Adakah autisme pada anak boleh disembuhkan di Malaysia?

Semakin ramai kanak-kanak di Malaysia didiagnosis dengan autisme. Adakah Malaysia menyediakan sebarang rawatan autisme? Bagaimana caranya?

Semakin hari, semakin ramai kanak-kanak didiagnosis menghidap autisme. Hal ini membuatkan ramai ibu bapa tertanya-tanya — adakah ada rawatan autisme?

Kanak-kanak yang mempunyai autisme mungkin mempunyai masalah komunikasi dan interaksi dengan orang lain, menjadikannya sukar bagi mereka untuk menjalani kehidupan normal.

Tapi sebelum kita membincangkan tentang rawatan autisme, mari kita selami apa itu autisme dahulu.

Rawatan autisme: Apakah itu autisme?

Autisme, juga dikenali sebagai Autism Spectrum Disorder (ASD), merupakan ketidakupayaan perkembangan saraf yang menjejaskan fungsi otak.

Kanak-kanak autisme mungkin kelihatan normal, tetapi cara mereka berkomunikasi, berinteraksi, belajar atau perilakunya mungkin berbeza.

Kredit Gambar: Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia

Keupayaan mereka berfikir atau menyelesaikan masalah boleh menjadi sangat luar biasa ataupun perlu dibantu.

Sesetengah kanak-kanak boleh menjalani kehidupan seharian tanpa dibantu, tetapi terdapat juga yang memerlukan bantuan.

Kanak-kanak autisme kelihatan seperti mereka hidup di dalam dunia mereka sendiri dan mereka tidak peduli kepada orang sekeliling mereka. Mereka perlu untuk bersendirian.

Kredit: Kredit Gambar: Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia

Mereka mempunyai masalah komunikasi tanpa verba. Mereka tidak menyedari apabila orang lain sedang bercakap dengan mereka.

Mereka suka bergaul tetapi mereka tidak tahu cara untuk bermain atau bercakap dengan orang di sekeliling.

Mereka tidak dapat memahami fikiran dan perasaan orang lain.  Dan mereka mungkin akan mengulangi perbuatan tertentu tanpa berhenti.

Rawatan autisme: Adakah autisme boleh disembuhkan?

Sebenarnya, tiada rawatan yang boleh menyembuhkan autisme.

Masih tiada rawatan yang boleh merawat simptom terasnya. Kanak-kanak autisme harus meneruskan kehidupan dengan autisme sepanjang hayat mereka.

Meskipun begitu, terdapat rawatan terapi yang boleh membantu menjadikan kehidupan pesakit autisme menjadi lebih baik.

Mereka boleh menjadi lebih baik dengan penjagaan yang sempurna.

Adakah terdapat sebarang rawatan autisme lain?

Walaupun autisme merupakan penyakit sepanjang hayat dan tidak boleh disembuhkan, terdapat ubat-ubatan dan terapi yang boleh mengurangkan simptom autisme dan menyokong keupayaan pesakit untuk menjalankan aktiviti seharian.

Kanak-kanak mungkin bertindak balas terhadap rawatan dalam cara yang berbeza.

Demikiannya, ia adalah penting untuk mendapatkan bantuan daripada golongan profesional (doktor, pakar kanak-kanak) untuk memastikan rawatan yang diberikan adalah bermanfaat, dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

Dan sentiasa beringat, kanak-kanak autisme masih boleh dijangkiti penyakit lain, atau tercedera seperti kanak-kanak yang bukan autisme.

Maka, mereka memerlukan perhatian terhadap tahap kesihatan seperti kanak-kanak lain.  

Mereka perlu berjumpa dengan doktor dan doktor gigi mengikut jadual. Walaupun begitu, simptom autistis ini mungkin akan menjadi penghalang.

Sebagai contohnya, mereka tidak mahu bercakap dengan doktor, atau mereka tidak boleh duduk dengan tenang di atas kerusi doktor gigi.

Di dalam kes sebegini, kesihatan mental dan fizikal haruslah dipantau.

Tiada rawatan penyembuhan terhadap autisme tetapi rawatan awal adalah berkesan untuk mengurangkan simptom autisme, membantu kanak-kanak autisme belajar kemahiran baru untuk mengatasi kesukaran yang dihadapi mereka.

Diagnosis dan rawatan haruslah dilakukan secepat mungkin.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh theAsianparent Malaysia atas keizinan

Kredit gambar: hiteducationaltopic.com

Image via Hello Doktor / Facebook

Hello Doktor: Laman web rasmi | Facebook

Baca juga: 

https://my.theasianparent.compunca-autisme/

 

Penulis

Ayu Idris