Resepi Agar-Agar Lumut Yang Sedap & Mudah, Ibu Yang First Time Buat Confirm Jadi!

Resepi agar-agar lumut ini sangat mudah disediakan. Malah, rasanya juga sedap dan berlemak. Ibu boleh cuba buat confirm anak-anak suka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sedapnya kalau dapat makan agar-agar waktu berbuka puasa. Ditambah lagi agar-agar tersebut dimakan ketika sejuk iaitu baru saja dikeluarkan dari peti ais, enak rasanya menghilangkan kering mulut seharian berpuasa. Jadi apa kata kita cuba resepi agar-agar lumut dikongsikan oleh Muhammad Ali pada Facebook. 

Melihat kepada gambar cara pembuatan sehingga agar-agar ini siap dan sedia untuk dimakan, terasa sangat menyelerakan. Malah, resepi yang dikongsikan ini juga sedap, mudah serta mempunyai rasa berlemak. Ibu-ibu boleh cuba di rumah.  

Resepi agar-agar lumut atau agar-agar pandan santan

Bahan-bahan:

(sediakan loyang 8 inci)

  • 12 gram agar agar tali
  • 4 cawan air
  • 4 hingga 5 helai daun pandan
  • 200 ml santan
  • 1 biji telur
  • 125 gram gula atau ½ cawan gula (menurut Muhammad Ali, dia mengurangkan gula dalam resepi tersebut dan boleh melebihkannya jika suka)

Cara-cara:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kisar 4 hingg 5 daun pandan dengan 1 cawan air.  Apabila selesai dikisar, tapis air pandan tersebut.

  • Kacau sebati 200 ml santan dengan 1 biji telur gred A. Sekiranya anda menggunakan santan kotak, gunakan jenama Kara kerana ia berlemak dengan elok. Anda juga boleh mengisar santan bersama telur, jadi tekstur akan lebih halus. Setelah siap, ketepikan.
  • Hidupkan api, masukkan 4 cawan air dengan 12 gram agar-agar tali. Biarkan mendidih serta gunakan api sederhana.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Apabila sudah mendidih, masukkan 125 gram gula, air pandan, santan dan telur serta 1 sudu kecil pewarna hijau. Kacau sebati. Kena kacau dulu supaya tidak bergumpal.

 

  • Sebaik kesemuanya sebati, biarkan mendidih 1 hingg 2 minit. Jangan kacau ketika tempoh ini untuk memastikan santan terpisah dengan air.
  • Setelah 1 hingga 2 minit, padam api dan kacau beberapa saat serta terus masukkan dalam loyang 8 inci.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Biarkan set suhu bilik 30 hingg 40 minit. Selepas itu baru masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam. Bolehlah dihidang dan sedia untuk dimakan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 7 Resepi Minuman Berbuka Puasa Yang Sihat & Menyegarkan, #4 Paling Ramai Suka!

Baca juga: Resepi Cheesecake Baby 7 Bulan Guna Tiga Bahan Sahaja, Berkesan Pikat Selera Si Manja

Baca juga: Resepi Oreo Cheesecake Sedap Dengan 3 Cara Yang Mudah, Anak Kecil Pasti Suka!