Punca Bayi Tak Mahu Minum Susu Formula, 4 Perkara Ibu Perlu Ambil Perhatian Elak Bahaya

Pelbagai punca bayi tidak mahu minum susu formula. Ia termasuklah mereka mungkin tidak sihat atau kembung perut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila sudah hampir mula bekerja, susu pula tak banyak, mulalah ibu-ibu runsing bila anak tolak susu formula. Apakah punca bayi tidak mahu minum susu formula?

Ada banyak sebenarnya sebab yang menyumbang kepada bayi tidak mahu minum susu formula. Jadi jangan mudah buat kesimpulan yang dia tak sesuai dengan susu atau sebaliknya.

Cuba perhatikan bayi anda sebaiknya jika dia menolak untuk minum susu. Ada kemungkinan dia tidak sihat dan sebagainya.

Punca bayi tidak mahu minum susu formula

Jangan cepat buat kesimpulan ya ibu. Kenali bayi anda dengan sebaiknya. Jika sebelum ini dia tiada masalah untuk minum susu formula, pasti ada sesuatu yang mengganggu. Antara puncanya termasuklah:

1.Bayi tidak sihat

Keadaan kesihatan bakal mempengaruhi corak makan dan minum bayi. Jika bayi rasa tidak sedap badan automatik ia akan turut mempengaruhi pola penyusuannya. 

Mungkin dia rasa sakit tekak, tidak selesa perut dan sebagainya yang membuatkan dia kurang minum susu malah menolaknya terus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika tiba-tiba bayi anda tidak mahu minum susu formula, perhatikan fizikalnya. Semak suhu badannya dan sentuh perut. Jika terlalu keras dia mungkin perlu buang air besar terlebih dulu. Selain itu perhatikan warna najis anda. 

2. Posisi menyusu yang tidak selesa

Ada kemungkinan bayi anda tidak selesa dengan kedudukannya ketika menyusu. Jangan beri bayi menyusu ketika dalam buai. Pastikan kedudukannya statik dan kepala ditinggikan untuk elak tersedak.

Jika dia tidak selesa berbaring, cuba ubah posisi letakkan dia di atas riba dan sebagainya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3.Tukar susu punca bayi tidak mahu minum susu formula

Jangan ingat anak kecil tidak peka dengan perubahan rasa ya. Cuba perhatikan adakah susu sama yang biasa anda beri pada anak atau berlainan? Jika berlainan mereka mungkin ambil masa untuk menyesuaikan diri dengan rasa yang baru.

4.Bayi pernah tersedak susu

Bayi mungkin fobia apabila pernah tersedak susu. Jika bayi anda baru mengalami tersedak susu, berikan susu dengan perlahan-lahan dan dalam jumlah yang sedikit. Jika bayi anda kembali menyusu dengan normal, baru anda berikan susu seperti biasa.

Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Kurang Menyusu Punca Ibu Stres! Ketahui 12 Punca & Cara Atasi Masalah Ini

Baca juga: Normal ke kalau bayi kurang menyusu lepas ambil makanan pejal? Ini kata pakar

Baca juga: 7 Tanda Bayi Kurang Minum Susu & Tak Kenyang, Jangan Sampai Si Kecil Kebuluran!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar