X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Bayi Diseksa Kejam 271 Hari Oleh Ibu Angkat Hingga Mati, Sila Alert Tanda Penderaan Ini!

19 Mar, 2021
Bayi Diseksa Kejam 271 Hari Oleh Ibu Angkat Hingga Mati, Sila Alert Tanda Penderaan Ini!Bayi Diseksa Kejam 271 Hari Oleh Ibu Angkat Hingga Mati, Sila Alert Tanda Penderaan Ini!

Punca penderaan kanak-kanak sering dikaitkan dengan tindakan suspek yang hilang kewarasan. Siapa sangka kes kali ini berlaku begitu lama sehingga bayi mati

Kes dera dan punca penderaan kanak-kanak hampir setiap hari dilaporkan berlaku. Tidak hanya di Malaysia, ia sering terjadi dalam negara lain melibatkan suspek adalah orang terdekat.

Penindasan dan kekejaman terhadap golongan lemah ini dianggap suatu tindakan tidak berhati perut sehingga menyebabkan mangsa tersiksa dan akhirnya meninggal dunia. Ikuti kisah yang menjadi perbualan hangat pengguna media sosial ini.

Punca penderaan kanak-kanak selama 271 hari yang sungguh menyayat hati

punca penderaan bayi

Pada 13 Januari 2021, perbicaraan pertama sebutan kes dera. Sebut satu-satu kesalahan apa yang telah ibu angkat bayi ni sudah lakukan. Akan ada perbicaraan kedua dan ketiga, 17 Februari 2021 adalah tarikh perbicaraan yang kedua.

Seorang bayi berusia 16 bulan di Korea, Jung In, dilaporkan telah didera dalam tempoh yang lama (271 hari) sehingga mati. Punca penderaan kanak-kanak dan kematiannya adalah disebabkan oleh pankreas telah pecah, hanya beban sebanyak 3800-4200 Newtons sahaja mampu menyebabkan pankreas dalam abdomen bayi pecah. 

Ini bersamaan dengan berat seorang wanita dewasa yang berdiri dari atas sofa, melompat pijak perut bayi sedang baring di lantai. Tempurung kepala retak, tulang bahu, tangan kaki, tulang rusuknya juga banyak patah dan ada yang tumbuh semula tanpa diberikan rawatan sepatutnya.

Bayi berkenaan telah didera secara fizikal dan mental oleh ibu angkatnya. Dia tidak diberikan makan dengan betul sehingga mengalami kekurangan nutrisi. Dikurung dalam bilik gelap, dibiarkan menangis sehingga tidur keletihan.

Dia juga disuap makanan panas yang baru keluar dari microwave (mulutnya penuh dengan ulser), diberi makan cili, sering ditinggalkan bersendirian di dalam kereta pada musim panas serta disimbah air panas.

Tidak cukup dengan itu, bayi malang ini dipukul dengan objek keras dan besar dalam keadaan tangannya tergantung sehingga ada kecederaan begitu teruk di bahagian ketiak.

Teruk 'dikerjakan' oleh ibu angkat

kes dera

Untuk pengetahuan semua, mangsa bukan kena sikit-sikit. Ususnya telah bocor sehingga menyebabkan 90 peratus cecair (bersamaan 600ml) dalam badan memasuki ususnya yang koyak.

Usus Jung In juga penuh dengan gas, darah dan nanah. Macam mana anak kecil ini nak terima makanan kalau perutnya sendiri tidak dalam keadaan yang baik?

Ibu angkatnya juga tidak pernah ke hospital untuk memberikan rawatan yang sepatutnya pada bayi tidak bersalah ini. Sedangkan tulang bahunya telah patah, diletakkan anduh begitu sahaja berbulan-bulan sampai mangsa meninggal dunia.

Pada hujung hayat Jung In, dia telah kena serangan jantung sebanyak 3 kali. Bayangkan bayi sekecil ini telah kena serangan jantung!

