Resepi oreo cheesecake mudah 30 minit saja buat! Sesuai untuk santapan seisi keluarga

Ingin membuat Oreo cheesecake tapi tidak tahu cara mudah untuk membuatnya? Semak resepi yang penulis kongsikan ini, pastinya anda berpuas hati dengan keenakannya nanti!
Resepi oreo cheesecake kesukaan anak-anak
Oreo cheesecake merupakan hidangan pemanis mulut yang menjadi dambaan dan kegemaran anak-anak. Bahkan, orang dewasa juga turut menyukai hidangan oreo cheesecake ini. Jadi kalau anda teringin nak makan ia, jom kami kongsikan resepi oreo cheesecake buat anda.
Dengan keenakan keju yang padat dan disalut bersama coklat hitam, pastinya oreo cheesecake menjadi pilihan pertama untuk menambat selera makan anak!
Resepi oreo cheesecake perlu dimasak dengan suhu tepat
Namun, oreocheesecake sukar untuk dimasak. Ia kerana resepi oreo cheesecake memerlukan suhu yang tepat dan anda harus guna loyang yang bersesuaian.
Jika tidak, resepi oreo cheesecake anda akan terlebih masak atau tidak enak. Disebabkan itu, para ibu akan berfikir 2 kali untuk mencuba.
Perlu cuba resepi oreo cheesecake ini baru tahu keenakannya!
Walaupun begitu, jika tidak mencuba terlebih dulu, ibu-ibu tidak akan tahu sama ada resepi menjadi atau tidak. Untuk membantu, penulis sediakan resepi yang satu ini agar memudahkan kerja dapur ibu-ibu semua!
Apatah lagi, bahan-bahan yang diperlukan cukup mudah didapati di pasaraya. Pasti, ibu-ibu semua tidak sabar untuk mencubanya? Ayuh kita mulakan sekarang!
Bahan-bahan:
• 250 gram cream cheese
• 20 ml susu UHT penuh cream
• 5 sudu gula pasir
• 2 biji telur
• 1 sudu essen vanilla
• 100 ml yogurt kosong
• 2 bungkus oreo
Langkah demi langkah:
• Sediakan loyang dan kertas kek cawan. Selepas itu, masukkan satu demi satu biskut oreo ke dalam kertas yang disediakan tadi.
• Mixer bahan-bahan lain supaya menjadi halus dan tidak bergumpal.
• Kemudian, ambil dan tuangkan adunan cheese satu persatu ke dalam loyang kek cawan tersebut.
• Masukkan ke dalam ketuhar, bakar selama 10 minit dengan suhu 180C. Selepas itu, pusingkan loyang dan bakar selama 10 minit dengan suhu 150C.
• Selepas masak, keluarkan dari ketuhar dan berikan sedikit suhu bilik. Masukkan ke dalam peti sejuk dan sejukkan hingga 4 jam.
• Oreo Cheescake siap untuk dihidangkan!
Tips memilih Oreo di pasaraya:
Oreo is also calling all Malaysians to celebrate the gift of family
• Ketika memilih bungkusan oreo, pastikan oreo tidak pecah dan bungkusan masih elok.
• Lihat tanda “expired date” pada bungkusan. Jika terlebih dari tarikh, elakkan membeli dan cari di pasaraya lain.
• Untuk menyedikan resepi Oreo Cheesecake, pilih oreo yang berinti vanilla kosong untuk mendapatkan keenakan berpanjangan.
Kredit gambar: Kraft Recipes
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: