semakin tinggi kualiti protein itu, atau lebih banyak bahan asas semakin tinggi kemungkinan untuk anak anda dapat alergi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan itu sangat disarankan itu mulakan dengan kadar yang sedikit dengan kekerapan yang sedikit. Selepas anak serasi dengan satu-satu jenis protein, boleh cuba sumber protein yang lain pula. 

Kenalkan protein ikut usia

Mula kenalkan protein mengikut langkah saranan usia, kalau boleh lepas lebih awal boleh cuba seterusnya, jika tidak berjaya perlu postpone atau tangguhkan lagi pengenalan kepada sumber protein yang berkenaan.  

Pelbagai makanan selain daging merah adalah protein yang tinggi, yang bermaksud bahawa anak-anak anda mungkin mendapat lebih banyak protein dalam diet mereka daripada yang anda fikirkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini antara umur yang sesuai untuk anda perkenalkan anak dengan sumber protein yang sangat penting untuk tumbesaran yang sempurna

  1. Ayam (usia 6-7 bulan)
  2. Ikan (7-8 bulan)
  3. Telur kuning (8-9 bulan)
  4. Sumber susu dan tenusu (keju, yogurt) (9-10bulan)
  5. Sebiji telur (10-11bulan)
  6. Seafood : udang, ketam etc (11-12bulan)
  7. Kkekacang (setahun ke atas)

Jika anak ada alergi, tunggu sekurang-kurangnya dua minggu baru cuba  semula

Sekiranya anak akan menunjukkan simptom alergi, seperti ruam merah, gatal-gatal bengkak dan sebagainya berhenti beri makanan tersebut kepadanya. Beri rehat sekurang-kurangnya dua minggu dan selepas itu boleh perkenalkan semula.

Protein ini sememangnya agak tricky tetapi amat diperlukan untuk bayi membesar dengan baik dan sihat. 

FB Fizah Sobri

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ini Menyesal Tak Sudah Sering Beri Anak Makan Processed Food, Ikuti Perkongsiannya...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Rupanya Kelakuan Anak Tak Behave, Sebab Tiru KITA Tak Behave! 3 Perkara Parents Perlu Rajin Buat

Baca juga: Apa Yang Berlaku Jika Anda Alami Koyakan Tahap 4 Masa Bersalin?

Penulis

Lala Annuar