Rambut Bayi Lambat Tumbuh, Siap Ada Kesan Botak Di Tengah Kepala, Ini Tips Untuk Ibu Ayah

Risaunya hati bila tengok rambut bayi anda lambat tumbuh? Ketahui punca mengapa rambut bayi anda lambat tumbuh & cara terbaik untuk menanganinya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rambut bayi anda lambat tumbuh? Adakah ini sesuatu yang normal atau sesuatu yang perlu dibimbangkan? 

Sewaktu bayi berada dalam kandungan, ibu bapa sentiasa tertanya-tanya macammanalah agaknya rupa anak dan bagaimana keadaannya. Untuk rambut bayi yang baru lahir pula, rambut mereka adalah berbeza-beza. Ada yang lahir dengan rambut yang lebat dan tebal dan ada pula yang lahir dengan rambut yang halus. Memang tidak sama. Jadi, ibu bapa janganlah pula banding-bandingkan dengan anak orang lain pula ya. 

Rambut bayi baru lahir

Anda sukar nak menjangka rambut bayi yang baru lahir sama ada anak anda akan mendapat rambut yang lebat atau pun tidak. Kebanyakan bayi yang mempunyai rambut yang lebat sewaktu lahir juga akan gugur kemudiannya, tetapi ia tumbuh semula. Jadi, ia bukanlah sesuatu yang perlu ibu bapa risaukan.

Kenapa rambut bayi lambat tumbuh?

Kredit: Pexels

Ibu  bapa perlu mengetahui bahawa pertumbuhan rambut berlaku sewaktu kandungan berusia 30 minggu. Besar kemungkinan jika anak anda sudah mula tumbuh rambut sewaktu dalam kandungan lagi, anak anda akan mempunyai rambut sewaktu dilahirkan. Jika anda lihat bayi mempunyai rambut sewaktu lahir, inilah sebabnya!

Punca rambut bayi lambat tumbuh adalah disebabkan oleh hormon. Tahukah anda? Hormon memainkan peranan yang penting dalam merangsang pertumbuhan rambut bayi yang berada dalam kandungan. Sewaktu bayi berada dalam kandungan, hormon yang dihasilkan adalah tinggi dan ianya membantu pertumbuhan rambut bayi.

Tetapi, sebaik sahaja apabila bayi dilahirkan, pertumbuhan rambut bayi juga mula lambat disebabkan kadar hormon yang berkurangan. Rambut bayi mula gugur dan ada juga yang botak sehinggalah bayi memasuki tahap perkembangan yang lain, kemudian rambut baru akan tumbuh menggantikan rambut yang lama.

Jadi, janganlah bimbang sangat ibu bapa kalau anak anda belum ada rambut lagi. Ini sesuatu yang sangat normal. Sungguhpun begitu, ada beberapa cara tau untuk anda praktikkan atau lakukan untuk merangsang pertumbuhan rambut bayi anda. Caranya mudah sahaja dilakukan. Jom kita baca!

Cara untuk lebatkan rambut bayi

Kredit: Pexels

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1 Lumur minyak kelapa dara atau minyak zaitun

Umum kita ketahui bahawa minyak kelapa mempunyai banyak sangat manfaat dan khasiat. Salah satunya yang kita nak ketengahkan disini adalah ianya kaya dengan Vitamin E yang sangat baik untuk rambut. Ia penuh dengan antioksida dan membantu pengaliran darah pada kulit kepala. Kalau orang dewasa pakai pun boleh bawa manfaat yang mana ianya akan memberikan seri pada rambut. Tak adalah rambut nampak kusam.

Anda boleh lumurkan minyak kelapa atau minyak zaitun pada kulit kepala anak anda. Lebih baik anda gunakan minyak kelapa asli dan bukannya minyak yang mengandungi bahan kimia. Urut kepala anak anda dengan perlahan-lahan dan biarkan selama 20 minit. Kemudian, bilas dengan air suam.

#2 Syampu rambut bayi

Eh? Syampu rambut bayi? Boleh ke? Boleh sahaja ibu-ibu! Tapi pastikan syampu yang digunakan sesuai untuk bayi ya dan bukannya syampu orang dewasa. Syampu menggalakkan pertumbuhan rambut dengan cara ianya membersihkan kulit kepala dan juga membantu mengurangkan kerak kepala pada bayi.

Syampu rambut anak anda apabila anak anda sudah besar sedikit bermaksud anak anda bukan lagi berada dalam usia baru lahir. Basuh setiap 2 atau 3 kali sehari sambil mengurut perlahan rambut. Bila kulit kepala bersih, senanglah rambut nak tumbuh kan? Sebagai tambahan, anda juga boleh gunakan perapi khas untuk rambut anak anda untuk memberikan semula kelembapan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3 Berus rambut dan kulit kepala

Cuba sikat rambut anak anda, berus kulit kepala atau urut kepala anak anda. Lakukan dengan perlahan-lahan agar tidak menyakiti anak anda. Bukan sahaja ianya boleh membantu pertambahan rambut, ianya juga boleh mengurangkan kerak kepala dan membuang kulit kering.

Kalau anda baru lepas melumur rambut anak anda dengan minyak pun anda masih boleh memberus rambut anda dengan menggunakan jari. Urut-urut sedikit kepala anak anda.

#4 Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Pexels

Salah satu cara nak galakkan pertumbuhan rambut adalah dengan mengamalkan permakanan yang seimbang. Bukan sahaja untuk anak sahaja tau yang kena makan makanan berkhasiat. Ini juga untuk ibu kerana anak akan mendapat manfaat khasiat daripada susu badan ibu. Jadi ibu kenalah jaga makan ya. 

Amalkan permakanan yang mengandungi vitamin A, B dan vitamin D, zat besi, protein dan sebagainya untuk menggalakkan rambut anak anda tumbuh dengan cepat. Sebagai contoh, makanan untuk vitamin A adalah seperti mangga, lobak merah, labu dan sebagainya.  Anda juga boleh memperkenalkan sayur-sayuran dalam permakanan anak anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5 Potong rambut anak atau cukur rambut

Sayang kan nak potong rambut anak? Tetapi jika rambut anak anda tidak sekata, anda boleh gunakan petua ini dengan memotong bahagian yang panjang terlebih dahulu. Anda juga boleh mencukur rambut anak anda.

Petua-petua lain untuk lebatkan rambut anak

  • Jangan ikat rambut anak dengan ketat
  • Sapu bawang putih yang dibakar, ambil jusnya sahaja
  • Sapu santan pada kulit kepala
  • Guna minyak buah keras

Sumber: Healthline

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Cara MELEBATKAN RAMBUT Bayi Dengan Cepat, Bolehlah Cuba Dan Lihat Hasilnya!

Penulis

Nina Osman