Pulau Rawa Negeri Johor, Lokasi Terbaik Untuk 'Feeling' Bercuti Di Maldives Bersama Keluarga

Pulau Rawa yang terletak di negeri Johor merupakan salah satu lokasi mesti kunjungi bersama keluarga kerana pemandangannya cukup mengagumkan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuti hujung minggu atau cuti sekolah antara waktu yang paling ideal untuk beli jiwa anak-anak dan isteri. Sekiranya anda merancang untuk makan angin di Johor, apa kata kali ini pergi ke Pulau Rawa.

Ia merupakan sebuah pulau kecil, terletak di Johor dan 16 km dari Mersing. Apa yang sangat menarik di sini ialah keindahan semula jadi yang sangat terjaga, air laut yang jernih kebiru-biruan dan pasir yang memutih. 

Bercuti di Pulau Rawa dengan keluarga

Pulau Rawa memiliki keindahan alam yang begitu memukau. Malah ada yang menggelarkannya sebagai Kepulauan Maldives.

Hal ini kerana ia dikelilingi oleh laut yang cantik,  memiliki ribuan anak-anak ikan laut dan terumbu karang. Lebih teruja lagi apabila terdapat gelongsor air (slide) yang membawa anda terus ke laut!

Untuk pengetahuan anda, Pulau Rawa Johor merupakan private island, ia cuma ada dua tempat penginapan iaitu Rawa Island Resort dan Alang Rawa.

Jika datang bersama keluarga atau ada anak kecil, anda dicadangkan memilih Rawa Island kerana suasananya lebih santai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh kerana private island tiada walk in, kena beli pakej siap-siap. Pakej yang ditawarkan biasanya tiada aktiviti  island hoping, tapi bila dah sampai sini anda sebenarnya tidak perlukannya. Ini kerana depan pulau sahaja sudah ada banyak terumbu karang yang begitu cantik.

Jika kena pada masanya, anda boleh lihat penyu, ikan yu dan juga ikan pari.

Tips untuk bercuti di Pulau Rawa

Berikut ada beberapa tips untuk anda yang ingin ke Pulau Rawa:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1.  Pulau Rawa di Malaysia ada dua. Satu berada di Johor dan satu lagi di Terengganu. Untuk di Johor, ia ada gelungsur dan pemilik pulau ini adalah sultan Johor sendiri
  2. Di Mersing, ada dua jeti utama iaitu Jeti Mersing untuk ke Pulau Tioman, Pulau Rawa, Pulau Besar dan pulau-pulau lain yang berhampiran. Manakala Jeti Tanjung Leman Mersing ke Pulau Sibu dan Pulau Tinggi sahaja. 
  3. Kalau yang melalui kereta, boleh parkir berhampiran Jeti Mersing. Caj parkir adalah mengikut zon iaitu A, B dan C. Kalau nak parkir berpagar zon A adalah RM45 untuk dua malam, Zon B RM36 untuk dua malam dan Zon C RM30 untuk dua malam
  4. Nak datang ke pulau Rawa ini, anda dinasihatkan tempah awal sebab selalu penuh. Jika datang berkumpulan, harga menjadi lebih murah
  5. Untuk keluarga, Alang’s Rawa mungkin tidak sesuai kerana ia tiada kemudahan penghawa dingin. Bukan itu sahaja, harga dan bilik boleh memuatkan kumpulan besar. Anda mungkin akan dapati kumpulan pelancong yang ramai yang berparti sampai pagi di sini.
  6. Rawa Island Resort lebih selesa. Kat sini ada air-cond sampailah ke spa. Pendek kata, tempat ini untuk mereka yang ada bajet sedikit tinggi sampailah ke tahap raja-raja.
  7. Air mandi bukan air paip tapi air yang bergaram juga. Jadi lepas mandi memang tak sama segar macam kat rumah
  8. Di Pulau ini juga tiada kemudahan kedai runcit. Justeru pastikan anda beli barang kudapan dan air mineral sebelum naik bot di jeti
  9. Bawa duit lebih. Ini kerana jika anda nak sewa sebarang peralatan, mereka perlukan deposit dalam RM50-100.

Caj masuk dikenakan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia. Rm20 untuk warganegara malaysia dan rm50 untuk bukan warganegara. Jika pergi hari Ahad, kaunter tutup, jadi free of charge, jimat!

Cara untuk ke Pulau Rawa

Nak ke sini, anda perlu ke jeti Mersing. Kalau memandu dari Kuala Lumpur, ia memakan masa selama 5 jam untuk tiba ke jeti Mersing.

Kemudian dari jeti Mersing, anda akan naik bot ke Pulau Rawa. Jaraknya dari jeti dalam 19 km. Dan anda bakal duduk dalam bot selama 30 minit.

Paling ideal jika anda ingin datang ke Pulau Rawa ini adalah dari bulan Mac hingga September, bulan selain tu musim monsun di timur laut dan Resort semua ditutup sementara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Senarai aktiviti yang boleh dilakukan

  1. Snorkeling
    Kat pulau putih dengan air biru muda ini, nak layan ikan, tak perlu pergi jauh-jauh. Tepi pantai atau kat bawah jeti sahaja dah boleh jumpa ikan kecil, besar. Tapi disebabkan dekat dengan pantai pun sudah ada batu karang, mandilah waktu air pasang. Takut terpijak batu karang tajam.
  2. Mandi laut di tepi laut ada gelongsor air yang boleh untuk anak kecil atau dewasa.
  3. Main kayak. Ada kayak yang anda boleh sewa di resort.
  4. Beach Volleyball. Dengan kawasan pantai putih, memang best kalau main volleyball untuk yang datang ramai-ramai.
  5. Jungle trekking. Kalau rajin nak panjat tempat tertinggi Pulau Rawa ini, anda boleh nampak panorama laut sehingga ke kawasan pulau lain yang berhampiran (kalau cuaca cerah).

Anggaran dan bajet pakej ke Pulau Rawa

Harga untuk pakej adalah subjektif kerana ia mengikut pakej yang kita ambil. Ibu ayah boleh melakukan penampahan secara terus melalui email sahaja.

Kalau menginap di Rawa island Resort boleh melalui agen atau direct melaui email. Strictly untuk hujung minggu tak dibenarkan untuk kanak-kanak bawah 16 tahun (Alangs Rawa Resort) sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pilihan bilik bermacam macam jenis. Ada Beachfront Beach House, Jungle Side, Coconut Tree, Little A-Frames, dan Coconut Tree Group. Kami menginap di Beachfront.

Buka-buka pintu bilik sahaja terus menghadap laut yang jernih membiru. Menurut perkongsian di Facebook, harga untuk pakej mereka lebih kurang dalam rm8xx termasuk cukai satu kepala. Kalau teringin dah boleh start menabung ya!

Memang tak nafikan kosnya agak tinggi jika dibandingkan dengan pulau-pulau lain. Tapi mengikut pengalaman ramai pengunjung, harga yang bayar akan diganti balik dengan panorama, environment, resort services, makan, bilik dan sebagainya adalah begitu mewah.

Wan Khairul Kilmore

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 Tempat Menarik Di Kundasang Yang Wajib Dikunjungi Bersama Keluarga, Anak Mesti Suka!

Baca juga: Senarai Tempat Makan Menarik Di Cameron Highland, ‘Hidden Gems’ Yang Wajib Dikunjungi!

Baca juga: 10 Tempat Berkelah Mesra Keluarga, Sesuai Bawa Isteri & Anak-Anak Cuti Hujung Minggu