TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Penjarakan Sosial Pada Anak Taska, Ada Ibu Bapa Setuju Dan Ada Yang Tidak, Ini Sebabnya

5 min bacaan
Penjarakan Sosial Pada Anak Taska, Ada Ibu Bapa Setuju Dan Ada Yang Tidak, Ini Sebabnya

Tular di laman sosial Facebook apabila ada pusat jagaan kanak kanak mengamalkan penjarakan sosial di kalangan anak asuhan mereka. Adakah ia wajar?

Ibu ayah, adakah anda setuju Pusat Jagaan Kanak Kanak mengamalkan penjarakan sosial? 

Terdahulu, baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan lagi selama empat minggu sehingga 9 Jun ini.

Menurut YAB PM kesayangan ramai ini, keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau turut menambah dalam ucapannya, meskipun negara telah mencapai banyak perkembangan positif namun usaha memerangi wabak corona virus ini belum berjaya sepenuhnya lagi.

Lantas dengan itu, semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) akan dilaksanakan sepanjang tempoh berkenaan.

SOP di dalam pusat jagaan kanak kanak

pusat jagaan kanak kanak

Disebabkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) ini telah mula dikuatkuasakan maka ramai ibu bapa yang akan keluar bekerja dan sudah memulakan rutin harian mereka seperti kebiasaannya.

Atas sebab itu, ibu bapa perlu menghantar anak-anak ke taska atau pusat asuhan kanak-kanak seperti selalu bagi membolehkan mereka keluar bekerja.

Namun rata-ratanya orang ramai masih bimbang tentang penjarakan sosial di kalangan kanak-kanak.

Hal ini kerana, seperti yang kita sedia maklum kanak-kanak ini manalah tahu duduk diam lama-lama. Malah mereka suka berlari dan  explore semua benda yang ada di depan mata.

Tambahan pula bila dapat jumpa semua kawan-kawan balik tentunya perasaan teruja itu mula terbit dalam jiwa kanak-kanak ini.

Jadi persoalannya, bagaimana penjarakan sosial ini boleh diamalkan dalam taska? Selain, boleh atau tidak guru-guru taska mengawal keadaaan tersebut?

Walaubagaimanapun, tular baru-baru ini sebuah taska yang terletak di Johor Bahru yang mengamalkan social distancing di kalangan anak asuhan mereka bagi mengelakkan penyebaran virus corona ini.

Pihak taska melakukan sanitize keseluruhan kawasan taska

pusat jagaan

Kami difahamkan bahawa taska terbabit sejak mula beroperasi telah melakukan sanitize di keseluruhan kawasan taska bagi memastikan kebersihan di premis berkenaan sentiasa dalam keadaaan terjaga dan terkawal dari sebarang wabak yang berbahaya.

Selain itu, pihak taska juga telah menetapkan beberapa SOP yang perlu diikuti oleh ibu bapa sebelum mereka menghantar anak ke pusat jagaan tersebut.

Walaupun ada peningkatan dan pembaharuan dari sudut tersebut namun ada warganet yang bersetuju dan ada juga yang kurang bersetuju.

Meskipun itu, ini antara SOP PKPB yang telah dilaksanakan oleh taska berkenaan.

1) Ibu bapa disarankan untuk memandikan anak mereka terlebih dahulu sebelum menghantar anak ke pusat jagaan kanak kanak berkenaan.

2) Semasa menurunkan anak di pusat tersebut, ibu bapa perlu ‘ambil giliran’ seorang demi seorang terlebih dahulu.

3) Anak-anak tidak dibenarkan masuk ke dalam taska jika suhu badan melebihi dari 37 darjah celcius dan ke atas.

4) Pihak taska akan sentiasa memantau dan melakukan check suhu ke atas anak-anak di sepanjang keberadaan mereka di dalam pusat jagaan. Sekiranya didapati anak mereka demam dengan suhu yang tinggi maka ibu
bapa harus segera mengambil anak mereka di pusat jagaan tersebut.

5) Guru-guru akan sentiasa memakai topeng muka semasa berada di dalam taska.

Stories Rakan Kongsi
The Lazy Mum’s Guide to Leading a Healthier Life
The Lazy Mum’s Guide to Leading a Healthier Life
Mengapa Pendidikan Kewangan Penting
Mengapa Pendidikan Kewangan Penting
Food Delivery from Sunway Pyramid: Just ‘Order & Collect’ Your Family Meals from Multiple Retailers in ONE DELIVERY!
Food Delivery from Sunway Pyramid: Just ‘Order & Collect’ Your Family Meals from Multiple Retailers in ONE DELIVERY!
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

6) Anak-anak jagaan akan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial di sepanjang berada dalam pusat jagaan.

7) Pihak taska tidak akan mengadakan sebarang aktiviti outdoor sepanjang PKPB berlangsung.

8) Anak-anak akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap daripada kumpulan tersebut akan dijaga oleh seorang guru.

9) Pihak pusat jagaan tidak akan melakukan sebarang bentuk aktiviti yang memerlukan sentuhan antara satu sama lain di sepanjang waktu taska beroperasi.

10) Waktu mula beroperasi antara jam 7 hingga 5 petang

11) Ibu bapa perlu memberitahu kepada guru besar terlebih dahulu sebelum hantar anak ke pusat jagaan kerana ada ibu bapa yang bekerja selang seli.

12) Akhir sekali, jika ibu bapa tidak bekerja, anda digalakkan untuk menjaga anak-anak sendiri di rumah.

Selain itu, hand sanitizer juga turut disediakan setiap masa di dalam taska terbabit dan tempat tidur kanak-kanak juga diletakkan secara berjauhan antara satu sama lain.

Ada ibu bapa yang kurang bersetuju dengan penjarakan sosial di kalangan anak kecil

Walaupun pihak taska melakukan SOP berkenaan, namun tak kurang juga ada segelintir ibu bapa yang tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

penjarakan sosial

Menurut salah seorang pengguna FB, beliau mengatakan sama ada boleh atau tidak kanak-kanak kecil duduk diam sampai ibu bapa mereka menjemput sewaktu balik. Malah hakikatnya tidak semudah itu.

Tak kurang juga yang bimbang bila SOP ini dikeluarkan dan diterjemahkan dalam bentuk sebegini. Malah, berharap kanak-kanak tersebut tidak diminta melakukan sedemikian di sepanjang hari dan tidak membelakangkan fitrah anak kecil untuk bermain.

Malah ada juga yang mengatakan ia seolah memberi penderaan emosi dan proses pembentukan kanak-kanak akan terbantut. Malah, anak sendiri di rumah juga tidak cukup ruang bermain dan hanya mampu kekal dua saat sahaja di satu tempat.

Hmm…bagaimana pula dengan pandangan anda? Adakah anda sudah bersedia untuk menghantar anak ke pusat jagaan atau lebih rela menjaga si kecil di rumah sahaja dengan meminta bos bekerja dari rumah?

Jom usulkan pandangan anda di ruangan komen dalam Facebook kami.Penjarakan Sosial Pada Anak Taska, Ada Ibu Bapa Setuju Dan Ada Yang Tidak, Ini Sebabnya

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Kids Paradise Care Centre JB, Jameyah Sheriff

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Perbezaan Taska Dan Tadika Untuk Anak, Ini Info Lengkap Bagi Mengelakkan Ibu Ayah Keliru

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Prasekolah
  • /
  • Penjarakan Sosial Pada Anak Taska, Ada Ibu Bapa Setuju Dan Ada Yang Tidak, Ini Sebabnya
Kongsikan:
  • Tips Memilih Prasekolah Untuk Anak Yang Sesuai, Ibu Ayah Pertimbangkan 12 Perkara Ini Dahulu!

    Tips Memilih Prasekolah Untuk Anak Yang Sesuai, Ibu Ayah Pertimbangkan 12 Perkara Ini Dahulu!

  • Taska Kemas Untuk Anak 2-4 Tahun: Cara Permohonan, Syarat & Senarai Taska KL Selangor

    Taska Kemas Untuk Anak 2-4 Tahun: Cara Permohonan, Syarat & Senarai Taska KL Selangor

  • Daftar Prasekolah 2025,Mohon Prasekolah 2025/2026 Jika Anak Lahir 2 Jan 2019-15 Jan 2021

    Daftar Prasekolah 2025,Mohon Prasekolah 2025/2026 Jika Anak Lahir 2 Jan 2019-15 Jan 2021

  • Tips Memilih Prasekolah Untuk Anak Yang Sesuai, Ibu Ayah Pertimbangkan 12 Perkara Ini Dahulu!

    Tips Memilih Prasekolah Untuk Anak Yang Sesuai, Ibu Ayah Pertimbangkan 12 Perkara Ini Dahulu!

  • Taska Kemas Untuk Anak 2-4 Tahun: Cara Permohonan, Syarat & Senarai Taska KL Selangor

    Taska Kemas Untuk Anak 2-4 Tahun: Cara Permohonan, Syarat & Senarai Taska KL Selangor

  • Daftar Prasekolah 2025,Mohon Prasekolah 2025/2026 Jika Anak Lahir 2 Jan 2019-15 Jan 2021

    Daftar Prasekolah 2025,Mohon Prasekolah 2025/2026 Jika Anak Lahir 2 Jan 2019-15 Jan 2021

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham