Suami Dikecam Upload Video Isteri Mengandung Makan Di Restoran

Puasa ketika hamil namun tidak berupaya untuk melaksanakannya. Tindakan wanita ini makan di restoran manakala suami upload video dikecam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi ibu mengandung, menjalani ibadah puasa semasa hamil sudah tentu banyak cabarannya. Selain cepat letih sehingga ada yang tidak berupaya untuk berpuasa di siang hari, mereka dibenarkan untuk berbuka puasa.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Isteri tak puasa kerana tak larat hamil
  • Carian video di TikTok tiada, netizen kecam

Walaupun di dalam Islam kelonggaran diberikan kepada ibu hamil tersebut, sudah menjadi kebiasaan kita untuk menghormati bulan Ramadan yang mulia dengan tidak makan secara terbuka di khalayak ramai. Makanlah di tempat tertutup serta hormati orang lain yang sedang menjalani ibadah puasa.

Namun sebalik pula berlaku apabila tular di media sosial baru-baru ini berhubung video dimuat naik oleh seorang lelaki yang menunjukkan isterinya makan secara terbuka di sebuah restoran makanan segera ketika bulan puasa.

Isteri tak puasa kerana tak larat hamil

Berdasarkan tangkap layar daripada video dilaporkan dimuat naik pada laman TikTok, lelaki tersebut memberitahu isterinya mengandung serta lapar dan ketika itu, jam menunjukkan pukul 4 petang.

Selain itu, tangkap layar video itu menunjukkan isterinya sedang menikmati makanan kelihatan seperti di kawasan terbuka.

“Jam baru pukul 4 dia dah lapar. Hmm terpaksalah kuturuti. Orang mengandung kan, tak boleh puasa. Abam teman je ye,” demikian keterangan tersebut.

 Carian video di TikTok tiada, netizen kecam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sementara itu, carian video tersebut yang dimuat naik oleh lelaki itu pada laman TikTok juga tidak dijumpai. Difahamkan berkemungkinan, video itu telah dipadamkan.

Dalam masa sama, netizen ada yang mengecam tindakan lelaki tersebut malah, ada juga menasihati wanita itu supaya makan di tempat tertutup dan bukannya di kawasan umum.

“Aku dulu masa sarat mengandung elok je puasa sampai bersalin. Kot ye pun mengandung, apa tak boleh melantak kat rumah ke? Bangga tayang kat semua kau tak puasa?

“Aku dulu buka puasa time mengandung sebab pergi shopping tetiba macam nak pitam. Ya Allah, gelap jap dah rasa, gigil sejuk. Laki aku beli air yogurt, masuk kereta sedut. Barulah cerah rasa, lepas tu taubat lah mengandung bulan puasa aku tak shopping dah.

“Semua benda nak rakam. Lepas tu upload tunjuk kat netizen. Tak boleh simpan sendiri ke. Takde kepentingan kot. Kalau nak buat kenangan, rakam and simpan sdn bhd sudah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Tak puasa masa mengandung memang tak ada masalah, tapi masalahnya kau tak malu ke makan tempat terbuka tu. Hello, acik kat klinik nurse suruh minum pun acik cari tempat tersorok nak pergi minum. Kita ni kena ada rasa segan sikit dalam diri noh. Jangan dok tayang gitu. Samalah yang period pun. Janganlah melantak depan public,” demikian komen balasan daripada netizen.

Sebenarnya, isu makan secara terbuka melibatkan wanita termasuk yang tidak boleh beribadah kerana haid diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Jika anda ibu yang sedang sarat mengandung, tidak salah sebenarnya untuk tidak puasa semasa hamil kerana anda ingin pastikan kandungan selamat.

Apa pun, semoga kisah yang tular ini menjadi iktibar kepada kita semua agar menghormati bulan Ramadan yang mulia dengan tidak makan secara terbuka di khalayak ramai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Menyusu Perlu Makan Tiga Kali Sehari Ketika Berpuasa, Elak Susu Badan Jadi Drop

Baca juga: Nak Puasa Ketika Hamil Trimester Kedua? Ini Tips & Panduan Penting Buat Para Ibu!

Baca juga: 4 Resepi Sedap Untuk Anak Yang Susah Makan Sahur, Bantu Galakkan Mereka Puasa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan