14 Bahan Di Dapur Ini Boleh Merawat Morning Sickness Semasa Kehamilan

Penat juga apabila asyik rasa mual dan muntah ketika hamil. Tapi sekarang anda boleh guna 14 bahan dari dapur ini untuk atasi masalah morning sickness!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita hamil biasanya akan mengalami “morning sickness” pada trimester pertama kehamilan. Morning sickness adalah rasa mual dan muntah ketika hamil. Penat kan? Apakah cara rawat morning sickness yang mudah? Mesti ramai ibu baru tertanya-tanya kan?

Walaupun dipanggil sebagai “morning” sickness, tapi gejala ini bukan berlaku pada waktu pagi saja. Pada bila-bila masa pun ibu hamil dapat rasa mual atau muntah.

Tapi selalunya rasa morning sickness akan hilang selepas trimester pertama. Akan tetapi, ada juga ibu-ibu hamil yang mengalami morning sickness teruk, hingga boleh mengancam nyawa!

Ia dikenali sebagai Hyperemesis Gravidum. Kate Middleton antara ibu terkenal yang mengalaminya. 

Walaupun morning sickness tak seteruk hyperemesis gravidum, tapi penat juga asyik rasa mual dan nak muntah.

14 Bahan Semulajadi Untuk Rawat Morning Sickness Boleh Di Dapat Di Dapur Sahaja

1. Air masak

Kredit: Pixabay

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Minum air masak dengan banyak untuk mengatasi rasa mual dan nak muntah.

Malah, minum air masak yang mencukupi juga membantu badan anda daripada dehidrasi dan meningkatkan sistem pencernaan.

2. Halia

Dalam banyak-banyak bahan semulajadi di dapur yang boleh rawat morning sickness, halia adalah bahan yang paling terbaik!

Ia meningkatkan sistem pencernaan dan mengurangkan asid dalam perut. Nanti, anda takkan lagi pening, mual dan rasa nak muntah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda boleh minum teh halia dengan madu setiap pagi.

3. Daun pudina

Daun pudina mengandungi methanol yang boleh mengelak rasa mual ketika hamil. Sediakan teh pudina dan tambah daun pudina kering ke dalamnya. Minum setiap pagi.

Anda juga boleh menitikkan minyak pati pudina ke sapu tangan. Hidu bila rasa nak muntah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Buah lemon

Kredit: Sarah Chai/Pexels

Buah lemon mempunyai aroma yang mampu menenangkan badan anda. Kalau anda rasa mual dan nak muntah, segera bau lemon segar.

Atau anda juga boleh masukkan lemon ke dalam air, tambah madu/gula dan minum setiap pagi. Jangan simpan lemon lama sangat, takut jadi pahit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Oat atau gandum

Bagi yang berselera untuk makan oat (sebab saya tak suka!) atau gandum, cuba makan ia dengan susu setiap jam. Ia dikatakan mampu mengurangkan morning sickness.

6. Cuka epal 

Cuka epal adalah pH neutral yang boleh buat asid gastrik dalam perut jadi semulajadi.

Anda boleh menambah satu sudu madu dalam cuka epal bersama air dan minum ia sebelum tidur atau pada waktu pagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Vitamin B6

Anda boleh ambil makanan tambahan vitamin B6 (minimum 25mg) dan makan beberapa makanan yang kaya dengan vitamin B6 setiap malam.

Antara makanan yang kaya dengan vitamin B6 adalah:

  • beras perang
  • avokado
  • buah pisang
  • ikan 
  • kekacang

8. Brokoli

Kredit: Daria Shevtsova/Pexels

Brokoli kaya dengan asid folik yang membantu meredakan rasa mual ketika hamil. Anda boleh masukkan brokoli dengan halia, daun pudina dan buat sup!

9. Yogurt

Yogurt kaya dengan vitamin B12 yang amat berkhasiat untuk wanita hamil. Pribiotik ini boleh dimakan dengan buah-buahan segar.

10. Buah kiwi

Buah kiwi, buah pisang dan beri biru amat sedap malah mampu membantu anda dalam hal mual ini! Sedapnya ia juga boleh dimakan dengan madu.

11. Biji cengkih

Biji cengkih kaya dengan aroma yang boleh melegakan perut anda. Cuba masukkan biji cengkih dalam teh madu, atau dalam masakan harian anda.

12. Spirulina

Siapa suka minum spirulina? Spirulina bukan saja bagus untuk atasi masalah mual dan muntah, malah ia kaya dengan protein dan boleh membantu sistem penghadaman.

Kalau anda tak lalu nak minum spirulina begitu saja, cuba tambah pisang. Sedap! Spirulina juga hadir dalam bentuk tablet.

13. Kacang badam

Kredit: Karolina Grabowska/Pexels

Boleh kunyah-kunyah kacang badam sebelum anda tidur atau pada waktu pagi!

14. Bawang

Bawang boleh meredakan rasa sensasi nak muntah. Banyakkan makan bawang atau cuba ekstrak jus bawang dan campur dengan halia. 

Tapi, jangan khuatir sangat wahai ibu-ibu hamil.

Morning sickness adalah normal ketika kehamilan, melainkan anda mengalami muntah dan mual yang amat teruk seperti HG.

Ia tidak akan menjejaskan bayi dalam kandungan. Tapi, jom cuba 14 bahan dalam dapur yang kami bagi tadi!

Ada sebarang petua lain lagi yang anda amalkan? 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Sejak Hamil, Asyik Nak Muntah? Jom Cuba 7 Tips Hilangkan Loya Ketika Mengandung Ini!

Baca juga: Minum Teh Berkhasiat Boleh Melegakan Rasa Mual Semasa Hamil, Buat Sendiri Pun Boleh!

Baca juga: Normalkah Jika Ibu Tiada Alahan Ketika Mengandung? Ini 5 Fakta Kenapa Ia Terjadi!

Penulis

Ayu Idris