Kerana Nak Puaskan Suami Yang Curang, Isteri Ini Buat 6 Pembedahan Vagina, Tapi Nasibnya Bertukar Tragik!

lead image

Seorang wanita memutuskan untuk buat pembedahan sebanyak 6 kali bagi mengetatkan vagina dengan alasan untuk menarik perhatian suaminya yang curang. Namun usahanya hanya sia-sia...

Apabila seorang wanita mendapati suaminya curang di belakangnya kerana dia tidak dapat puaskan suami semasa seks, dia mula mendapat idea gila! Wanita yang berusia 47 tahun tersebut telah melakukan 6 pembedahan mengetatkan vagina semata-mata untuk mendapatkan suaminya kembali.

Namun, malang nasib si isteri, usaha kerasnya menjadi satu pengalaman tragik pula yang merosakkan dirinya sendiri. Ikuti kisahnya ini.

Ingin Puaskan Suami, Wanita Jalani 6 Pembedahan Vagina

puaskan suami

Menurut Word Of Buzz, dalam masa 3 tahun sahaja, wanita tersebut telah melakukan pembedahan vagina sebanyak 6 kali. Dia menginginkan vagina yang lebih ketat, agar suami lebih puas secara seksual dan dapat mempertahankan rumah tangga mereka.

Pakar ginekologi yang mengendalikan kes ini berkongsi kes ini di mana pesakitnya mula mengadu sakit yang tidak normal di bahagian vagina, terutamanya semasa menunggang motorsikal. 

Tambahnya lagi, dia merasa seolah-olah ada sesuatu yang tersembul keluar dari bahagian kemaluannya dan dia tidak boleh duduk terlalu lama.

Malahan dia perlu bangun dan berjalan setiap 30 minit bagi mengurangkan rasa sakit.

Ketika menjalani pemeriksaan, dokter tersebut mendapati wanita itu memiliki banyak bekas luka pembedahan pada kemaluannya. Tidak hanya itu, lubang vagina wanita itu juga sangat sempit sehinggakan hanya muat jari yang kecil!

Ketika disoal, wanita itu mengatakan yang suaminya curang, lalu dia memutuskan untuk melakukan pembedahan di vagina bagi mendapatkan perhatian suaminya kembali.

Namun, setelah menjalani 6 pembedahan merapatkan vagina, malang si suami tetap tak kembali padanya, dan perkahwinan mereka tetap hancur.

Kesan Melakukan Pembedahan Vagina Sebanyak 6 Kali

pembedahan vagina

Tambah parah, akibat pembedahan yang dilakukannya, kini bahagian intim wanita tersebut telah ‘rosak’ dan hanya mempunyai lebar 1-2 cm sahaja!

Para doktor mengatakan yang mereka tidak lagi boleh melakukan sebarang pembedahan pada vagina wanita tersebut. Ini kerana sebarang tambahan prosedur hanya akan membuatkan ia lebih sempit, hanya boleh memuatkan pensil sahaja!

Doktor hanya boleh membantu menghilangkan rasa sakit dengan suntikan ubat anti keradangan dan steroid sahaja.

Semoga kita mendapat pengajaran dari kisah di atas. 

Bantu saya, suami saya selalu chat dengan perempuan lain!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Nia Lara Sari dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga:

Obses Nak Cantik, Wanita Ini Buat Implan Bulu Mata Palsu Dengan Bulu Faraj & Tukar Saiz Payudara Ke 30J!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!