TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Rupanya Kelakuan Anak Tak Behave, Sebab Tiru KITA Tak Behave! 3 Perkara Parents Perlu Rajin Buat

4 min bacaan
Rupanya Kelakuan Anak Tak Behave, Sebab Tiru KITA Tak Behave! 3 Perkara Parents Perlu Rajin Buat

Kita selalu rasa nak marah dengan kelakuan anak yang menguji kesabaran. Namun sedar atau tidak ia sebenarnya cerminan layanan kita padanya.

Bapa borek anak rintik. Ini peribahasa yang mungkin sesuai dikaitkan apabila berkait soal kelakuan anak tak behave. Sebenarnya menurut pakar, anak tak behave, sebenarnya sebab dia tiru kita tak behave.

Nak tahu kenapa dan apa sebabnya? Contoh paling mudah, anak panggil kita ayah atau ibu berulang kali, kita pula ralit dengan handphone, dua tiga kali anak panggil masih tak toleh, kita hanya toleh selepas anak jerit. Betulkan?

Pasti selalu berlaku situasi ini di rumah. Itu antara perangai tidak behave kita yang mungkin kita sendiri tak sedar tapi bawa kesan kepada kelakuan anak.

Kelakuan anak adalah cerminan layanan kita padanya

Kelakuan anak

Menurut terapis, Aisyah Rozalli, anak-anak ini ibarat span. Mereka sangat mudah menyerap apa yang mereka lihat dan pelajari setiap hari. 

Contoh situasi:

“Kenapa anak kita suka panggil kita terjerit-jerit?”
“Kadang cakap dengan adik sendiri pun terjerit-jerit. Sekampung boleh dengar.”
Huish.
Ini sebenarnya soalan yang ramai parents tanya saya tau.
Tahu tak sebab apa?
Sebabnya. Kita sendiri yang ajar begitu.
Masa anak kita panggil kita elok-elok, kita ralit dengan handphone, ralit memasak, ralit membawang (eh!).
Tapi, bila anak tu dah menjerit, baru kita menyahut. Tu pun kita menyahut dengan jeritan.
Maka, anak akan belajar yang kalau dia nak orang dengar dia, dia kena JERIT!

Biasa alami situasi ini? Masih belum terlambat untuk kita ubah dan buat sesuatu sebelum keadaan menjadi lebih teruk lagi. 

Anak adalah insan peniru yang sangat hebat

Kelakuan anak

Anak adalah insan peniru yang sangat hebat terutama dengan orang yang dia lihat setiap hari dan berulang kali disajikan benda yang sama.

Sebab itu sebagai ibu ayah, ada perkara yang perlu kita buat supaya anak dapat meniru perkara yang baik-baik daripada kita sekaligus membentuk diri mereka dengan cara yang baik.

3 perkara parents kena rajin buat

Kelakuan anak

Ada tiga perkara yang kita sebagai ibu ayah perlu rajin buat jika mahu anak meniru sesuatu yang baik menurut terapis ini. 

1. Baca buku tentang perkembangan kanak-kanak, supaya kita faham betul-betul kenapa anak kita buat satu-satu tingkah laku.
2. Belajar cara untuk uruskan emosi anak supaya emosi kita juga terjaga.
3. Rajin buat muhasabah. Dengan ilmu yang kita pelajari dari bacaan dan kelas-kelas parenting akan buat kita tahu iaitu observe punca anak buat satu-satu tingkah laku itu, analyze betul ke tidak respon kita pada tingkah laku anak kita itu dan rancang apa tindakan yang patut kita lakukan untuk bantu adjust tingkah laku anak kita.

Jika ibu ayah usaha untuk buat tiga perkara ini pasti ia akan membantu anda mendidik anak dengan lebih baik dan membentuk anak yang mempunyai jati diri serta kelakuan yang baik. 

Pastikan anda kenali perilaku anak

#1. Perkembangan kanak-kanak

Semua tingkah laku anak adalah bersesuaian dengan usia dan perkembangannya. Kita tidak boleh mengharapkan anak kecil bersopan santun seperti orang dewasa kerana dia belum boleh berfikir seperti orang dewasa, apatah lagi jika kita tidak membimbingnya dengan adab yang sepatutnya.

Kita juga tidak boleh mengharapkan anak A menjadi seperti anak B kerana mungkin perkembangan sosial dan emosi anak A tidak setara dengan anak B. Dia masih perlu dibimbing.

#2. Pembawaan kanak-kanak

Setiap seorang dilahirkan dengan sifat semula jadi atau pembawaan yang berbeza-beza. Ada yang mudah diuruskan, tidak cerewet. Ada yang lebih aktif dan perlukan lebih pemahaman dan pemantauan, ada pula pendiam dan pemalu yang memerlukan lebih galakan.

Sebagai ibu bapa kita perlu mengetahui kategori pembawaan anak supaya kita boleh memilih kaedah pengurusan yang bersesuaian untuk mereka.

Kita tidak boleh menggunakan satu kaedah saja untuk mendidik pembawaan yang berbeza-beza. Oleh itu kenalilah anak anda. Luangkan masa bersama-sama anak untuk lebih mengenali dan memahami perwatakannya.

Harian Metro, FB Aisyah Rozalli

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Elak Jadi Ibu Ayah Toksik, Ini Cara Mendidik Anak Umur 7 Tahun Menurut Ajaran Islam

Baca juga: 5 Cara Amat Berkesan Tenangkan Anak Yang Sedang Meltdown

Baca juga:Anak 6-10 Tahun Tiba-Tiba Ada Tabiat Kenyit Mata Berulang Kali, Buat Bunyi Pelik…Dia Mungkin Alami Gangguan Tics

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Rupanya Kelakuan Anak Tak Behave, Sebab Tiru KITA Tak Behave! 3 Perkara Parents Perlu Rajin Buat
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham