Batuk dan bersin dengan tidak menutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan menjadi punca batuk kokol terjadi. Ia merebak disebabkan jangkitan daripada udara yang dipenuhi dengan titisan air liur atau hingus daripada orang yang bergejala.
Jangan ambil mudah tentang wabak yang mudah berjangkit ini kerana jika dibiarkan berlarutan boleh membawa maut seperti kes kematian yang berlaku di Sabah baru-baru ini. Juga menjadi punca batuk kokol meningkat 986 peratus.
Menurut Dr Samhan, batuk kokol adalah sejenis wabak yang dikira sebagai penyakit pernafasan dan sangat mudah berjangkit, melalui hidung dan kerongkong.
“Dalam kebanyakan kes, ia sama dengan batuk yang teruk diikuti dengan bunyi nyaring ketika menarik nafas, berbunyi seperti “whoop”.
Ia mudah merebak tetapi vaksin seperti DTaP dan Tdap boleh membantu menghalang batuk ini dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa”.
Punca batuk kokol
Jelasnya, batuk kokol atau pertussis berlaku adalah disebabkan oleh bakteria. Ia boleh merebak melalui sentuhan dari individu yang dijangkiti bakteria atau terkena tempias titisan air yang dipenuhi kuman halus yang disemburkan ke dalam paru-paru dari individu yang bergejala batuk atau selesema.
Simptom
Berikut adalah merupakan simptom batuk kokol:
- Hidung berair
- Hidung tersumbat dengan mukus
- Mata merah dan berair
- Demam
- Batuk
“Selepas seminggu atau dua minggu, tanda dan simptom akan menjadi teruk. Batuk yang teruk dan berpanjangan akan merangsang untuk muntah, menyebabkan muka menjadi merah atau biru, menyebabkan kepenatan melampau dan berakhir dengan bunyi “whoop” bernada tinggi ketika bernafas”, kata Dr Samhan.
Makan dalam kuantiti sedikit ketika batuk elak muntah
Oleh sebab itu, Dr. Samhan berpesan bahawa gaya hidup dan rawatan sampingan membantu untuk mencegah penyakit batuk kokol.
Antaranya ialah:
- Minum air secukupnya. air , jus dan sup adalah disarankan.
- Makan makanan dalam kuantiti yang sedikit, dapat membantu anda mengelakkan muntah selepas batuk
- Bersihkan udara adalah perlu untuk menghapuskan bahan penggalak kepada batuk anda seperti tembakau, asap dan kepulan daripada tempat pembakaran.
- Tutup mulut ketika batuk dan cuci tangan selalu untuk menghalang jangkitan daripada merebak.
Beliau turut menyimpulkan bahawa vaksin batuk yang diterima ketika kanak-kanak sudah tidak berkesan dan anak belum menerima vaksin sekurang-kurangnya tiga kali suntikan boleh meningkatkan risiko terkena batuk kokol sebelum mengakhiri perkongsian.
Semoga bermanfaat.
Twitter: Doktor Samhan
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kenali 7 Ciri-Ciri Batuk Yang Berbahaya Pada Bayi, Ibu Sila Pantau Elak Gejala Bertambah Teruk!
Baca juga: Ibu Ayah Peka Kesihatan Anak, Batuk Kokol Boleh Berjangkit & Mengakibatkan Kematian!