X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Buang Ketuat Pada Anak Kena Berhati-Hati, Ini Panduan Sebelum Melakukannya!

4 min bacaan
Cara Buang Ketuat Pada Anak Kena Berhati-Hati, Ini Panduan Sebelum Melakukannya!

Cara buang ketuat pada anak kecil perlu dibuat dengan teliti dan berhati-hati. Ini kerana sedikit kesilapan boleh mendatangkan kecederaan ataupun luka.

Ibu ayah tahu tak cara buang ketuat pada anak? Ketuat merupakan satu masalah kulit yang dialami bukan sahaja pada orang dewasa, malah pada kanak-kanak. Walaupun dari segi medikal ia tidak berbahaya, tetapi ketuat boleh menyebabkan rasa tidak selesa atau perasaan malu jika ia berada pada kawasan tubuh yang jelas seperti di kaki atau tangan.

Baca juga: ”Tubuh Saya Terketar-Ketar, Almari Setinggi 2 Meter Jatuh & Hempap Tubuh Anak Di Depan Mata”

Cara buang ketuat pada anak kecil

Ketuat atau nama saintifiknya ‘verrucae” merupakan pertumbuhan kulit tanpa kanser yang disebabkan oleh papillomavirus manusia atau HPV. Ia terbentuk apabila virus menyerang kulit, biasanya melalui potongan kecil atau calar.

cara buang ketuat

Virus ini menyebabkan pertumbuhan pesat sel-sel di lapisan luar kulit. Ketuat biasanya berwarna kulit tetapi boleh menjadi gelap dan biasanya bertekstur kasar atau licin dan kadangkala saiz yang kecil membuatkan kita tak perasan pun kewujudannya.

Ada beberapa jenis ketuat yang ada khususnya pada kanak-kanak dan berada pada bahagian tertentu pada tubuh.

Berikut adalah jenis ketuat kulit:

  1. Ketuat biasa terdapat pada jari, dan belakang tangan
  2. Ketuat palmer ditemui di telapak tangan, seperti namanya ‘palm’
  3. Ketuat plantar tumbuh di kaki, biasanya di bahagian tapak kaki
  4. Ketuat rata biasanya lebih kecil dan licin daripada ketuat lain; ia boleh berkembang dalam jumlah yang besar, walaupun sebanyak 20 hingga 100 pada satu masa. Ketuat rata pada kanak-kanak biasanya ditemui di muka.
  5. Ketuat filiform terdapat pada dagu atau hidung mereka dan melekat tegak dan sering dijumpai di muka.

Ketuat genital biasanya tidak ada pada kanak-kanak kecil kerana tidak berkait dengan hubungan seksual.

Adakah ketuat boleh berjangkit kepada kanak-kanak lain?

ketuat nasi

credit to sources

Kanak-kanak boleh berjangkit virus melalui pelbagai cara sama ada berkongsi barang atau sekadar bermain bersama. Walau bagaimanapun, ada cara untuk mengurangkan kemungkinan anak mengalami ketuat seperti:

  • Galakkan anak memakai selipar di sekitar kolam renang awam dan di bilik mandi awam.
  • Asingkan tab mandi dan tuala tangan kepada dan berpesan untuk tidak berkongsi tuala.
  • Tidak ada cara yang pasti untuk mencegah ketuat kerana ia boleh berjangkit dengan mudah walaupun bermain bersama-sama.

Tips tanggalkan ketuat dengan selamat

Berita baiknya, ketuat boleh dibiarkan sahaja tanpa dilakukan apa-apa. Dalam satu kajian, penyelidik melaporkan ketuat hilang 40% secara semula jadi dalam tempoh 2 tahun tanpa sebarang rawatan.

Tetapi pastinya ramai yang rasa terganggu dengan ketuat dan mahu ia dihilangkan segara. Tambahan lagi ketuat yang ada di kaki kerana sebabkan ketidakselesaan dan mengganggu pergerakan walaupun semasa berjalan kaki.

cara menghilangkan ketuat

credit to sources

Salah satu cara semulajadi adalah dengan menggunakan duct tape. Kaedahnya seperti berikut:

  1. Balut sekeping kecil pita saluran secara langsung di kawasan ketuat.
  2. Selepas 3-6 hari, keluarkan pita dan gosokkan ketuat dengan papan kayu atau batu apung. Anda juga boleh mempertimbangkan merendam ketuat dalam air suam sambil terdedah.
  3. Gantikan pita saluran yang baru selepas pendedahan udara 10 hingga 12 jam.
  4. Proses ini dipanggil “oklusi pita saluran,” dan ia bertindak menanggalkan lapisan ketuat satu lapisan demi lapisan. Ia mungkin mengambil beberapa minggu untuk kaedah ini untuk menghilangkan ketuat. 

Selain itu, anda boleh dapatkan ubat di mana-mana farmasi untuk menghilangkan ketuat tapi pastikan ibu ayah tidak meletakkan ubat tersebut di bahagian mulut dan mata si kecil pula ya!

Sekiranya ubat menanggalkan ketuat tidak berkesan, anda boleh rujuk doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Doktor biasanya mengeluarkannya dengan salah satu cara ini:

  • Membekukan ketuat dengan nitrogen cecair atau ubat yang lebih kuat daripada yang terdapat dalam ubat-ubatan di farmasi.
  • Doktor juga boleh memberikan preskripsi asid salisilat kepada ibu ayah merawat ketuat anak di rumah.
  • Ahli dermatologi juga boleh menggunakan laser untuk menghancurkan ketuat.
  • Dalam sesetengah kes yang jarang berlaku, doktor boleh membuangnya melalui pembedahan tetapi rawatan ini boleh meninggalkan parut jadi biasanya ini merupakan pilihan terakhir.

Biasanya ketuat boleh ditanggalkan tetapi mengambil masa untuk hilang sepenuhnya. Ibu ayah kena rajin letak ubat pada kawasan yang ada ketuat kalau mahu ia cepat ditanggalkan ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: webmd

Baca juga: Parents, Jangan Malas Cuci Tangan Anak, Kutil Air Mudah Menyerang Mereka!

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Cara Buang Ketuat Pada Anak Kena Berhati-Hati, Ini Panduan Sebelum Melakukannya!
Kongsikan:
  • Ruam Peluh Kemerah-Merahan Buat Anak Tidak Selesa? Cuba Cara Semulajadi Berkesan Ini!

    Ruam Peluh Kemerah-Merahan Buat Anak Tidak Selesa? Cuba Cara Semulajadi Berkesan Ini!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Ruam Peluh Kemerah-Merahan Buat Anak Tidak Selesa? Cuba Cara Semulajadi Berkesan Ini!

    Ruam Peluh Kemerah-Merahan Buat Anak Tidak Selesa? Cuba Cara Semulajadi Berkesan Ini!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.