Bagaimana lelaki boleh merangsang klitoris wanita, kurang dibincangkan kerana menganggap ia adalah perkara yang sensitif.
Malah, perkataan ini jarang disebut secara terbuka berbanding dengan organ seksual yang lain seperti anggota payudara, punggung atau vagina wanita.
Perlu tahu mengenai klitoris & G-spot
Secara umumnya, saiz klitoris dipengaruhi oleh faktor genetik dan hormon wanita. Terdapat wanita yang memiliki saiz klitoris yang besar dengan kelenjar klitoris atau bijinya lebih menonjol dan memanjang ke luar.
Hormon testosteron yang tinggi turut menyebabkan saiz klitoris menjadi besar. Bukan itu sahaja, ada juga wanita yang mempunyai kelentit bersaiz kecil dan bijinya tidak kelihatan langsung.
Dalam puaskan nafsu isteri, saraf rangsangan yang terdapat pada penghujung biji bahagian ini adalah sama bagi setiap wanita dan hanya faktor ini yang menentukan tahap sensitiviti ketika mengadakan hubungan seks.
Namun, segelintir suami masih tidak tahu akan kewujudan dan fungsi organ seks yang dinamakan kelentit ini.
Malah lebih menyedihkan, suami juga keliru tentang bagaimana kelentit dapat mempengaruhi nafsu ghairah wanita sehingga mencapai kepuasan di ranjang.
Cara merangsang biji kelentit isteri
Terdapat beberapa teknik yang boleh anda praktikkan bagi memberikan merangsang terhadap organ seks isteri.
Teknik yang pertama ialah dengan menggunakan tangan atau jari anda, dan teknik yang kedua pula ialah dengan rangsangan seks oral iaitu menggunakan bibir atau lidah.
Namun, elakkan terlalu ‘gelojoh’ dengan terus merangsang bahagian ini ketika memulakan aktiviti seks. Bahagian tubuh ini adalah yang cukup sensitif . Ia perlu dirangsang secara lembut dan perlahan-lahan.
Teknik yang betul ialah dengan memulakan foreplay atau pemanasan pada zon erotik yang lain terlebih dahulu pada tubuh isteri.
Apabila dia benar-benar ghairah, barulah anda mula menyentuh bahagian biji kelentit ini dengan penuh kelembutan.
#1. Beri rangsangan menggunakan jari
Jangan tidak tahu, jari sangat berfungsi untuk membelai bahagian sensitif ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menggosok, menggentel dan memicit biji kelentit isteri.
Teknik jari dikatakan yang terbaik bagi merangsang zon ghairah isteri dengan memulakan rangsangan di sekeliling kawasan bahagian ini terlebih dahulu.
Jangan terus menghalakan jari anda ke bijinya kerana boleh membuatkan isteri berasa sakit.
Anda juga boleh mengurut lembut pada bahagian sebelah atas kemaluan isteri. Kehangatan seks yang anda berikan pada bahagian ini akan dirasakan oleh batang kelentit isteri.
Teruskan melakukan urutan secara perlahan-lahan, namun tidak menekan terlalu kuat walaupun isteri telah ‘mengerang’ kerana tidak tahan.
Kemudian, letakkan jari anda ke kawasan sekeliling bijinya dan lakukan gosokan secara lembut pada kawasan ini. Pada saat ini, perhatikan bagaimana ghairah orang yang dicintai meningkat dengan begitu kuat.
Pada waktu ini, isteri yang telah terangsang sepenuhnya akan menggeliat kesedapan dengan tindakan anda. Malah akan meminta untuk anda melakukannya lagi!
Lakukannya dengan penuh kelembutan kerana jika anda terlalu ganas dan kasar, isteri akan berasa sakit dan sekaligus mengurangkan rangsangannya untuk terus melakukan aksi seks dengan baik.
Mungkin sukar untuk anda menahan nafsu ketika merangsang bahagian ini. Tambahan pula melihat isteri sedang menggeliat dengan penuh nikmat.
Jangan lupa untuk gunakan tangan anda yang sebelah lagi bagi merangsang bahagian tubuh isteri yang lain. Ambil sedikit masa untuk memberikan nikmat sepenuhnya kepada isteri anda.
#2. Rangsangan melalui bibir dan lidah
Cara lain untuk merangsang biji kelentit adalah dengan seks oral atau menggunakan bibir atau lidah. Sebenarnya, bibir dan lidah memiliki saraf deria yang lebih berbanding dengan jari.
Oleh itu, sudah pasti rangsangan pada organ ini akan memberi kepuasan yang optimum kepada isteri ketika bersama anda.
Bukan itu sahaja, mulut dikatakan pelincir yang semula jadi. Air liur akan membuatkan kawasan biji kelentit wanita menjadi basah dan mengelakkan isteri merasa sakit ketika anda menggomol kawasan ini.
Tekniknya adalah sama dengan menggunakan jari. Tetapi, anda boleh menambah satu teknik lain iaitu menghisap biji kelentit isteri.
Sedutan mulut anda yang kuat pada kawasan ini akan membuatkan isteri hilang kawalan diri dan mungkin akan klimaks tanpa dia menyedarinya.
Teknik ini juga adalah lebih hebat dan berkesan berbanding jari. Namun ia agak sukar dilakukan dengan cara yang betul.
Bantu isteri pancut lebih awal
Oleh hal demikian, anda perlu memanfaatkan ilmu ini untuk memberi kenikmatan berganda kepada isteri. Selepas ini, luangkan sedikit masa dengan merangsang biji kelentit isteri ketika aktiviti persetubuhan.
Jika sebelum ini anda mempunyai masalah untuk puaskan dan pancutkan isteri ketika seks, selesaikan masalah anda dengan teknik membelai biji kelentit isteri sehingga dia menggeliat kesedapan ketika di ranjang.
Sumber: Info Seks Melayu
Kredit foto: Hello Sehat, parents.com
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga: Berapa Kerap Melakukan Hubungan Seks Dianggap Sihat?