Niat Bagi Telefon Untuk Mudahkan Kerja Seharian, Ibu Kesal Mata Anak Kini Jadi Juling

Punca mata juling kerana terlalu lama dengan telefon bimbit yang dialami kanak-kanak ini wajar jadi iktibar kepada yang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita ini mendedahkan, punca mata juling yang dialami anaknya adalah berikutan berjam-jam didedahkan dengan telefon bimbit sejak kanak-kanak berkenaan berusia dua tahun

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Punca mata juling kerana terlalu lama dengan handphone
  • Mujur masih boleh diselamatkan walaupun bukan 100%

Menurut laporan mStar, ibu kenapa Luth Harraz, 5, Nurul Afeizah mengakui tidak menyangka tindakannya dan suami yang memberikan telefon bimbit kepada anaknya terlalu awal supaya tidak diganggu ketika mereka sibuk bekerja mengundang kepada insiden itu.

Punca mata juling kerana terlalu lama dengan handphone

Katanya, Luth Harraz dilahirkan normal seperti biasa dan matanya juga tidak juling. Namun, susulan perintah kawalan pergerakan dan masanya banyak di rumah, kanak-kanak itu didedahkan dengan telefon bimbit sejak dia berusia kira-kira dua tahun.

Mengakui kesilapannya dan suami, Nurul Afeizah berkata, suami antara mereka yang terkesan dengan kehilangan pekerjaan ketika PKP.

Jadi mereka bertungkus lumus mencari pendapatan hingga secara tidak sengaja memberikan masa yang terlalu banyak dengan telefon bimbit kepada anak sulung mereka.

Wanita ini mula mengesan terdapat kelainan pada mata anaknya pada tahu lalu.

Namun dia menganggap anaknya hanya bergurau dan memarahi anaknya kerana menyangkakan dia sengaja buat mata juling, tetapi apabila rasa tertekan dimarahi, kanak-kanak berkenaan menyatakan ia memang begitu dan bukan dia sengaja.

Mujur masih boleh diselamatkan walaupun bukan 100%

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila pulang ke rumah nenek Luth Harraz juga, ramai yang menegur mata anak wanita ini juling.

Jadi tahun ini apabila mula bersekolah, juling itu menjadi lebih teruk hingga mata hitam boleh hilang di sebalik pangkal hidung mungkin kerana perlu fokus kepada menulis dan sebagainya.

Rawatan mata anaknya dimulakan sejak Januari tahun ini dan doktor mengatakan jika tidak dirawat daripada awal ia akan kekal juling. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun dimaklumkan ia tidak akan pulih 100 peratus, namun beliau bersyukur mata anaknya masih boleh dirawat. Justeru, wanita ini menitipkan pesanan kepada ibu ayah di luar sana supaya pantaulah anak dengan gajet dan jangan tersalah langkah sepertinya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Alamak! Mata Bayi Anda Juling Air? Perlukah Anda Risau?

Baca juga: Gajet Tidak Boleh Jadi Pengganti Ibu Ayah, Wanita Kongsi Kisah Benar Buat Ramai Buka Mata

Baca juga:  Mata Malas Menjejaskan Daya Penglihatan Si Manja, Ibu Bawalah Anak Berjumpa Pakar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar