Atasi Masalah Nipple Crack Dengan Pemilihan Krim Nipple Cream Yang Betul

Ibu menyusu sering berhadapan dengan masalah puting merekah atau nipple crack. Penggunaan nipple cream antara cara paling mudah untuk menyelesaikan masalah ini, namun bagaimana untuk pastikan krim pilihan anda selamat untuk bayi?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada kalanya ibu-ibu baru seringkali berhadapan dengan masalah menyusukan bayi. Antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu semasa penyusuan antaranya seperti susu badan terlalu banyak menyebabkan buah dada bengkak, bayi tidak mahu menyusu dan juga nipple crack atau lebih dikenali sebagai puting merekah.

Ibu yang mengalami puting merekah ini akan merasakan puting payudara mereka terlalu pedih dan sakit setiap kali bayi mereka menyusu badan. Ini kadang kala menyebabkan mereka enggan untuk terus menyusukan bayi atau sengaja melengah-lengahkan masa ketika penyusuan. 

Sebelum anda menyalahkan diri sendiri, sebenarnya anda perlu tahu beberapa faktor yang menyebabkan masalah puting mereka ini terjadi. Antara faktor menyebabkan ibu mengalami masalah puting merekah ialah:-

  • Bayi ada masalah untuk menyusu sendiri (berkemungkinan puting payu dara ibu terlalu kecil).
  • Tidak mendapat posisi yang terbaik ketika penyusuan.
  • Tidak menguasai teknik penyusuan yang ideal.
  • Menggunakan pam susu yang tidak sesuai dan tidak mengikut kaedah yang betul. Jika saiz corong pam terlalu kecil ataupun tahap tekanan sedutan terlalu tinggi boleh menyebabkan puting merekah. (*Adalah sangat disyorkan anda perlu berbincang dengan perunding penyusuan profesional bagi mendapatkan nasihat tentang pemilihan pam susu yang sesuai dengan saiz dan bentuk payudara anda)

Begitu juga untuk bayi yang baru tumbuh gigi dan mempunyai kecenderungan untuk mengigit serta menghisap dengan kuat. Pastinya ibu yang memang mengalami nipple crack akan menjadi lebih trauma.

Paling membimbangkan sekiranya bahagian puting tersebut mengalami luka ianya boleh menyebabkan kawasan tersebut bernanah. 

Selain punca di atas, faktor kulit kering atau masalah enzema juga menjadi penyumbang kepada nipple crack.

Geseran akibat daripada pemakaian baju dalam yang tidak bersesuaian seperti bra terlalu ketat juga boleh menjadi penyebab kepada masalah nipple crack tanpa disedari.

Atasi masalah puting merekah dengan menggunakan nipple cream 

Kredit: Shutterstock

Antara cara yang boleh diamalkan dalam mengatasi masalah nipple crack ini adalah melalui penggunaan nipple cream. Nah! Tidak hairanlah begitu banyak produk nipple cream yang ada ditawarkan di pasaran pada hari ini.

Sebagai ibu kita perlulah bijak dalam memilih krim yang terbaik bukan sahaja untuk diri sendiri bahkan buat bayi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sememangnya menggunakan nipple cream dapat membantu ibu mengatasi masalah nipple crack terutama dalam memberi kelembapan dan melembutkan bahagian kulit di puting.

Selain itu penggunaan krim ini juga dapat membantu memulihkan serta mengurangkan kesakitan di bahagian tersebut.

Ibu juga perlu mengambil insiatif untuk melihat, membaca dan mengkaji terlebih dahulu formualsi yang digunakan dalam penghasilan krim tersebut samada ianya benar-benar selamat serta sesuai untuk ibu yang sedang menyusu.

Antara krim yang dilarang penggunaannya di bahagian puting payudara buat ibu yang sedang menyusu seperti :-

  • Krim yang mempunyai kandungan alkohol
  • Krim mengandungi bahan petroleum
  • Krim Untuk Masalah Kebas (Numbing cream)
  • Krim yang menggunakan bahan Lanolin yang tidak diproses (Unpurified Lanolin)

Produk memulihkan puting merekah yang disyorkan: Mama’s Choice Intensive Nipple Cream

Pengenalan Mama’s Choice Intensive Nipple Cream di pasaran adalah hasil daripada respon melibatkan lebih 10,000 orang ibu melalui penyelidikan dan perbincangan ‘focus group’ mengenai produk nipple cream yang mereka ingin guna dan mahukan.

Ibu tidak perlu bimbang kerana nipple cream Mama’s Choice ini diyakini halal, diformulasi dari 100% bahan semulajadi seperti ekstrak daripada buah kurma, minyak kelapa dan shea butter. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, produk ini diformulasi daripada gred makanan menjadikannya selamat digunakan terutama kepada bayi. Sekiranya bayi kita secara tidak sengaja termakan krim ini semasa penyusuan ianya tidak akan mendatangkan kemudaratan.

Keberkesanan dan keselamatan formulasi didalam produk Mama’s Choice Intensive Nipple Cream telah diuji secara klinikal dan tidak akan mendatangkan kesan iritasi, alahan atau kerengsaan pada kulit. Krim ini juga sangat mudah dibersihkan.

Kelebihan Mama’s Choice Intensive Nipple Cream

Antara kebaikan tiga bahan semulajadi yang terdapat didalam Mama’s Choice Nipple Cream adalah seperti berikut:

1.Ekstrak kurma

Buah kurma sememangnya kaya dengan anti oksida dan anti penuaan. Ianya boleh memberi kelegaan dan memperbaiki masalah kawasan puting yang merekah.

 2. Minyak kelapa

Kebaikan minyak kelapa adalah dapat memberikan kelembapan dan melembutkan kulit secara semulajadi terutama pada kulit yang bermasalah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Shea Butter

Shea butter dari pokok shea yang kaya dengan sifat pelindung kulit dan anti-radang yang dapat membantu memperbaiki tekstur kulit.

Didatangkan dalam bentuk tiub, yang sememangnya sangat praktikal untuk dibawa ke mana sahaja. Manakala tekstur krimnya sangat lembut dan ringan sekaligus memberi rasa selesa setiap kali sapuan dilakukan. Krim ini juga tidak mempunyai rasa dan aroma menjadikan bayi yang sedang menyusu lebih tenang tanpa gangguan.

Penggunaan Mama’s Choice Intensive Nipple Cream sangat mudah. Hanya bersihkan payudara anda menggunakan kain lembut selepas penyusuan.

Seterusnya picit tiub Mama’s Choice Nipple Cream mengikut amaun yang dikehendaki (sedikit sahaja sudah memadai). Sapukan secara lembut di kawasan puting. Untuk keberkesanan amalkan kegunaan Mama’s Choice Nipple Cream sebagai rutin harian secara konsisten.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk pembelian Mama’s Choice Intensive Nipple Cream boleh dapatkan di Shopee.

Baca juga: Puting Berubah Warna Gelap Ketika Hamil, Adakah Ia Simptom Biasa @ Tak Normal?

Penulis

Contributor