TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Ibu terkejut mendapat tahu anaknya mengandung - Sehari sebelumnya bersalin!

29 May, 2013
Ibu terkejut mendapat tahu anaknya mengandung - Sehari sebelumnya bersalin!

Setiap kandungan harus diberi penjagaan yang sepatutnya, tidak kira sama ada kehamilan anda itu dirancang atau sebaliknya. Ikuti kupasan berikut.

“Hah? Biar betul?! Matilah aku kalau ni memang betul…”

Haidku sudah lewat seminggu. Gerak hati mengatakan yang aku mungkin mengandung dan hasil ujian air kencing yang baru ku lakukan tadi mengesahkan jangkaanku.

Tiada siapa patut tahu tentang hal ini. Aku tak mahu dibuang sekolah.

Aku mahu belajar sampai habis demi segulung ijazah. Aku mahu dapat kerja yang bagus.

Tapi aku juga tidak sanggup membunuh janin yang sedang berkembang di dalam rahimku ini.

“Apa patut aku buat?”

Harapan Keluarga

Pauline (bukan nama sebenar) tidak menyangka yang dia mengandung. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu akan hal tersebut kerana takut dibuang sekolah atau terpaksa menangguhkan peperiksaan A-levelnya. Pauline merupakan harapan keluarga bagi membawa mereka keluar dari kepompong kemiskinan yang mereka alami.

Setiap kali terpandang wajah ayahnya yang sudah berusia 50an itu,dia pasti teringat pesan ayahnya,”Di Singapura,kau tidak akan mendapat gaji besar tanpa sebarang ijazah”.

 BERKAIT: 8 ways to prevent an unplanned pregnancy

Sembunyikan Kandungan

Dek kerana hamil luar nikah, Pauline tidak dapat menikmati keindahan dan keseronokan berbadan dua seperti bakal-bakal ibu yang lain yang sangat teruja menanti kedatangan ahli baru dengan membuat pelbagai persiapan.

Pauline terpaksa berlagak seperti remaja-remaja lain yang sebaya dengannya. Keinginannya untuk membeli pakaian bayi terpaksa ditahan agar tidak menimbulkan syak di kalangan rakan-rakan.

Malah pakaian sekolahnya juga dipakai satu saiz lebih besar daripada saiz sebenar badannya demi menyembunyikan kandungannya. Di sekolah, Pauline mengikuti kelas Pendidikan Jasmani seperti biasa. Dia malah berlari sejauh 2.4km bagi Anugerah Kesihatan Fizikal Kebangsaan sewaktu kandungannya berusia 3 atau 4 bulan!

BERKAIT:Is it safe for me to exercise during pregnancy?

Khabar Yang Mengejutkan

Oleh kerana Pauline berusia bawah 21 tahun, pihak hospital perlu mendapatkan pengesahan ibubapanya bagi menjalankan prosedur bersalin.

Atas nasihat kaunselor, dia terpaksa memberitahu ibunya tentang kehamilan itu. Ibunya yang pada awalnya amat terkejut,bingung dan kecewa kemudiannya bertukar prihatin.

Sudah tentu ibunya menangis,bukan kerana kecewa tetapi kerana risau anaknya itu tidak menjaga kandungannya dengan baik.

BERKAIT: Coping with an unexpected pregnancy

Hidup Baru

Hasil usahanya berbaloi apabila Pauline berjaya dalam peperiksaan A-levelnya dan seterusnya menyambung pengajian di peringkat ijazah.

Ibunya juga menyatakan hasrat untuk menjaga cucunya sendiri.

Pauline kini lebih bertanggungjawab. Dia bekerja sambilan bagi menampung perbelanjaan keluarga.

Anaknya itu telah menyatukan semula keluarga Pauline yang dahulunya hidup dengan cara masing-masing. Kini, sekali-sekala Pauline akan membawa keluarganya makan bersama di luar.

Apa yang penting sekarang ialah Pauline hanya mahu terus belajar dan mendapatkan kerja yang bagus supaya kebajikan anaknya lebih terjamin, dan mereka sekeluarga dapat keluar dari belenggu kemiskinan.

Penjagaan Sewaktu Kehamilan

Jika anda senasib dengan Pauline seperti dalam cerita di atas, anda mungkin mahu menyembunyikan kandungan anda namun memandangkan kini anda perlu menjaga satu lagi nyawa yang berada di dalam badan anda, elok juga jika anda memberi perhatian kepada penjagaan khusus sewaktu hamil bagi mengurangkan risiko kesihatan terhadap bayi anda.

– Lakukan pemeriksaan doktor sebaik usia kandungan memasuki 6-8 minggu. Bakal ibu perlu berjumpa doktor sebulan sekali untuk 7 bulan pertama, 2 kali sebulan dalam bulan berikut dan seminggu sekali dalam bulan terakhir.

– Pengambilan supplemen asid folik amat digalakkan bagi mencegah sebarang masalah berkaitan otak dan  saraf tunjang bayi.  1,000mcg (1mg) asid folik setiap hari di sepanjang tempoh kehamilan adalah yang optimum.

– Pastikan anda mengambil kalsium dalam kadar yang optimum bagi memenuhi keperluan kalsium bayi dan mengelakkan kalsium dari tulang anda ‘disedut’ oleh bayi.

– Elakkan memakan makanan mentah seperti sushi kerana ianya mengandungi ikan mentah. Jika anda ingin menikmati steak, pastikan ianya dimasak sempurna (well done) dan bukan separa masak. Makanan laut seperti tiram dan kerang-kerangan juga perlu dipastikan telah dimasak sebelum dimakan.

BERKAIT: Avoid Anemia with iron supplements

Kehamilan luar nikah bukanlah sesuatu yang menyeronokkan untuk dikongsi tetapi lambat-laun anda perlu juga memberitahu ibubapa anda tentangnya. Pilihlah masa yang sesuai untuk melakukannya. Sekiranya anda tidak sanggup melakukannya sendiri, mintalah bantuan orang yang lebih tua daripada ibubapa anda untuk menyampaikan berita yang kurang enak itu. Adalah lebih baik anda berterus-terang daripada terus-menerus berkonflik dengan diri sendiri.

Stories Rakan Kongsi
Walau Bagaimana Lain Pun Cara Parenting Kita & Ibu Bapa Kita Dulu, Mesti Ada Satu Yang Sama, Ini Dia!
Walau Bagaimana Lain Pun Cara Parenting Kita & Ibu Bapa Kita Dulu, Mesti Ada Satu Yang Sama, Ini Dia!
10 mistakes you make that will turn your kid into a monstrous brat
10 mistakes you make that will turn your kid into a monstrous brat
How Can I Improve My Child’s Nutrient Absorption?
How Can I Improve My Child’s Nutrient Absorption?
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

 

Rujukan:

Taking Care of You and Your Baby While You’re Pregnant

Eating During Pregnancy

Makan Di Luar Semasa Hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Faradibah Sudari

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Ibu terkejut mendapat tahu anaknya mengandung - Sehari sebelumnya bersalin!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham