Punca Sakit Tapak Kaki Bagi Wanita & Senaman Untuk Mengatasinya

Kita selalu ambil mudah bahawa sakit kaki bukan hanya disebabkan terseliuh sahaja, banyak lagi punca sakit tapak kaki bagi wanita khususnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak tapak kaki terasa sakit dan menyucuk apabila berjalan terlalu lama? Siapa pun yang mengalaminya pasti akan sukar untuk bergerak sekaligus menyebabkan aktiviti harian terganggu. Agak-agak apa punca sakit tapak kaki bagi wanita selain memakai kasut tumit tinggi?

Punca Sakit Tapak Kaki

Kaki adalah salah satu anggota badan yang penting kerana ia memainkan peranan penting dalam memastikan kita seimbang ketika berjalan atau berlari.

Sekiranya tapak kaki mengalami masalah, rasa sakit tersebut akan turut merebak ke keseluruhan anggota.

Antara punca sakit tapak kaki bagi wanita khususnya adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Plantar Fasciitis
  2. Kematu (Corn)
  3. Sakit Tumit
  4. Lepuh
  5. Kaki Atlet (Kaki Makan Air)
  6. Stone Bruise
  7. Ketuat Plantar

Senaman Untuk Mengatasinya

Ada beberapa senaman yang disyorkan untuk membantu mengatasi masalah sakit tapak kaki dan mencegah kecederaan pada masa akan datang seperti di bawah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Regangan Otot Betis

  1. Mulakan dengan posisi duduk dengan melunjurkan kaki.
  2. Ambil theraband, tuala atau tali pinggang dan lilit di bawah tapak kaki.
  3. Dengan perlahan, tarik jari kaki dan tapak kaki ke arah anda sehingga anda berasa regangan di belakang betis serta tapak kaki.
  4. Tahan regangan selama dalam masa tidak kurang daripada 30 saat.
  5. Ulang langkah ini sebanyak 5 hingga 10 kali dengan regangan yang sederhana dan tanpa rasa sakit.

2. Regangan Tapak Kaki

  1. Duduk di atas kerusi dan silangkan kaki atas lutut yang sebelah lagi.
  2. Bengokkan pangkal jari dan tarik ia ke arah badan sehingga rasa regangan yang selesa.
  3. Tahan posisi ini tidak kurang daripada 30 saat.
  4. Kemudian, ulangi langkah ini sebanyak 5 hingga 10 kali dengan regangan yang sederhana dan tanpa rasa sakit.

3.  Otot Betis

  1. Duduk sambil lunjurkan kaki secara lurus
  2. Gunakan theraband dan lilit di hujung tapak kai.
  3. Dengan perlahan-lahan, gerakkan kaki serta tapak kaki ke bawah dengan rintangan pada theraband dan ketatkan otot betis anda.
  4. Tahan selama 10 saat.
  5. Ulangi latihan ini sebanyak 10 hingga 20 kali. Berhenti jika perlu.

Senaman ini selamat dilakukan di rumah untuk mengurangkan kesakitan yang dialami namun jika masih berlarutan segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Hello Doktor , eCentral

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Penyebab Sakit Perut Bahagian Bawah Yang Anda WAJIB Tahu!

Baca juga: Kerap Sakit Kepala Sebelah Kanan, Ini Penyebab Ia Terjadi & Petua Bagi Mengatasinya!

Baca juga: Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!

Penulis

Noorhidayah