Kantoi selepas cikgu taska bawa ke hospital

Bila guru taska bawa Jung In ke hospital, ibu angkatnya telah mengamuk dan marah pihak taska mengapa bawa anaknya ke sana. Paling menyedihkan, suami suspek jenis takut bini dan mengikuti sahaja apa yang dilakukannya.

Masalah semua ini berpunca dari ibu angkat, tapi penghujungnya dia mengatakan bahawa salah bayi terbabit. Jung In telah mati akibat jatuh sofa katanya. Sanggup lagi dia menipu!

bayi didera 271 hari

Rakaman cctv juga ada menunjukkan hari terakhir Jung In berada di taska sebelum dia pergi buat selamanya. Dia duduk termenung di satu sudut menahan kesakitan, tiada siapa pun mengetahui nasib bayi ini. Dipijak-pijak ibu angkat yang tidak berhati perut sehingga pankreas pecah, dua hari sebelum meninggal tidak diberi makan dan diseksa dengan kejam.

Tanggal 13 Oktober 2020, ia menjadi saksi kekejaman ibu angkat dari neraka ini terhadap bayi comel yang tidak berdosa. Pada perbicaraan 17 Mac lalu, pakar forensik mengatakan sepanjang kerjayanya hampir 20 tahun kes dera anak angkat, Jung In adalah paling teruk dalam kalangan penderaan kanak-kanak yang dikendali oleh beliau.

Apabila gambar bayi ini ditunjukkan dalam mahkamah, lebam dan patah ditemui pada kebanyakan anggota badan Jung In. Suspek (ibu dan bapa angkat) baru sahaja duduk dan menundukkan kepala mereka tanpa melihat foto-foto berkenaan.

Kami di theAsianparent mendoakan agar kematian baby Jung In terbela dan suspek menerima hukuman yang setimpal!

Stories Rakan Kongsi
Permainan bantu perkembangan anak dari umur bayi hingga kanak-kanak- Dr. Debora Weber
Permainan bantu perkembangan anak dari umur bayi hingga kanak-kanak- Dr. Debora Weber
Start your day strong with protein from milk
Start your day strong with protein from milk
Jadi Lebih Bijak Dalam Kewangan Dengan Menambah Ilmu Kewangan
Jadi Lebih Bijak Dalam Kewangan Dengan Menambah Ilmu Kewangan
Musim Membeli Belah Kembali-Ke-Sekolah: Senarai Semak untuk Pelajar Sekolah Rendah & Menengah
Musim Membeli Belah Kembali-Ke-Sekolah: Senarai Semak untuk Pelajar Sekolah Rendah & Menengah

Sumber: Adibah Najib

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Muka Lebam & Tangan Diikat, Pasangan Ini Sanggup Biarkan Anak Austisme Dalam Kandang Kambing

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bayi Diseksa Kejam 271 Hari Oleh Ibu Angkat Hingga Mati, Sila Alert Tanda Penderaan Ini!
Kongsikan:
  • Tarik Rambut & Tendang Anak Sampai Lebam, Ibu Didakwa Dera Anak Perempuan

    Tarik Rambut & Tendang Anak Sampai Lebam, Ibu Didakwa Dera Anak Perempuan

  • Kesan Penderaan Kanak-Kanak Boleh Membawa Maut, Ibu Ayah Kena Alert Perubahan Anak

    Kesan Penderaan Kanak-Kanak Boleh Membawa Maut, Ibu Ayah Kena Alert Perubahan Anak

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

app info
get app banner
  • Tarik Rambut & Tendang Anak Sampai Lebam, Ibu Didakwa Dera Anak Perempuan

    Tarik Rambut & Tendang Anak Sampai Lebam, Ibu Didakwa Dera Anak Perempuan

  • Kesan Penderaan Kanak-Kanak Boleh Membawa Maut, Ibu Ayah Kena Alert Perubahan Anak

    Kesan Penderaan Kanak-Kanak Boleh Membawa Maut, Ibu Ayah Kena Alert Perubahan Anak

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.