Anak Tak Dengar Cakap Bukan Sebab Degil, Mungkin Kerana Tahi Telinga Tersumbat!

Ingatkan anak buat-buat tak dengar, rupa-rupanya memang dia tak dengar pun! Ibu ayah tolong periksa telinga anak sama ya...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak anda merasakan telinga tersumbat seolah-olah dipenuhi sesuatu, dan anda cuba keluarkannya dengan putik kapas? Hentikan perbuatan itu segera ya kerana ia mungkin boleh menyebabkan keadaan jadi lebih teruk!

Tahi telinga tersumbat adalah salah satu masalah telinga yang paling biasa dilihat oleh doktor yang  terjadi akibat penggunaan Q-tip (dan objek lain seperti “bobby pins”dan penghujung napkin bergulung), yang boleh mengeluarkan tahi telinga, tetapi boleh juga menolak separuh daripadanya lebih dalam melalui saluran telinga.

Selain itu, penggunaan alat bantuan pendengaran dan “earplug” juga boleh menyebabkan tahi telinga tersumbat.

Tabiat ini akan menyebabkan tali telinga masuk lebih jauh ke dalam telinga dan boleh menyebabkan kecederaan pada telinga.

Tahi Telinga Tersumbat Boleh Menghilangkan Pendengaran Sementara

sumber: clevelandclinic

Liang telinga menghasilkan sejenis kotoran yang dipanggil cerumen atau lebih dikenali sebagai tahi telinga. Sebenarnya, cerumen melindungi telinga dari habuk, zarah asing, mikroorganisma serta melindungi liang telinga daripada kerengsaan apabila terdedah kepada air.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila kelenjar menghasilkan tahi telinga berlebihan, ia boleh menjadi lebih keras sehingga mengakibatkan telinga tersumbat. Tahi telinga yang terkumpul adalah salah satu sebab bagi kehilangan pendengaran secara sementara.

Ini menjawab persoalan sekiranya ada dikalangan kita yang kurang dengar pada satu-satu masa!

Tanda-Tanda Telinga Tersumbat

Walaupun warna tahi telinga tidak begitu memainkan peranan, namun anda perlu peka apabila warna tahi telinga berubah dari warna kuning cerah kepada coklat gelap. Perhatikan juga tanda-tanda berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • kehilangan pendengaran secara tiba-tiba atau separa, yang biasanya bersifat sementara
  • tinnitus, iaitu rasa berdering atau berdengung di telinga
  • terasa penuh dalam telinga
  • sakit telinga

Tahi telinga tersumbat yang tidak dikeluarkan boleh menyebabkan jangkitan. Rujuk doktor jika anda mengalami gejala jangkitan, seperti:

  • Kesakitan yang teruk di telinga
  • Sakit di telinga yang tidak sembuh
  • Cecair keluar dari telinga
  • Demam
  • Batuk
  • Kehilangan pendengaran yang berpamjangan
  • Telinga berbau
  • Pening

Penting untuk diingati bahawa kehilangan pendengaran, pening, dan telinga sakit juga boleh disebabkan oleh punca-punca yang lain.

Pemeriksaan perubatan yang lengkap dapat membantu menentukan sama ada masalah itu disebabkan oleh tahi telinga tersumbat atau masalah kesihatan yang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2 Kaedah Merawat Dengan Selamat

Mungkin anda ingin cuba merawatnya di rumah, tetapi doktor menyarankan untuk membersihkan luaran sahaja dengan menggunakan putik kapas. Ini bagi mengelakkan risiko jangkitan atau kehilangan pendengaran. 

Terdapat beberapa rawatan atau cara untuk menghilangkan tahi telinga tersumbat ini, antaranya ialah:

#1 Melembutkan Tahi Telinga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk melembutkan tahi telinga, anda boleh membeli titisan telinga di famasi yang dihasilkan khusus untuk fungsi ini. Anda juga boleh menggunakan bahan berikut:

  • Minyak mineral
  • Hidrogen peroksida
  • Carbamide peroksida
  • Minyak bayi
  • Gliserin

#2 Pengairan (Irrigation) Dalam Telinga

Satu lagi cara untuk membuang tahi telinga tersumbat adalah dengan mengairi telinga. Jangan cuba mengairi telinga jika mengalami kecederaan telinga atau bakal menjalani prosedur perubatan yang berkaitan dengan telinga.

Pengairan terhadap gegendang telinga yang pecah boleh menyebabkan kehilangan pendengaran atau jangkitan.

Elakkan penggunaan produk yang dihasilkan untuk mengairi mulut atau gigi kerana ini akan menghasilkan lebih banyak tekanan yang mungkin tidak dapat ditampung oleh gegendang telinga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk mengairi telinga dengan betul, ikut arahan pada produk tersebut, atau ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Berdiri atau duduk dengan kepala anda dalam kedudukan tegak.
  2. Pegang bahagian luar telinga dan tariknya perlahan ke atas.
  3. Dengan jarum suntik, masukkan aliran air yang bersuhu badan ke dalam telinga. Air yang terlalu sejuk atau terlalu panas boleh menyebabkan pening kepala atau kesan sampingan yang lain.
  4. Keluarkan air di dalam telinga dengan mengiringkan kepala anda supaya liang telinga menghadap ke bawah.

Kaedah tersebut mungkin perlu dilakukan untuk beberapa kali. Jika sering mengalami tahi telinga tersumbat, pengairan telinga secara rutin boleh membantu mencegah keadaan ini.

Bagi kanak-kanak yang mempunyai tabiat memasukkan jari atau objek lain ke dalam telinga pula, kerapkan memeriksa telinga mereka untuk memastikan tiada tahi telinga tersumbat. Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini telah disadur dari Doctor On Call, atas kebenaran mereka.

Baca juga:

8 tanda anak anda mungkin ada masalah pendengaran

Penulis

Beto Rahman