Tugas ayah apabila ibu keluar bekerja
Ahemm… mungkin semua ibu di sini menganggap tugas ayah adalah tugas yang paling senang kerana biasanya ibu yang melakukan segala-galanya.
Tetapi bagaimana pula apabila ibu itu terpaksa keluar bekerja?
Barulah si ayah dapat merasakan betapa susahnya mengimbang kerja sambil menjaga anak.
Mari kita baca kisah lucu tentang ayah ini yang berkongsi realiti tugas seorang ayah apabila isteri terpaksa kerja.
Ini kisah seorang ayah yang menjaga anak
****
Baru-baru ini isteri saya terpaksa ke luar bandar untuk beberapa hari kerana bekerja dan saya ditugaskan menjaga rumah dan anak-anak seorang diri.
Dengan macam senang saja, bukan? Hari saya bermula begini.
Tugas pertama: Bangunkan anak
Aduh, awalnya kena bangun? Saya baru ingat saya perlu hantar 3 daripada 5 orang anak saya ke sekolah.
Kerana malas nak bangun, saya memutuskan untuk hantar mesej ke telefon bimbit mereka suruh mereka bangun.
Walaupun telefon mereka menunjukkan mereka offline, tapi saya masih cuba hantar mesej beberapa kali. Apabila tidak dapat balasan, akhirnya saya terpaksa bangun juga.
Saya baca senarai yang diberi oleh isteri saya untuk hari ini. Di mana saya perlu mengambil anak, bila dan apa saya perlu masak untuk makan malam.
Banyak juga senarainya!
Tugas kedua: Sarapan dan sekolah
Sambil minum kopi saya dengar dua anak perempuan yang lebih tua berkelahi.
Saya suruh mereka berhenti bergaduh. Saya hulurkan bijirin, sudu, dan suruh mereka makan.
Kredit: Air Combat Command
Borang lawatan yang dianjurkan sekolah anak lelaki saya perlu ditandatangani.
Borang itu ada 4 muka surat dan saya baru perasan ia sepatutnya diserahkan kepada guru SEMALAM. Okay. Takpa. Saya akan biar isteri saya uruskan ini apabila dia balik nanti. #SETTLED
Tugas ketiga: Urus anak yang lebih tua
Kredit: Flickr
Dapur saya penuh dengan pinggan mangkuk, rumah saya kucar-kacir. Okay. Tak apa. Nanti saya bersihkan sebelum isteri balik.
Roti yang saya tolong sediakan untuk anak saya hangus. Saya dengar anak saya kata kalau ibu ada, ini pasti tidak akan terjadi. Hmmm..
Saya cuba hantar duit ke kantin sekolah, supaya saya tak perlu sediakan makanan tengahari untuk anak, tapi saya gagal.
Saya terpaksa minta pertolongan isteri. Dia berjaya melakukannya walaupun berada di negeri lain. #TERROR
Seorang lagi anak saya perlu duit $20 untuk akitiviti sekolah. Dompet saya tidak ada duit, saya sudah lama pakai kad untuk membayar semua barang.
Saya beritahu anak saya, takapa, nanti saya hantarkan kat sekolah sebelum mereka keluar pintu.
Tugas keempat: Urus anak yang lebih kecil
Selepas anak-anak yang lebih tua sudah pergi sekolah, tinggal anak-anak saya yang lebih kecil.
Susah betul untuk bangunkan mereka. Mereka tidur lambat semalam kerana saya terlampau beri coklat.
Saya gagal mencari seluar kegemaran anak gadis saya, sehingga dia hampir menangis.
“Nanti ayah tolong carikan” saya beritahunya sambil cepat-cepat masak sosej untuk anak lelaki saya yang seorang lagi.
Inilah sarapan paling senang, lagipun saya belum lagi sempat minum kopi tadi.
OH YEAH, mana kopi tadi? Saya terlupa kopi saya. Hmmm… apa lagi tugas saya? Baca lagi senarai dari isteri tadi.
Anak lelaki saya nak makan mac ’n cheese untuk makan tengahari.
Saya baru sempat panaskan 10 minit sebelum bas sekolahnya sampai. Saya cuba agak masa yang tinggal dan memutuskan mereka tidak sempat naik bas, dan saya akan hantar mereka ke sekolah.
Lagipun saya masih sibuk cari seluar kesayangan anak gadis saya.
Hancur… Saya gagal cari seluar anak saya.
Kami cuma tinggal 15 minit lagi sebelum sekolah bermula dan kami berdua masih di rumah memilih seluar lain yang sesuai. Anak gadis saya tidak menangis #WIN
Duduk untuk 1 minit minum kopi lalu hantar anak-anak ke sekolah. Saya tunggu sehingga mereka masuk pintu sekolah sebelum balik ke rumah #ayahjugasayanganak
Akhirnya…
Sampai rumah, siapkan diri saya pulak. Hantar mesej ke pejabat untuk beritahu mereka saya masuk lambat hari ini.
Baru ingat. Saya kena ambil duit! Saya kena pergi kedai runcit berdekatan dengan ATM sambil beli sarapan untuk diri sendiri. Beli roti gulung bersama telur dan cis.
Hantar duit $20 tadi ke sekolah anak sulung. Hmm sedap juga roti gulung ni.
Walaupun sudah lambat untuk kerja, saya beli lagi roti gulung satu lagi. Letih tugas ini!
Macam mana isteri saya boleh harungi semuanya dengan sempurna? Baru sehari saya buat semua ini saya rasa sungguh kelam-kabut…. Argh!
Sumber: hidingintheclosetwithcoffee
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Amaran Menyayat Hati Dari Seorang Ayah Selepas Anaknya Maut Kerana Sepsis
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!