6 Tips Puasa Ibu Mengandung Dari Pakar, Supaya Anda Kekal Bertenaga & Sihat Sepanjang Hari!

Ramai ibu mengandung yang ingin berpuasa tetapi ada yang risau tak larat. Kali ini kami kongsikan tips puasa ibu mengandung supaya anda kekal bertenaga!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak lama lagi umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Bagi ibu hamil terutama yang pertama kali berbadan dua pasti tertanya-tanya bagaimana untuk kekal bertenaga jika berpuasa. Jadi kami kongsikan 7 tips puasa ibu mengandung yang boleh diamalkan.

Bukan semua ibu mengandung mampu berpuasa, tetapi bagi yang boleh berpuasa, ada caranya untuk anda dan bayi kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari.

Apa yang penting anda sentiasa pastikan anda bersahur dan mendapat makanan yang sihat sepanjang berpuasa

Puasa ibu mengandung, 6 tips yang patut diamalkan

Kredit: cnn indonesia

Menurut Pensyarah dan Pakar Obstetrik & Ginekologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia,
Dr. Amilia Afzan Mohd Jamil terdapat beberapa golongan istimewa yang diberikan keringanan oleh Allah swt untuk tidak berpuasa, antaranya ialah wanita hamil dan yang menyusukan anak.

Walau bagaimamapun, 70% wanita hamil memilih untuk melaksanakan ibadah ini, kerana ingin mengejar barakah bulan Ramadan dan mungkin kerana memikirkan kesukaran untuk menggantikan puasa pada bulan lain.

Dari sudut perubatan, berpuasa secara keseluruhannya dibolehkan dan selamat untuk wanita hamil dan bayi. Walau bagaimanapun, ada sebabnya Allah swt memberikan keringanan untuk ibu hamil dari berpuasa .

Paras gula dalam darah lebih rendah

Perlu diketahui, paras kandungan gula dalam darah wanita hamil ketika berpuasa adalah lebih rendah berbanding wanita yang tidak hamil kerana darah ibu perlu sentiasa membekalkan gula glukos kepada bayi.

Ini menyebabkan ibu hamil lebih cepat letih dan merasa loya dan muntah-muntah terutama di awal usia kehamilan.

Selain itu, kekurangan air atau dehidrasi juga menambahkan risiko wanita hamil untuk mendapat darah beku (venous thromboembolism), kerana kepekatan darah adalah lebih tinggi semasa hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justeru ketahanan wanita hamil untuk berpuasa bergantung kepada tempoh kehamilan, faktor kesihatan wanita tersebut sewaktu hamil, tempoh waktu berpuasa dan keadaan cuaca ketika bulan ramadan.

Trimester pertama paling berisiko jika mengalami gejala kehamilan serius

Wanita hamil tidak dinasihatkan untuk berpuasa pada tiga bulan pertama sekiranya mengalami gejala kehamilan yang serius, seperti muntah-muntah, kurang selera makan , kepenatan atau rasa pening dan pitam.

Selain itu, wanita hamil yang mempunyai masalah kesihatan perlu mendapatkan nasihat doktor sekiranya ingin berpuasa. Dos dan waktu pengambilan ubat tertentu mungkin perlu diubah agar sesuai dengan waktu sahur dan berbuka.

Kami kongsikan tips jika untuk ibu hamil yang berpuasa:

#1. Sentiasa pantau paras gula

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita hamil yang menghidapi kencing manis perlu memantau paras gula mereka sebelum dan selepas sahur, pada waktu tengahari, selepas berbuka dan sebelum tidur.

Mereka hendaklah segera berbuka sekiranya bacaan gula rendah atau mengalami tanda-tanda kurang gula dalam darah (hypoglycaemia), iaitu rasa berdebar-debar, menggigil dan berpeluh,loya dan muntah-muntah.

#2. Pantau pergerakan bayi

Kredit: momstobe

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita yang hamil selepas 28 minggu juga perlu mamantau pergerakan bayi sewaktu berpuasa. Sekiranya pergerakan bayi berkurangan, mereka perlu segera berbuka dan terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

#3. Pemakanan sihat

Kredit: siraplimau

Wanita hamil dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan sihat sewaktu bersahur dan berbuka, dengan pengambilan protein untuk pembesaran bayi, serat dan sayur-sayuran.

Mereka juga dinasihatkan untuk mengambil makanan yang boleh memberikan tenaga yang beransur-ansur seperti kurma sewaktu berbuka.

#4. Makan sedikit-sedikit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adalah tidak digalakkan untuk ibu hamil makan dalam jumlah yang banyak sewaktu berbuka. Ini kerana rahim yang membesar menolak perut ibu dari bawah dan meyebabkan ibu hamil merasa pedih hulu hati dan memuntahkan kembali makanan yang dimakan.

Sekiranya mempunyai masalah ini, adalah dinasihatkan untuk makan sedikit-sedikit tetapi lebih kerap untuk mendapat kalori yang cukup.

#5. Minum air yang cukup

Paling utama, wanita hamil perlu minum air yang banyak , kira-kira 1.5 hingga 2 liter ( 8 hingga 10 gelas sehari) dan elakkan dari makanan dan minuman yang mengandungi paras gula yang tinggi.

#6. Elak aktiviti lasak, hindar dehidrasi

Wanita hamil yang berpuasa juga dinasihatkan untuk mengelakkan diri dari melakukan kerja-kerja berat dan aktiviti yang lasak, serta berada di tempat panas dalam jangkamasa yang lama untuk mengelakkan dehidrasi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr. Amilia Afzan Mohd Jamil

Baca juga: Puasa tak halang ibu untuk terus menyusu anak, tips menyusu no. 4 paling penting!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar